Untuk entri kali ni Ainn nak share macam mana nak kira kita ni layak ke tak nak wat pinjaman nak beli kereta. Untuk sape2 yang dah tau boleh skip la ye, ni untuk orang2 yang belom tau macam Ainn je. Eh eh Ainn dah tau dah, tapi baru jek tau.. hihi. Tu pon sebab dok berkira2 nak let go masgosteen tu yang dah macam tak betah je dok ngan Ainn.
Bila dah banyak sangat buat loan, so far loan kereta + personal loan je hikhik. Tapi Ainn punya loan rumah dah on the way dah tu tunggu rumah siap je. Dan plan ngan Oren nak dapatkan kereta baru lepas kawen nanti la, boleh share bayar. Takkan belom pape lagi dah nak selok poket dia kot... Oke, sambung ayat tadi. Bila dah banyak sangat buat loan takot sangat kita punya pemohonan tu tak lulus. Dah la kereta2 yang diplan tu harganya sekali ganda harga mangosteen.
Tapi bila balik cite Melati, Hassim ada buat personal loan untuk majlis kawen diorang, sebelom tu dia dah buat loan beli kereta, dah setahun kawen beli rumah pulak. Total sume tiga2 loan tu gaji dia tinggal rm200 jek sebulan! Lepas pulak ye? Hurmm yang tu belom boleh lagi nak jawab. Lagi pon Hassim tu laki Melati, takkan Ainn nak menyibuk pulak.
Oke, kita pegi ke cara nak kira loan kereta kita nanti ni lulus ke tak. Ilmu dari MrOren tercinta, puiii. Senang jek nak kira. Monthly kita punya ansuran tu nak kena bayar berapa, then darab jek ngan 3. Hah, pastu tengok gaji bersih kita ngan hasil tadi. Kalo gaji kita lebih tinggi so lulus la application kita tu nanti. Kalo hasil 3bulan tu pulak lagi tinggi mintak maaf la ye dik, carik le kete lain yang lebih murah.
Macam mana nak kira monthly payment tu? Yang ni rasanya sume dah tau kot, basic je ni. Tapi takpe Ainn nak cite jugak kat sini, saje nak panjangkan entri ni. Wahwahwah.
Mula2 kena tau:
1. Harga kereta *on the road ye sayang, inclusive gst of course*
2. Yearly interest. Yang ni rajin2 la servey kat mana yang bagi interest rendah. Boleh servey kat bank or kat dealer kete.
3. Down payment nak bayar berapa. Kalo nak wat full loan tak payah kira la yang ni.
Contoh pengiraan. Wah dah macam buku nota Matematik pulak hihi. Oke Ainn ambik contoh mangosteen Ainn la.
1. Harga kereta, rm56 500. Masa tu belom ada gst lagi hwahwahwa.
2. Sebab kat Perodua Kulai ni diorang deal ngan AmBank je *pada masa tu* dan Ainn pulak taknak ambik kete kat kedai bukan Perodua, masa tu AmBank offer interest 2.88%. Kebetulan pulak setakat Ainn dan su suami istri survey ni la yang paling rendah. Walaupon selepas tu banyak lagi yang lebih rendah. Oke, abaikan yang lebih rendah tu. Fokus pengiraan kita pada 2.88% ni ya.
3. Down payment. Ainn bayar 10% jek. Ingatkan 10% tu kena la bayar rm5 650. Rupanya kena bayar rm5 700 der. Hahaha tak kisahlah baru dapat duit tunggakan masa tu dari DC ke DG. wikwikwik.
Jom kita kira monthly payment.
RM56 500 - RM5 700 = RM50 800. It means loan yang Ainn nak buat tu RM50 800 je la, sebab RM5 700 dah bayar cash. Senang je kan nak faham yang ni?
Pasty kira pulak untuk interest.
(Jumlah pinjaman X yearly interest X bilangan tahun yang kita nak bayar balik pinjaman tu). Ainn pilih nak bayar dalam tempoh 7tahun je, rasanya tak perlu kot nak ikat lama2 untuk aset cair. Tapi selalunya orang buat 9tahun. Setahu Ainn paling lama la tu kalo 9tahun. Dah maximum period dah tu.
50 800 X 2.88% X 7 = RM10 241.28.
Ingat ek Ainn dah bagitau awal2 tadi total ni untuk bunga je tau, belom ditambah pokoknya lagi. So kita tambah le ngan pokoknya tadi.
Interest + jumlah pinjaman = jumlah bayaran balik.
RM10 241.28 + RM50 800 = RM61 041.28
Daripada jumlah bayaran balik ni la barulah kita boleh kita monthly payment kita nanti.
Jumlah bayaran balik / bilangan tahun / 12 bulan = monthly payment
RM61 041.28 / 7 / 12 = RM726.68. Hasilnya tu dibundarkan kepada ringgit terdekat, so jadik la monthly untuk mangosteen tu RM727.
Nak tahu layak ke tidak? Sikit je lagi ni. Jumlah tu darabkam dengan 3.
RM727 X 3 = RM2 181.
Dah siap kira, tengok slip gaji sayang2 semua. Tengok tang gaji bersihnya aje. Kalo lebih daripada RM 2 181 boleh la ambik macam Ainn punya ni. Kalo macam sikit je lagi nak capai angka tu adjust la sikit, mungkin up sket down payment ke, tak pon ikat lebih sket la wat 9tahun pon takpe kan. Ikut kemampuan sendiri. Tak payah nak ikut2 orang la.
Kat sini baru nampak kan pentingkan kita buat apa2 loan kalo tolak gaji sekali pon dia takkan tolak kat kita pay slip. Sini la untungnya. Tapi kena hati2 la jangan sampai ikat perut pulak.
Oh, pasal monthly payment yang terlebih 32sen tu. Ha yang ni jangan risau. Masa kita nak sign dia punya surat perjanjian tu dia dah buat siap2, last month tu bukan harga ni la. Jumlah bayaran balik - (monthly payment X [bilangan bulan bayaran balik - 1])
RM61 041.28 - (RM727 X [84 - 1])
RM61 041.28 - RM60 341 = RM700.28
So nanti untuk bulan terakhir pinjaman Ainn just bayar RM700.28 je la. Bukan RM727 seperti yang Ainn dok bayar monthly sekarang ni.
Oke, kenapa 84 tu nak kena tolak 1? Sebabnya 7tahun ada 84bulan kan? Tapi bulan last kita buat pinjaman kita tak bayar ngan nilai yang sama dengan bulan2 kita dok bayar tu. Sebabnya kan kita dah terlebih bayar 32sen. Yang terlebih bayar tu la kita cover masa bulan last tu.
Oke faham yek. Kalo tak paham boleh je tinggalkan komen, tanya jek. Tak payah risau kalo rasa macam soalan bodoh, rasa je bukan betol2 bodoh pon. Kalo malu nak bertanya tu je sebenarnya macam tu. Ihihihi Ainn dok bebel2 ni ada yang baca ke? Tak kesah lah, dah dekat pukul 1. Esok keje weh. Gud nite. Assalamualaikum :-)
No comments:
Post a Comment