Nuffnang Ads

Friday, January 8, 2016

Jam 'Emas' Untuk DiLet Go

Ingat lagi jam ni beli kat tapak ekspo kat Pantai Genting. Lupa la kat Pantai Geting ke Pantai Sri Tujuh. Masa tu ada Pesta Wau Bercahaya. Dah lama dah, 2014 lagi. Tak silap harganya rm50. Achik tak habis2 mintak belikan untuk dia sekali. Jangan harap la, kalo nak beli sendirik le.

Walaupon warnanya emas, selagi materialnya bukan emas tak payah la gatal2 tangan nak pakai. Sudahnya tangan ni jugak yang merana. Bukan setakat gatal2, siap berair lagi. Pedih wei tangan!! Nak pulak kalau kena air. Tu baru pakai beberapa jam.

Tak sampai sebulan dah give up dah ngan jam ni. Hakhakhak siap post kat moment WeChat lagi nak let go jam ni. Sebelom tu post kat FB dulu, tapi 2orang ni tak respon. Akhirnya kak long yang nak dulu. Tapi tak jadi. Last2 Achik yang nak.

Wee dah setahun lebih kot. Asyik lupa je nak bawak balik kampung jam 'emas' ni. Time ingat lupa letak mana pulak. Macam gitu la. Ha ni dah jumpa siap ngan kotak dia lagi. Exclusive untuk Achik siap ada signature lagi :-)

No comments:

Post a Comment