Semalam 2stories Ainn posted, ikutkan nak post lagi tapi simpan la dulu. Dah penat sangat dah tak sempat nak post new story. Lagipon bukan ada yang sibuk nak tau pon, Ainn je yang sibuk nak cite. Elok bebenor la ari ni takde pulak nak menconteng lukisan ngan oil pastel so boleh la cite yang malam tadi punya cite tertangguh tu.
Sebelom ni Ainn penah cite Ainn jalan2 cari makan kat Muha Tomyam. Ainn jugak tanya Oren oke ke tak makan situ, dia geleng je. Lagi sedap kat tempat biasa kita makan tu!
So malam tadi disebabkan Oren belom makan dari pagi Ainn bagi chance kat dia kat mana dia nak makan. Siap bagi kunci mangosteen lagi, biar dia drive sediri nak gi mana. Huh, sini je yang dia nak pegi. Tempat sedap dia ni la, Selera Darul Bahri!
Gelap sikit, ala2 romantik gitu. Ni yang diorder, sikit je. Tomyam campur, daging masak paprik, feveret sayur Oren kailan ikan masin. Ikutkan Ainn nak sup tapi malam tadi ada sup daging ngan sup tulang je. Dah Oren nak jugak daging masak paprik dia tu tepaksa la order yang lain, takkan dua2 daging. So tomyam campur la yang jadik pilihan :-)
Sejak compete ngan Azri nak turunkan berat badan ni Ainn memang makan sikit je. Makan separuh je dah kenyang. Ni ha cik abam kesayangan ni la tolong habiskan. Tak cukup tu mintak nasi tambah lagi! Ni dok makan nasi tambah le tu. Fuhh 2pinggan stengah makan nasi, tak padan ngan keding!
Ikutkan ni memang antara restoran favourite Ainn. Sebabnya? Persekitarannya santai + makanannya sedap + harganya berpatutan + dekat ngan rumah. Kitorang makan tomyam campur + daging masak paprik + kailan ikan masin + 3pinggan nasi + air tembikai + air limau panas = RM20.00.
Nak pegi sini senang je. Tempatnya kat medan selera Taman Beringin. Boleh masuk kot susur ke Taman Aman, susur kiri lepas keluar dari tol Kulai. Masuk susur ke Taman Aman tu ada simpang ke kiri, masuk le simpang tu. Jalan terus ke nanti ada la jumpa signboard Taman Beringin, medan selera tu kat belah kiri dekat ngan signboard tu. Selera Darul Bahri ni kedai yang mula2 paling depan. Kalo dari Kulai kena wat u turn dulu la lepas shell Jaya Sepakat. Kalo tak sempat nak ambik lane kiri terus lepas u-turn tu boleh masuk kot petronas Taman Aman. Belakang petronas tu ada medan selera jugak, tapi tu medan selera lain la. Belakang petronas tu turn kiri, jalan depan sikit je ada simpang ke kanan masuk simpang tu. Then jalan je la ke depan macam direction tadi.
Dah makan kenyang2 pujuk la Oren pegi pesta konvo kat UTM. Dah ari last baru sibuk nak pegi, sah2 la ramai orang. Dah la malam pulak tu baru nak pegi. Untung la Oren nak layankan aje. Tapi yang tak bestnya susah la nak cari parking mangosteen. Kena jalan kaki 15minit! Tapi jalan tu takde la penat pon, setakat 15minit je kot. Yang penatnya pusing2 kat tapak jualan tu la.
Dah puas pusing, takde apa pon nak beli sebenarnya. Saje nak usha shawl. Tapi tu la nak yang murah2 je kain pulak tak elok. Nak kain yang berkualiti sket mahal la pulak harganya. Shawl Keknis la murah nga kain nampak ada kualiti. Tapi macam boleh wat sediri je shawl macam tu.
Dah puas pusing, kaki pon dah penat, beli ni je lepak jap kat situ sebelom balik. Bukan main susah nak cari parking, pusing2 sampai lenguh kaki, ni je yang dibeli? Huhu.. maybe next year punya fesko la belanja lebih2 sket.
No comments:
Post a Comment