Hihihi dah lama rasanya tak guna istilah ni. Rehat tadi bila Kak Wahida tegur dengan ayat macam tu rasa kelakar pulak.
Alhamdulillah selepas sebulan++ hidup bersama MrOren, dapat khabar gembira ni. Bila Kak Wahida cakap macam tu terus teringat Oren selalu dok komplen perut isteri dia ni makin buncit aje, makin terik. Selalunya buncit mengeras macam tu time period je. Huh dia punya angkara dia pulak yang komplen.
Ikutkan sebenarnya dah banyak perubahan/tanda2 kehamilan. Disebabkan pernah test sekali *masa tu baru kawen 2minggu nak masuk 3minggu :p* dan keputusannya negatif, tu yang taknak berharap sangat tuh. Lagi pulak pegi klinik pon doktor suspect gastrik. Lagi la taknak mengharap.
Ikutkan macam nak share tanda2 ni. Tapi pasni ada kelas ngan Mutiara4 so postpone la dulu. Tengok la petang2 nanti ke, malam2 nanti ke, atau bila2 je la. Senang kata nanti dah rajin + ada masa sesuai Ainn share ye :-)
No comments:
Post a Comment