Nuffnang Ads

Saturday, October 3, 2015

Nak Pilih Yang Mana

Selamat pagi. Have a nice day. Hope today will be better than yesterday :-)

Oke, pagi ni Ainn nak cite pasal semalam. Disebabkan semalam ari Jumaat, tempoh rehat tengahari yg agak panjang so xbanyak la tempat yg sempat dijelajah.

Pagi tu seperti yg drancang, lepas breakfast & solat dhuha (Oren je wat solat dhuha :-D) kitorang terus pegi V.S Industry. Sampai sana guard (Ainn rasa he's receptionist, bkn guard) tu cakap sini takde kekosongan jawatan! Tapi memang such a good service dia call xtau la call sape ask for any jobs sesuai dgn qualification yg ada pada Oren. Of course dia tanya Oren dulu apa kelayakan dia. Dan dia cakap dekat V.S Electronic ada need QC.

Lebih kurang 9.30 Oren menapak masuk ke V.S Electronic, Ainn pulak cari tempat sesuai nak park mangosteen. Lama weh menunggu. Pukul12 barulah dia keluar. Sempat dalam tempoh tu 2kali Ainn pegi Econsave sebab nak buang air tecik. Ingatkan dia yg tunggu Ainn sebab mula2 nak gi Econsave tu sesat jugak la kat kawasan perindustrian tu, rupanya Ainn jugak yg kena menunggu :-(

Dah keluar tu Oren cakap tempat yg isi borang semalam dah call suruh pegi interview pukul 4. Lepas solat Jumaat memang tak ke mana la, pegi makan terus pegi sana. Hahaha baru tau nama kilang tu, Saujana! Saujana Work Glass kot namanya. Tengok, tak ingat betol2 jugak namanya tuh hihi.

Yg mula menimbulkan kekeliruan nak memilih ni bila kat V.S dia memang sediakan hostel + transport. Tapi ari Isnin baru dia bagi keputusan, sama macam kat Celestica semalam la. Kiranya Isnin ni kalo dapat memang boleh terus keje and dok hostel la. Kat Saujana pulak (sebut Saujana je la yek, senang!) dah boleh mula ari ni, tapi masalahnya kat situ tak disediakan hostel + transport macam kat V.S and Celestica. Intervewee tu cakap dekat Oren setelkan transport and tempat nak duduk tu dulu pastu bagitau dia barulah dia akan keluarkan offer letter.

Pada Ainn sama aje. V.S. kena tunggu Isnin, Celestica kena tunggu Isnin, Saujana kena tunggu setelkan masalah tu dulu. Semuanya kena tunggu. Bilik sewa sini memang boleh cari. Transport je, pada Ainn macam mana pon dia keje kat mana pon he need his own transport. Dia kena jugak uruskan motor dia tu pos ke sini. Tapi dia kena pikir bajet la pulak nanti. Saujana memang ada bagi elaun transport, bagi Ainn berapa sen la sangat elaun tu yg dapat. Betol2 ke dapat menampung kos minyaknya tu nanti? Nak pulak ngan harga minyak ni asyik naik aje. 2,3ari lepas baru je naik lagi kan seposen. Plus dia kena sediakan jugak bajet utk umah/bilik sewa. Setakat ni jumpa paling murah pon bilik sewa rm180. Lain2 ada yg rm250, rm300 pon ada! Sebab tu Ainn suruh je tunggu V.S punya keputusan. Kalo boleh Ainn nak dia keje kat V.S, inshaa Allah kalo ada rezeki dia.

Belom apa2 lagi Oren dah mengalah. Macam takde harapan je kat V.S. ngan kat Celestica tu. Alasannya kenapa kena tunggu? Kenapa Saujana boleh terus bagi jawapan kenapa kat 2 tempat tu nak kena tunggu Isnin?

Aduhh pening jugak pikir nak jawab macam mana. Ainn pulak takde pengalaman keje kilang, pegi interview nak keje kat kilang pon tak penah. Tapi setau Ainn kak ngah Ainn dulu masa apply keje kat Ohshima pon macam tu jugak, kena tunggu jugak, makan ari jugak baru dapat keputusan. Maka dapat idea Ainn nak jawab. Hahaha.. mungkin Saujana tu kilang kecik. Mungkin je ek. Sebabnya Ainn tak penah dengar nama kilang tu before. So takde banyak cekadaknya, boleh la terus bagi jawapan. V.S ngan Celestica tu kan kilang besar. Kat Senai ni aje brapa banyak kilang tu, kat Johor ni brapa, kat Malaysia ni brapa, lain2 negara lagi. Mungkin prosedurnya lain la sket. Sabar ye syg, Isnin ni je, bkn mcm apply SPA ke apa kena tunggu berbulan2 kalo xdapat pape means xdapat. V.S. ni siap cakap apa2 pon, dapat ke xdapat ke diorang akan call, akan inform. Apa2 pun mintak dengan yg kat atas. Dia yg sbenarnya menetukan rezeki kita ni kat mana, bila, bukan interviwee tu. Dah banyak kali kan pesan, mintak dengan Dia. Diorang tu sume perantara je, manusia macam kita je jugak, takde kuasa apa pon!

»Solat dhuha tadi syg mintak apa?
»»Sy memang nak V.S. Masa solat dhuha tadi sy memang mintak nak keje kat V.S tu. Gi interview tadi pon lain, suasananya lain, xsama macam Celestica semalam. Sy memang mintak Isnin ni terus keje dapat keje kat V.S, terus dapat dok hostel.
»Tengok, syg sendiri mintak nak Isnin kan? Apa masalahnya? Mungkin Allah nak kabulkan doa syg la tu. Dah syg sendiri mintak Isnin so tunggu Isnin la...
»»Sy mintak nak keje Isnin bukan nak tau jawapan Isnin. Sy nak jawapan hari ni..
»Syg mintak tak syg nak jawapan ari ni?
»»(geleng)

Memang nak kena budak Oren nih! :-$

No comments:

Post a Comment