Cuba teka berapa harga kuetiau + ayam seketul ni?
Polisterin tu bukannya yg tingi tu, ni saiz yang rendah je. Tak penoh pon kuetiau tu. Tak lepas pon 'pagar' bekas tu. Pastu ambik la ayam seketul sebab nampak dalam kuetiau tu takde pape. Ayam takde, telur takde, fishcake pon takde. Sekali bayar kena rm4.50! Ini belum order air lagi.
Ayam seketul rm2, takkan kuetiau sejemput tu sampai rm2.50? Menu breakfast je kot, bukannya masakan panas. Kalau masakan panas memang la masak satu2 ikut order. Ada pulak lauk macam2 dalam kuetiau tu. Banyak pulak tu!
Dah kena mahal macam gini ngamuk la balik tu. Dah suruh antar makanan taknak antar. Tapi tak boleh salahkan Oren jugak, dah kicap pekat takde mengada jugak nak telur goreng kicap. Bila guna kicap masin kang tokleh makan pulak. Tapi tak semestinya kena buat telur goreng kicap je kan? Telur sambal pon boleh!
Alkisahnya isu harga makanan kat kantin ni disebut2 masa hari pertama sekolah lagi. Masing2 dok cakap terkejut ngan harga yang dikenakan. Ada yang kena sampai rm8.50. Mungkin termasuk air la tu kot.
Ainn ingat masa hari 1st sekolah, bawak anak2 rehat. Masing2 dok cakap makanan mahal. Nasi lemak ayam dah jadi rm3, singgit tu beza. Nasi lemak telur rm2. Pon singgit jugak beza. Takkan nasi semangkuk kecik tu sampai seringgit? Bukannya mangkuk yang kita makan kat kedai makan, mangkuk kecik je. Telur mata sebiji pon seringgit? Nak makan bihun/mi sup yang tahun lepas baru seringgit dah jadi rm1.50.
Kesian sangat ngan anak2 ni kelam kabut nak pilih makanan. Yang paling kesiannya Sri la, bawak duit seringgit je. Takkan nak makan nasi kosong gitu je? Tanya satu2 harga makanan nasib baik nasi goreng kosong pon rm1 jugak. Dapat la Sri makan hari tu. Wei Jie anak tokey kilang besi tu pon mengeluh, 'Sekarang GST semua naik harga.'
Itu hal anak2. Cikgunya ni pon ambik nasi ngan ayam goreng seketul, kena rm4! Ayam goreng tu sebenarnya berapa? Ke nasi tu dia caj rm2? Tak mustahil la kan kalo semangkuk kecik je pon dah singgit.
Esoknya ambik nasi separuh je. Pastu sayur 2sudu ngan asam pedas ayam seketul. Rm4 jugak kena. Nasi separuh je wei! Sayur pon dia sediakan sudu je, cedok ngan sudu ambik la 2cedok. Pon rm4 ke?
Semalam Wan Xuan mintak nak air milo panas, dia bagi duit seringgit sekeping. Nasib baik belom ada urus niaga lagi, dia bagi kat cikgu dia ni aje. Belom order tanya dulu harga milo panas, rm1.40! Milo panas je pon dah rm1.40, kalau milo ais tak tau la berapa.
Dengar GK dok sembang pasal tender baru ni, diorang dok kata biasa la harga kat cafe kilang. Dulu kan dia tender kat kilang. Suka2 je letak harga macam tu, ni sekolah weh! Bila cite kat Oren dia kata 'ni dah lebih banding harga kat kantin kilang!' Hanya orang yang pernah kerja kat kilang je la yang tau macam mana harga makanan kat kilang.
5tahun ngan tender lama, bukan setakat cikgu2 sini je. Cikgu2 sekolah lain pon suka kalau kena jaga exam ke ada program pape kat sekolah ni. Sebab makanannya murah, banyak pilihan, sedap. Kalau sedap tapi mahal? Tak pernah rasa macam ni. Masuk tahun ke6 dok sini rasa takut nak beli makanan kat kantin.
Nak kena merajuk dulu, nak kena merungut dulu. Hari ni Oren antar makanan kat sekolah :-)
Nak kena merajuk dulu, nak kena merungut dulu. Hari ni Oren antar makanan kat sekolah :-)
No comments:
Post a Comment