Ambik Oren balik keje tadi rasa lapar semacam je. Dah pukul 3 tapi tak lunch pon lagi. Pagi tu jek makan nasi goreng kat kantin. Ingatkan nak makan nasi ayam penyek kat Restoran Tiga Abdul kat belakang Econsave Senai tu tapi tutup la pulak hari ni. Memang setiap Ahad ke tutup atau kebetulan hari ni je yang tutup, yang tu tak pasti la pulak.
Kalo dah tutup terpaksa la carik tempat lain, ye dok. Kebetulan malam tadi Ainn dah search kat google mana2 tempat makan yang best kat Kulai so kitorang Ainn decided nak bawak Oren makan kat Restoran Muha Tomyam. Kalo ikutkan blogger tu dia suggest nasi goreng seafood. Huii tak sabar dah ni nak try nasi goreng seafood yang dikatakan sedap tuh.
Ikutkan maps yang incik blogger tu bagi, alamak sesat le pulak. Dok pusing2 kat Bandar Putra tu, try masuk kat kawasan rumah kedai kat belakang petronas. Dalam dok pusing2 kat kawasan rumah kedai tu Ainn teringat satu restoran Ainn banyak kali jugak la pernah makan, tapi dah lupa kat mana.
Dalam dok pusing2 mencari restoran yang Ainn cakapkan Oren menjerit, 'hah, tu Muha Tomyam!' Alamak dah terlajak dah. Terpaksa la pusing balik ye. Bila dah park mangosteen baru tau memang restoran tu la yang Ainn dok cite tadi. Patut la tak cam tadi, bumbung minangkabau dia dah takde dah.
Mintak buku menu memang ingat nak mintak nasi goreng seafood la. Tapi takde la pulak kat list tu. Ainn pon memang tak tanya ada ke tak. Oren nak tomyam. Biar betol mamat ni nak tomyam. Selamba je Ainn tanya tukang masaknya orang mana. Nasib baik waiter tu jawab orang Thai. So boleh la order tomyam :-)
Untuk kali ni Ainn order tomyam poktek, sup ekor, kailan ikan masin, telur dadar. Semestinya la ada nasi sekali. Air tembikai untuk Oren, air nenas untuk Ainn. Tapi sup pulak tak siap lagi, awal sangat kitorang pegi kot. Baru pukul 4 :-P
Sambil2 dok tunggu makanan sampai Ainn try la search kat google guna keyword 'muha tomyam'. Sekali baru tau salah tempat yang kitorang masuk ni. Patut la 'sesat'. Takpe la mungkin next kita pegi cari tempat tu ya. Ni kira branch lain la kot. Dah alang2 search tu tengok la suggestion menu, puyuh goreng kicap, sotong goreng tepung, air sirap. Macam nak try je, ganti sup yang takde tadi. Tapi air sirap tak boleh order lagi la ye dah ambik air lain ni ha. Pegi kat tempat lagi satu la try sirap dia.
Tadaa!!! Inilah menu yang diorder tadi. Sotong goreng tepung je belom sampai lagi. Nampak tak telur tu macam kureng bawang je. Suka la Oren makan telur dadar ni. Telur dadar ni memang sesuai untuk orang yang tak suka bawang macam Oren. Kailan ikan masin tu tak payah cakap la dah memang peberet dia.
Sementara dok menunggu pesanan sampai benda alah ni yang sampai dulu. Otak2! Panas2 lagi. Sama je macam kat tempat lain, bayar setakat kita makan je. Ainn makan 3keping tadi rm2. Not bad la padan ngan rasa, tak hangit masak sedang elok je. Tu yang penting.
Mula2 Ainn nak cite pasal tomyam ni la. Kiranya ni 1st time Ainn makan tomyam poktek warna merah. Selalunya tomyam poktek warna putih. Dah macam tomyam seafood je, cuma ada ayam la sikit. Walaupon tomyam dia tak sepekat tomyam yang Ainn selalu makan tapi rasanya masih dalam kategori sedap. Daripada 10bintang Ainn bagi 7bintang. Gaul sekali ngan sambal belacan dia memang sedap. Tak rasa alahan pon Ainn makan sambal belacan tu.
Lauk ni langsung tak berusik masa makan nasi tu. Dah tak jadik lauk dah bila makan gitu je tak makan ngan nasi. Beria je Oren kata nanti dia makan kacang tu, satu pon dia tak sentuh! Ainn pulak memang tak suka kacang panjang. Makan puyuh je la.
Tapi entah la ek mungkin masakan goreng kunyit cara Thailand macam gini kot. Makcik Ainn yang dari Thailand pon masak macam ni. Rasa macam gaul aje ngan kunyit terus je goreng. Terasa kunyit tu belom diserap, tak sedap la jadiknya. Nak pulak guna kunyit serbuk.
Disebabkan lidah Ainn tokleh terima rasa kunyit tu Ainn cuba la rendam burung tu kat dalam lebihan kuah tomyam tadi. Tapi kuah tomyam tu dah sejuk la, macam takde perubahan pape pon :'(. Untuk puyuh goreng kunyit ni Ainn bagi 2/10 bintang. Maap ya..
Ni last menu yang kitorang dapat. Antara menu2 yang dipilih yang ni la yang paling sedap bagi Ainn. Wee teringat sotong goreng tepung yang Dila buat kat kelas tahun lepas. Sos dia tu penambah rasa sedap. Rasanya macam sos pure dari Thailand. Tak pedas sangat tak manis sangat. Kalo nak pegi Muha Tomyam Ainn suggest order ni as your side dish. Memang tak rugi.
One more, air tembikai dia sedap sangat tau. Manis sangat tembikai yang digunakan tu. Rasa manis tembikai, bukan manis gula. Air nenas dia pon sedap jugak. Lagi sedap kalo dia letakkan buah nenas yang dah potong kiub ke. Hihi :-D
No comments:
Post a Comment