Nuffnang Ads

Tuesday, October 27, 2015

Jalan-Jalan Cari Makan - Selera Darul Bahri vs Fesko UTM

Semalam 2stories Ainn posted, ikutkan nak post lagi tapi simpan la dulu. Dah penat sangat dah tak sempat nak post new story. Lagipon bukan ada yang sibuk nak tau pon, Ainn je yang sibuk nak cite. Elok bebenor la ari ni takde pulak nak menconteng lukisan ngan oil pastel so boleh la cite yang malam tadi punya cite tertangguh tu.

Sebelom ni Ainn penah cite Ainn jalan2 cari makan kat Muha Tomyam. Ainn jugak tanya Oren oke ke tak makan situ, dia geleng je. Lagi sedap kat tempat biasa kita makan tu!

So malam tadi disebabkan Oren belom makan dari pagi Ainn bagi chance kat dia kat mana dia nak makan. Siap bagi kunci mangosteen lagi, biar dia drive sediri nak gi mana. Huh, sini je yang dia nak pegi. Tempat sedap dia ni la, Selera Darul Bahri!

Gelap sikit, ala2 romantik gitu. Ni yang diorder, sikit je. Tomyam campur, daging masak paprik, feveret sayur Oren kailan ikan masin. Ikutkan Ainn nak sup tapi malam tadi ada sup daging ngan sup tulang je. Dah Oren nak jugak daging masak paprik dia tu tepaksa la order yang lain, takkan dua2 daging. So tomyam campur la yang jadik pilihan :-)

Sejak compete ngan Azri nak turunkan berat badan ni Ainn memang makan sikit je. Makan separuh je dah kenyang. Ni ha cik abam kesayangan ni la tolong habiskan. Tak cukup tu mintak nasi tambah lagi! Ni dok makan nasi tambah le tu. Fuhh 2pinggan stengah makan nasi, tak padan ngan keding!

Ikutkan ni memang antara restoran favourite Ainn. Sebabnya? Persekitarannya santai + makanannya sedap + harganya berpatutan + dekat ngan rumah. Kitorang makan tomyam campur + daging masak paprik + kailan ikan masin + 3pinggan nasi + air tembikai + air limau panas = RM20.00.

Nak pegi sini senang je. Tempatnya kat medan selera Taman Beringin. Boleh masuk kot susur ke Taman Aman, susur kiri lepas keluar dari tol Kulai. Masuk susur ke Taman Aman tu ada simpang ke kiri, masuk le simpang tu. Jalan terus ke nanti ada la jumpa signboard Taman Beringin, medan selera tu kat belah kiri dekat ngan signboard tu. Selera Darul Bahri ni kedai yang mula2 paling depan. Kalo dari Kulai kena wat u turn dulu la lepas shell Jaya Sepakat. Kalo tak sempat nak ambik lane kiri terus lepas u-turn tu boleh masuk kot petronas Taman Aman. Belakang petronas tu ada medan selera jugak, tapi tu medan selera lain la. Belakang petronas tu turn kiri, jalan depan sikit je ada simpang ke kanan masuk simpang tu. Then jalan je la ke depan macam direction tadi.

Dah makan kenyang2 pujuk la Oren pegi pesta konvo kat UTM. Dah ari last baru sibuk nak pegi, sah2 la ramai orang. Dah la malam pulak tu baru nak pegi. Untung la Oren nak layankan aje. Tapi yang tak bestnya susah la nak cari parking mangosteen. Kena jalan kaki 15minit! Tapi jalan tu takde la penat pon, setakat 15minit je kot. Yang penatnya  pusing2 kat tapak jualan tu la.

Dah puas pusing, takde apa pon nak beli sebenarnya. Saje nak usha shawl. Tapi tu la nak yang murah2 je kain pulak tak elok. Nak kain yang berkualiti sket mahal la pulak harganya. Shawl Keknis la murah nga kain nampak ada kualiti. Tapi macam boleh wat sediri je shawl macam tu.

Dah puas pusing, kaki pon dah penat, beli ni je lepak jap kat situ sebelom balik. Bukan main susah nak cari parking, pusing2 sampai lenguh kaki, ni je yang dibeli? Huhu.. maybe next year punya fesko la belanja lebih2 sket.

Monday, October 26, 2015

Oil Pastel Again

Yayyy!!! Hari ni Ainn berjaya mewarna 2 lukisan guna oil pastel! Walaupon tak cantik tapi oke la. Not too bad.

 Hasil pertama. Kononnya nak wat ala2 senja. Tapi senja ke macam ni? Awan biru tu yang mengganggu suasana senja tu kan. Alah macam la air kolam tu pon menjadi. Arghh susahnya nak adaptasi suasana senja kat lukisan ni!!!

Oke, taknak stres2. Kita kaler lukisan ni pulak. Hijau oke! Membantu mengurangkan stres yang tadi. Ntah pape jek waterfall tu, tak menarik langsug!

Nampak gaya banyak lagi nak kena belajar guna oil pastel ni. Banyak skill lagi nak kena tau. Sape boleh tolong, angkat tangan plisss...

Lawatan Mengejut Pegawai PPD Kulai & JPN Johor

Nasib baik tak keluar lagi beli sardin. Konon2 nak tunggu murid2 aliran perdana masuk kelas dulu baru nak keluar pegi kedai. Pegi tandas kejap, masuk kelas tengok ada 2pasang kasut orang laki kat muka pintu kelas. Ingatkan kontraktoe ke yang datang, tak pon suppliers ke. Nak simpan kunci toilet tu baru perasan, alamak En. Halim la..

En. Halim datang berdua ngan En. Abdul Rahman. Ada urusan ngan Kak Enon tender kantin, singgah kat kelas PK jap. Huh kejap apanya, dekat 2jam la jugak diorang 'lepak' kat kelas ni. Dah la Ainn sorang je cikgu yang ada.

Takde apa pon yang dibincangkan. Just tengok perkembangan kelas yang dapat peruntukan rm50k ari tu, then dia tanya cikgu2 lain. Diorang banyak 'borak' ngan Ina. Pasal apa tak tau la pulak, Ainn malas nak layan. Ainn just pantau anak2 dok jawab soalan exam yang tak siap lagi. Ada jugak anak2 yang dok wat latihan mewarna untuk Karnival Kesenian nanti.

Asyraf cakap nanti En. Halim nak ambik gambar ngan dia. Ye la tu! Rupanya En.Halim cakap Asyraf tu yang mintak nak ambik gambar sebelom diorang balik nanti. Pandai2 je la kau ek Acap!

En. Halim pulak layankan aje Asyraf Muslem yang sibuk nak ambik gambar tu. Ni je anak2 yang datang ari ni. Ada 2orang lagi. Ji An gi toilet, Azman tukang snap pic ni. Si Wei Jie tu memang macam tu, asal nak bergambar je mesti nak nyorok. Susah betol nak suh bergambar. Patotnya suruh dia je la yang ambik tadi.

Saturday, October 24, 2015

Belanjawan Negara 2016

Belanjawan negara untuk tahun depan dah pon dibentangkam semalam. Mungkin ramai kot yang dok tercongok kat depan tv, tak pon dengar radio nak tau pasal belanjawan tu kan? Ainn berkecuali dalam situasi tu. Tak tau la memang dari dulu lagi macam tak berminat nak tau pasal belanjawan nih. Ada kawan share ringkasan belanjawan kat group whatsapp pon skip je tak baca pon.

Tapi, haa ni la yang nak cite ni. Malam tadi kan ada annual dinner. Tiba2 je Kak Suhaidah persoalkan pasal kenaikan gaji penjawat awam? Gulp, nak nyampuk camno nih? Hihi cepat2 la bukak balik whatsapp apa ringkasan yang dok cite tu.

Aha yang ni la yang dok dibincangkan tu. Gaji kakitangan awam naik kepada 1 gred? Macam mana tu?

Macam2 andaian dok buat. Ada yang kata kenaikan gaji tahunan macam biasa, cuma tahun depan dapat 2kali kenaikan la. Nak kata kenaikan gaji tahunan, kalo belanjawan tahun 2013 dulu memang mention betol2 kenaikan gaji tahunan. Tapi yang ni kenaikan gaji 1gred?

Ada jugak yg dok cakap naik gred dari DG41 kepada DG44. Wahh yang baru naik gred tu untung la ek, naik lagi sekali. Baru je naik DG44 dah nak naik jadi DG48 dah. Tapi dia cakap GAJI.

Kalo macam tu naik gred gaji je la. Contohnya sekarang dah DG41 untuk tahun ke5, tapi gajinya akan dapat macam DG44 untuk tahun kelima. Gitu ek? Macam kalo dulu P1T5 akan dapat gaji P2T5 la. Gaji je la yang berubah, gred tak berubah pon. Hamboi banyak duit kerajaan nak bagi gaji sebegitu. Berapa ramai kakitangan awam.

Tak cukup bincang masa annual dinner tu Ainn tanya pulak kat group whatsapp yang dok share ringkasan belanjawan tuh. Masing2 dok cakap kenaikan gaji tahunan je la. Senang cakap tunggu je pekeliling baru boleh nak confirmkan.

Tak puas ati Ainn search je kat Abam Google 'belanjawan negara 2016'. Siap download dia punya full text lagi. Dan inilah hasilnya.

Haa nampak tak dia cakap apa? Kenaikan gaji tahunan mengikut gred la. Bukannya naik gaji 1 gred seperti yang diringkaskan tu. Maksudnya nilai pergerakan gaji tahunan tu ikut gred masing2. Kalo gred DG41 tu naik la RM225. Kalo DG44 tu naik la RM250. Alahai pergerakan gaji tahunan 2gred ni je yang Ainn tau.

Tapi bila nak dapatnya? Takde cakap pulak yang tu. Januari ke? Ke pada bulan kenaikan gaji tahunan kita jugak? Aduh lama la nak nunggu Oktober tahun depan!

Apa2 pon tunggu orang PPD update la. Puan Akma jangan lupa update info kat group ya.

Glitz & Glam - Annual Dinner SMK Senai 2015

Glitz & Glam gitew!!
Tapi Ainn simple jek, pakai BAJU KURUNG je. Orang lain bukan main ngan lip lap lip lap, Ainn belasah je baju plain. Tak glemer langsung! Tapi ada glitter jugak apa sutera vietnam? Hahaha belasah je la, bukan kena halau pon kalo tak ikut tema! Jom layan pic yang tak seberapa.

Door gift. Puan oke! Aminkan aje, macam doakan je nak Ainn cepat naik pangkat jadik puan.

Sesi bergambar sebelum acara bermula. Walaupon acara tak start lagi tapi lampu dah off, hanya lampu kecik je yang on. Ala2 romantik gitew! Bila dah bergelap + silau ni kena la tukar mode kamera. Adehh photographer pulak jenis tak penyabar, pic tengah loading tu. Kan dah tak jadik apa pic kitorang ni!

Oke, cuba bersabar ye Incik Azri. Kasi dia habis loading dulu. Tapi ni macam tak berapa sabar je jugak, macam begoyang je jugak. Hurmm...

Bukan photographer je nak kena sabar, model pon sama ya. Kekalkan posisi anda.

Dah susah sangat main ngan mode HDR ni selfie je la. Alamak lupa pulak camera oppo ni kalo guna camera depan dia otomatik jadik beautify mode. Melepak gebu gebas gitew. Ainn tak suka la, sangat2 fake!

Haa, guna je normal mode baru la nampak the real face masing2. Tak real sangat la bila dah bermekap, dah kureng sket la natural beauty tu. Tapi oke what? Yang tak bestnya bila nampak bayang2 dok ulur tangan ke depan nak selpi tuh. Spoil betol!

Oke, sesi bergambar kat photo booth! Sepatutnya kena terus ke sini lepas dpt door gift tadi. Tapi disebabkan ramai sangat yang dok que malas la nak menunggu. Tunggu orang takde baru kitorang datang. Macam cantik je pic ni, walaupon tangan Kak Aidil bergerak. Tapi jauh sangat la pulak?! Takpe, boleh crop je nanti :-)

Oke, geng PK pulak. Wahh abam penyelaras dok tengah ye, diapit oleh cikgu2, dan diapit pulak oleh PPM. Kebetulan yang cantik susunannya. Cikgu Dila je takde, susah ngan anak kecik kot. Lagipon dia masih dalam cuti bersalin. Huwaa nampak tak I yang paling 'tinggi'?

Tak tau apa yang specialnya, maybe sebab kitorang geng special education YDP PIBG En Norizan pon nak bergambar bersama! Hiii nampak macam Ainn dok menongkat tangan Ainn kat bahu dia je kan? Serious weh Ainn tak pegang dia langsung! Ainn dok pegang tudung Ainn je tu, jangan pikir bukan2 oke. Mengamuk Oren kalo Ainn wat gitu.

Sesi bergambar di pelamin nan indah pulak. Dah abes dah majlis baru kitorang naik pelamin. Lewat sangat datang tadi tak sempat nak manjat pelamin ni. Dah lupa apa nama sponsornya, yang tau butiknya kat pekan Senai ni je. Bukan pelamin aje yang disponsor, dekorasi dalam dewan majlis ni dari diorang la. Lampu belakang tu silau sangat, tenggelam terus dalam cahaya yang terang itew.

Second take, tolong tutup lampu kat belakang tu ya. Tahan la sikit panas haba lampu tu. Keluar jugak cahaya kat celah2 antara Kak Suhaidah dan Kak Ain. Tapi oke la yang ni kan bebanding ngan yang tadi. Posisi kaki Ainn la pulak yang tak oke.

Ni pulak hadiah cabutan bertuah. Awal2 lagi dah dapat dah. Macam tau2 je Ainn nakkan pendrive, dapat pulak malam ni. Senang la pasni nak gi cuci gambar. Yang bestnya ahli2 meja kitorang sume dapat. Kiranya meja bertuah la tu ya. Ima la sayang, dia dapat grand prize tapi dah balik awal. Azri nak ambik wakilkan pon tak boleh.

Walaupon majlis malam ni hanya buat kat dewan sekolah je, tapi majlis tahun ni la yang paling meletop Ainn rasa sepanjang 5kali merai majlis tahunan macam ni. Macam2 makanan ada. Ada sate, tauhu bakar, kambing golek, nasi beriani, rojak buah, cendol, aiskrim, jelly kelapa, segala macam kuih muih, makanan untuk kanak2 pon ada! Makanannya sedap2. Paling sedap marshmallow salut coklat la. Macam budak2 kan? Hihi..

Apa yang Ainn dapat malam ni, tak kisah buat majlis tu kat mana yang penting majlis tu meriah. Memang happening!

Friday, October 23, 2015

Sesi Mengemas Versi Haruman Lavender Yang Menyegarkan

Cuti sehari hari ni dok umah je. Umah dah bersepah mengalahkan tongkang pecah, kena kemas la sikit2 mana yang patut. Kalo orang lain yang ngemas sari je pon boleh siap kot. Kalo Ainn yang kemas makan ari la baru nak siap. Selalunya kemas tak siap lagi tapi dah selerak yang baru. Hurm macam mana tuh?

Tapi hari ni Ainn nekad nak kemas. Taknak banyak2, ukur baju di badan sendiri. Ain punya misi ari ni nak cuci baju, kemas baju yang dah siap cuci, cuci pinggan+mangkuk+periuk+kuali+sudu+garfu+seangkatan dengannya. Ye, nak wat yang ni je ari ni. Ni pon belom tentu lagi boleh siap!

Nak dijadikan cite dah siap dah asingkan pakaian yang nak dicuci. Baju kurung + tudung, seluar + baju t + blaus, towel + telekung + baju tido, adik2. Sekali nak cuci sabun dah habis dah! Jangan ingat Ainn cancel tugasan yang ni. No no no! Bukak je la stok sabun baru. Haa pasal sabun ni la yang Ainn nak cite.

 Ni dia sabun terkini yang Ainn dok guna. *Picture credits to Abam Google*. Ainn memang suka haruman lavender. Biarlah kak ngah kata bau macam orang tua pon, Ainn tetap suka jugak. Ni produk terbaru dari daia la kiranya. Sebelom ni Ainn guna floral, yang warna pink tu. Abang Omar la cakap ada yang baru. Kebetulan pulak Econsave wat sale 2.5kg punya tak sampai pon RM10. Ainn rembat 4packs terus la. Kalo ikutkan nak beli banyak lagi, tapi masa tu duit ada cukup utk 4packs je. Saje wat stok, walaupon masa tu sabun kat rumah ada banyak lagi. Setelah sekian lama membeli akhirnya guna jugak benda ni.

Tambahkan lagi haruman lavender tu dengan fabric softner brand yang sama. Guna yang refill je, bekas kan dah ada! Pon sama, picture credits to Abam Google jugak. Yang ni dah lama Ainn guna, zaman dok uni lagi dah guna yang ni. Sebelom tu dok guna brand lain. Bila sekali tu hujan lebat roomate Ainn terpaksa sambung jemur pakaian dia yang belom kering sepenuhnya tu kat bilik. Wanginya! Walaupon jemur dalam bilik tetap wangi, tak bau hapak pon! Sejak tu la Ainn tukar kepada Daia.

Bila dah bergabung sabun + softener, semerbak la bau lavender. Suka je angkat kain yang dah kering tadi. Sebelom lipat tadi sempat lagi cium2 baju tu. Wangi sangat! Ainn suka :-)

Tak cukup dengan pakaian, pinggan pon guna haruman ni jugak. Sebabnya? Sebabnya dish wash dah abes! Huhuhu asyik lupa je nak beli. Padahal tiap2 hari dok lalu kat Econsave tu. Nak tak nak terpaksa la guna sabun cuci pakaian wat cuci pinggan?! Lantak la....

Thursday, October 22, 2015

Majlis Graduasi Pendidikan Khas Daerah Kulai 2015


Tahniah Soon Fatt, Jia Qin, Syafiq! Dah nak pencen ye korang. Syafiq batch sama ngan Cikgu Nurul mula2 posting ke sini. Syafiq dah habis dah, Cikgu Nurul jugak tak tau bila dapat pindah. Tetap dan berpencen je la kat SMK Senai ni.

 Dah macam pakai jubah je la Jia Qin ni. Dah tak nampak dah baju sekolah yang dia pakai kat dalam tu. Hihi..

 Syafiq tetap dengan control ensem dia. Nasib baik hari ni jerebu dah oke, kalo tak tak tahulah dia dapat pegi ke tak ke majlis graduasi dia ni. Rajin2 makan ubat ye Syafiq. Cikgu Nurul doakan awak cepat sembuh.

Dah macam Melayu je Soon Fatt bila bersongkok. Tambah pulak warna kulit dia tak macam warna kulit sebangsa dia. Harapkan mata je la sepet. Kalo tak memang nampak betol2 Melayu je la.

 SMK Senai ambik kesempatan adakan jualan kraftangan manik. Satu2nya jualan bukan makanan. Sekolah lain semuanya jual makanan. Alhamdulillah dapat sambutan yang memberangsangkan. Ada yang tak percaya budak2 macam ni boleh buat sume tu. Hello, tak sume oku ni tak boleh wat kerja langsung. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2. Kalau u pandai belajar, can get straight As in exam belom tentu u boleh buat benda senang macam ni je. Jangan pandang orang takde mata oke!

 Kitorang tunjukkan sampel je, so boleh ukur sendiri nak saiz mana. Pastu pilih kaler sendiri jugak, then anak2 yang sangat2 istimewa ni akan buat. Untuk hari ni ramai yang ambik gelang la, tasbih dan sempoa order je dulu sebab nak banyak kan. Kitorang akan cuba usahakan edarkan sebelom cuti sekolah hujung tahun ni ya. Khusyuk je Shi Young ngan Asyraf dok wat gelang yang ditempah. Cikgu Nurul dok cakap apa la ngan Cikgu Ida tu sampai berkerut dahi, bercantum kening dibuatnya.

Hihi. Ni awal2 lagi. Sempat bergambar kenangan sebelom pelanggan datang menyerbu.


Tak banyak pon sebenarnya yang kitorang jual. Setakat gelang, tasbih dan sempoa je. Harga yang sangat berpatutan. Yang penting sume ni hasil tangan murid PPKI SMK Senai. Cikgu2 dan PPM guide je mana yang patot.

Hasil Guna Oil Pastel

Susah rupanya nak kaler guna oil pastel. Seriously Ainn memang tak reti nak guna oil pastel. Sebabnya tiap kali Ainn guna oil pastel mesti comot gile, begumpul kaler dia tu. Nak kena ada skill lebih nak guna oil pastel ni bebanding water colour atau pencil colour. Part paling susah nak wat ton la. Hahaha Ainn ni gila wat ton kalo mewarna, walaupon tak pandai. Winkwinkwink.

Tapi kali ni Ainn cabar diri Ainn sendiri untuk mewarna menggunakan oil pastel. Malu la ngan anak2 kalo diorang boleh buat tapi cikgunya tak boleh buat. Ni gara2 Zaid ngan Asyraf la ni dok wat latihan mewarna diorang dok kaler guna oil pastel. Tengok diorang kaler cantik je, tu yang nak try jugak.

Hahaha ni la hasilnya. Nak siapkan kaler lukisan saiz a4 je ni pon makan masa 3jam! Zaid dah siap 3lukisan cikgunya siapkan 1 je?

Bila tengok sekali imbas je macam cantik jek. Hahaha takdop aroh nok perasan sungguh la!!! Nak framekan la, hasil pertama nih guna oil pastel. Tapi pokok depan tu macam 'cacat' :'( 

Sunday, October 18, 2015

Jalan2 Cari Makan Edisi Muha Tomyam

Ambik Oren balik keje tadi rasa lapar semacam je. Dah pukul 3 tapi tak lunch pon lagi. Pagi tu jek makan nasi goreng kat kantin. Ingatkan nak makan nasi ayam penyek kat Restoran Tiga Abdul kat belakang Econsave Senai tu tapi tutup la pulak hari ni. Memang setiap Ahad ke tutup atau kebetulan hari ni je yang tutup, yang tu tak pasti la pulak.

Kalo dah tutup terpaksa la carik tempat lain, ye dok. Kebetulan malam tadi Ainn dah search kat google mana2 tempat makan yang best kat Kulai so kitorang Ainn decided nak bawak Oren makan kat Restoran Muha Tomyam. Kalo ikutkan blogger tu dia suggest nasi goreng seafood. Huii tak sabar dah ni nak try nasi goreng seafood yang dikatakan sedap tuh.

Ikutkan maps yang incik blogger tu bagi, alamak sesat le pulak. Dok pusing2 kat Bandar Putra tu, try masuk kat kawasan rumah kedai kat belakang petronas. Dalam dok pusing2 kat kawasan rumah kedai tu Ainn teringat satu restoran Ainn banyak kali jugak la pernah makan, tapi dah lupa kat mana.

Dalam dok pusing2 mencari restoran yang Ainn cakapkan Oren menjerit, 'hah, tu Muha Tomyam!' Alamak dah terlajak dah. Terpaksa la pusing balik ye. Bila dah park mangosteen baru tau memang restoran tu la yang Ainn dok cite tadi. Patut la tak cam tadi, bumbung minangkabau dia dah takde dah.

Mintak buku menu memang ingat nak mintak nasi goreng seafood la. Tapi takde la pulak kat list tu. Ainn pon memang tak tanya ada ke tak. Oren nak tomyam. Biar betol mamat ni nak tomyam. Selamba je Ainn tanya tukang masaknya orang mana. Nasib baik waiter tu jawab orang Thai. So boleh la order tomyam :-)

Untuk kali ni Ainn order tomyam poktek, sup ekor, kailan ikan masin, telur dadar. Semestinya la ada nasi sekali. Air tembikai untuk Oren, air nenas untuk Ainn. Tapi sup pulak tak siap lagi, awal sangat kitorang pegi kot. Baru pukul 4 :-P

Sambil2 dok tunggu makanan sampai Ainn try la search kat google guna keyword 'muha tomyam'. Sekali baru tau salah tempat yang kitorang masuk ni. Patut la 'sesat'. Takpe la mungkin next kita pegi cari tempat tu ya. Ni kira branch lain la kot. Dah alang2 search tu tengok la suggestion menu, puyuh goreng kicap, sotong goreng tepung, air sirap. Macam nak try je, ganti sup yang takde tadi. Tapi air sirap tak boleh order lagi la ye dah ambik air lain ni ha. Pegi kat tempat lagi satu la try sirap dia.


Tadaa!!! Inilah menu yang diorder tadi. Sotong goreng tepung je belom sampai lagi. Nampak tak telur tu macam kureng bawang je. Suka la Oren makan telur dadar ni. Telur dadar ni memang sesuai untuk orang yang tak suka bawang macam Oren. Kailan ikan masin tu tak payah cakap la dah memang peberet dia.


Sementara dok menunggu pesanan sampai benda alah ni yang sampai dulu. Otak2! Panas2 lagi. Sama je macam kat tempat lain, bayar setakat kita makan je. Ainn makan 3keping tadi rm2. Not bad la padan ngan rasa, tak hangit masak sedang elok je. Tu yang penting.

Mula2 Ainn nak cite pasal tomyam ni la. Kiranya ni 1st time Ainn makan tomyam poktek warna merah. Selalunya tomyam poktek warna putih. Dah macam tomyam seafood je, cuma ada ayam la sikit. Walaupon tomyam dia tak sepekat tomyam yang Ainn selalu makan tapi rasanya masih dalam kategori sedap. Daripada 10bintang Ainn bagi 7bintang. Gaul sekali ngan sambal belacan dia memang sedap. Tak rasa alahan pon Ainn makan sambal belacan tu.

Lauk ni langsung tak berusik masa makan nasi tu. Dah tak jadik lauk dah bila makan gitu je tak makan ngan nasi. Beria je Oren kata nanti dia makan kacang tu, satu pon dia tak sentuh! Ainn pulak memang tak suka kacang panjang. Makan puyuh je la.

Tapi entah la ek mungkin masakan goreng kunyit cara Thailand macam gini kot. Makcik Ainn yang dari Thailand pon masak macam ni. Rasa macam gaul aje ngan kunyit terus je goreng. Terasa kunyit tu belom diserap, tak sedap la jadiknya. Nak pulak guna kunyit serbuk.

Disebabkan lidah Ainn tokleh terima rasa kunyit tu Ainn cuba la rendam burung tu kat dalam lebihan kuah tomyam tadi. Tapi kuah tomyam tu dah sejuk la, macam takde perubahan pape pon :'(. Untuk puyuh goreng kunyit ni Ainn bagi 2/10 bintang. Maap ya..

Ni last menu yang kitorang dapat. Antara menu2 yang dipilih yang ni la yang paling sedap bagi Ainn. Wee teringat sotong goreng tepung yang Dila buat kat kelas tahun lepas. Sos dia tu penambah rasa sedap. Rasanya macam sos pure dari Thailand. Tak pedas sangat tak manis sangat. Kalo nak pegi Muha Tomyam Ainn suggest order ni as your side dish. Memang tak rugi.

One more, air tembikai dia sedap sangat tau. Manis sangat tembikai yang digunakan tu. Rasa manis tembikai, bukan manis gula. Air nenas dia pon sedap jugak. Lagi sedap kalo dia letakkan buah nenas yang dah potong kiub ke. Hihi :-D

Sampul Surat Misteri


Balik rumah tengok ada 2sampul surat kat dalam postbox, ada jugak 1 kat selit kat gate. Selalunya kalo surat yang dipos ke rumah ni bukan surat Ainn, sebab Ainn suka bagi alamat sekolah je senang. Penyewa lama punya la tu kot.

Tapi bila tengok kat sampul tu takde pulak nama sape2. Aih pelik nih nak bagi sape sebenarnya surat2 ni? Sampai 3 pulak tu. Alah bukak je lah. Jeng... jeng... jeng...

Sampul pertama

Ramalan nombor rupanya. Untuk nombor ekor la ni kot, kalo ikut cerita yang dicitekan tu. Main nombor ekor = judi. Main ramalan2 ni pulak bukan ke khurafat?

Sampul kedua

Yang ni black and white je, save budget oke. Kertas pon nipis je, extra save budget. Hikhikhik. Oke jom baca. Humh tilik nasib la pulak...

Sampul ketiga

Same jek ngan sampul pertama. Hamboi sampai 2 ko bagi hakak ye? Tapi mintak maap la ye hakak ni Muslim, tak percaya dan tak boleh percaya benda2 macam ni. Tapi hakak tak marah kalo awak nak percaya ni sume, ikut kepercayaan masing2 la ye dik non.

Something yang interest sket, yang buat Ainn rasa nak share kat sini pasal benda ni bukan sebab ni 1st time Ainn dapat benda2 ni sume. Sepanjang hampir 5tahun Ainn kat sini memang dah banyak sangat2 dah terima benda ni terselit kat gate umah Ainn tu. Cuma bezanya yang ni, satunya dia letak elok je kat dalam postbox kecuali satu tu je la selit kat gate tak tau la tu sampul yang mana. Keduanya they act like formal, taruk dalam sampul surat! Nampak macam beretika sket kan? Well done.

Cara Mengira Kelayakan Pinjaman Kereta

Untuk entri kali ni Ainn nak share macam mana nak kira kita ni layak ke tak nak wat pinjaman nak beli kereta. Untuk sape2 yang dah tau boleh skip la ye, ni untuk orang2 yang belom tau macam Ainn je. Eh eh Ainn dah tau dah, tapi baru jek tau.. hihi. Tu pon sebab dok berkira2 nak let go masgosteen tu yang dah macam tak betah je dok ngan Ainn.

Bila dah banyak sangat buat loan, so far loan kereta + personal loan je hikhik. Tapi Ainn punya loan rumah dah on the way dah tu tunggu rumah siap je. Dan plan ngan Oren nak dapatkan kereta baru lepas kawen nanti la, boleh share bayar. Takkan belom pape lagi dah nak selok poket dia kot... Oke, sambung ayat tadi. Bila dah banyak sangat buat loan takot sangat kita punya pemohonan tu tak lulus. Dah la kereta2 yang diplan tu harganya sekali ganda harga mangosteen.

Tapi bila balik cite Melati, Hassim ada buat personal loan untuk majlis kawen diorang, sebelom tu dia dah buat loan beli kereta, dah setahun kawen beli rumah pulak. Total sume tiga2 loan tu gaji dia tinggal rm200 jek sebulan! Lepas pulak ye? Hurmm yang tu belom boleh lagi nak jawab. Lagi pon Hassim tu laki Melati, takkan Ainn nak menyibuk pulak.

Oke, kita pegi ke cara nak kira loan kereta kita nanti ni lulus ke tak. Ilmu dari MrOren tercinta, puiii. Senang jek nak kira. Monthly kita punya ansuran tu nak kena bayar berapa, then darab jek ngan 3. Hah, pastu tengok gaji bersih kita ngan hasil tadi. Kalo gaji kita lebih tinggi so lulus la application kita tu nanti. Kalo hasil 3bulan tu pulak lagi tinggi mintak maaf la ye dik, carik le kete lain yang lebih murah.

Macam mana nak kira monthly payment tu? Yang ni rasanya sume dah tau kot, basic je ni. Tapi takpe Ainn nak cite jugak kat sini, saje nak panjangkan entri ni. Wahwahwah.

Mula2 kena tau:
1. Harga kereta *on the road ye sayang, inclusive gst of course*
2. Yearly interest. Yang ni rajin2 la servey kat mana yang bagi interest rendah. Boleh servey kat bank or kat dealer kete.
3. Down payment nak bayar berapa. Kalo nak wat full loan tak payah kira la yang ni.

Contoh pengiraan. Wah dah macam buku nota Matematik pulak hihi. Oke Ainn ambik contoh mangosteen Ainn la.
1. Harga kereta, rm56 500. Masa tu belom ada gst lagi hwahwahwa.
2. Sebab kat Perodua Kulai ni diorang deal ngan AmBank je *pada masa tu* dan Ainn pulak taknak ambik kete kat kedai bukan Perodua, masa tu AmBank offer interest 2.88%. Kebetulan pulak setakat Ainn dan su suami istri survey ni la yang paling rendah. Walaupon selepas tu banyak lagi yang lebih rendah. Oke, abaikan yang lebih rendah tu. Fokus pengiraan kita pada 2.88% ni ya.
3. Down payment. Ainn bayar 10% jek. Ingatkan 10% tu kena la bayar rm5 650. Rupanya kena bayar rm5 700 der. Hahaha tak kisahlah baru dapat duit tunggakan masa tu dari DC ke DG. wikwikwik.

Jom kita kira monthly payment.
RM56 500 - RM5 700 = RM50 800. It means loan yang Ainn nak buat tu RM50 800 je la, sebab RM5 700 dah bayar cash. Senang je kan nak faham yang ni?

Pasty kira pulak untuk interest.
(Jumlah pinjaman X yearly interest X bilangan tahun yang kita nak bayar balik pinjaman tu). Ainn pilih nak bayar dalam tempoh 7tahun je, rasanya tak perlu kot nak ikat lama2 untuk aset cair. Tapi selalunya orang buat 9tahun. Setahu Ainn paling lama la tu kalo 9tahun. Dah maximum period dah tu.

50 800 X 2.88% X 7 = RM10 241.28.
Ingat ek Ainn dah bagitau awal2 tadi total ni untuk bunga je tau, belom ditambah pokoknya lagi. So kita tambah le ngan pokoknya tadi.

Interest + jumlah pinjaman = jumlah bayaran balik.
RM10 241.28 + RM50 800 = RM61 041.28

Daripada jumlah bayaran balik ni la barulah kita boleh kita monthly payment kita nanti.
Jumlah bayaran balik / bilangan tahun / 12 bulan = monthly payment
RM61 041.28 / 7 / 12 = RM726.68. Hasilnya tu dibundarkan kepada ringgit terdekat, so jadik la monthly untuk mangosteen tu RM727.

Nak tahu layak ke tidak? Sikit je lagi ni. Jumlah tu darabkam dengan 3.
RM727 X 3 = RM2 181.

Dah siap kira, tengok slip gaji sayang2 semua. Tengok tang gaji bersihnya aje. Kalo lebih daripada RM 2 181 boleh la ambik macam Ainn punya ni.  Kalo macam sikit je lagi nak capai angka tu adjust la sikit, mungkin up sket down payment ke, tak pon ikat lebih sket la wat 9tahun pon takpe kan. Ikut kemampuan sendiri. Tak payah nak ikut2 orang la.

Kat sini baru nampak kan pentingkan kita buat apa2 loan kalo tolak gaji sekali pon dia takkan tolak kat kita pay slip. Sini la untungnya. Tapi kena hati2 la jangan sampai ikat perut pulak.

Oh, pasal monthly payment yang terlebih 32sen tu. Ha yang ni jangan risau. Masa kita nak sign dia punya surat perjanjian tu dia dah buat siap2, last month tu bukan harga ni la. Jumlah bayaran balik - (monthly payment X [bilangan bulan bayaran balik - 1])
RM61 041.28 - (RM727 X [84 - 1])
RM61 041.28 - RM60 341 = RM700.28
So nanti untuk bulan terakhir pinjaman Ainn just bayar RM700.28 je la. Bukan RM727 seperti yang Ainn dok bayar monthly sekarang ni.

Oke, kenapa 84 tu nak kena tolak 1? Sebabnya 7tahun ada 84bulan kan? Tapi bulan last kita buat pinjaman kita tak bayar ngan nilai yang sama dengan bulan2 kita dok bayar tu. Sebabnya kan kita dah terlebih bayar 32sen. Yang terlebih bayar tu la kita cover masa bulan last tu.

Oke faham yek. Kalo tak paham boleh je tinggalkan komen, tanya jek. Tak payah risau kalo rasa macam soalan bodoh, rasa je bukan betol2 bodoh pon. Kalo malu nak bertanya tu je sebenarnya macam tu. Ihihihi Ainn dok bebel2 ni ada yang baca ke? Tak kesah lah, dah dekat pukul 1. Esok keje weh. Gud nite. Assalamualaikum :-)

Thursday, October 15, 2015

Alahai Mangosteen... Again!

Tak tahulah apa yang tak kena, masuk kali tak tau dah berapa kali kena. Kali ni selisih ngan lori pulak. Alhamdulillah Ainn takde pape cuma mangosteen je la calar kat mudguard, side mirror tertolak ke belakang, tayar pecah.

Masa mula2 tengok side mirror tertolak ke belakang Ainn cuba jugak adjust side mirror tu guna button tapi xgerak pape pon. Memang tawakkal je la nak drive ngan side mirron belak kanan tak befungsi. Tapi bila gerak sket je baru prasan tayar pecah. Cuak jugak la bila tau tayar pecah.

Col Abang Omar dia gi surau hp tinggal kat rumah. Col Azri dia dah ke U Mall nak tengok wayang. Oren memang tak boleh nak harap pape dia sendiri takde transport. Nyonya2 yang dok menjual kat tepi jalan tu pon mampu tengok je la.

Try jugak mintak tolong abang pomen yang kat bengkel tepi jalan tu, tak boleh katanya. Tak taulah apa maksudnya tak boleh buat tu. Dah kata tak boleh takpe la kan.

Nasib baik ada 2orang remaja ni, kapel kot. Ainn tanya dia boleh tak dia tukarkan tayar mangosteen yang pecah tu, Alhamdulillah dia boleh tolong.

Kesian dia dok berjemur tengah2 panas, tepi jalan yang sibuk tu dok tukar tayar mangosteen. Yang malunya dah siap dah dia wat keje tu, Ainn cari la beg duit Ainn dalam handbag, rupanya beg duit tertinggal! Ya Allah malunya!!!

Ainn try jugak mintak no akaun bank dia  takdenya dia nak bagi. Mintak ngan 'awek' dia memang tak bagi la. Mintak ngan boy tu sendiri pon sama tak bagi jugak, takde katanya. Takkan takde akaun bank kot. Diorang beria cakap tak payah bayar, pertolongan biasa je. Tapi malu la weh mintak tolong ngan orang tak kenal takde bagi tips pape. Beringat la pasni kena ada cash kat dalam kete, wat spare.

Tuesday, October 13, 2015

Cara Mengecas Bateri Handphone

Cara mengecas bateri handphone? Perghh tajuk tokleh blah. Macam Ainn ni tau cara lain je camne nak cas bateri hp. Hakhakhak sebenarnya citenya macam ni...

Semalam Ainn gi jogging ngan Oren, tup2 bateri empty. Bateri dah empty baru teringat charger tetinggal kat kelas. Alamatnya esok la baru boleh cas.

Oren pulak dengan baik hatinya bagi usb dia kat Ainn. Charger biasa ada je kat rumah usb je yg takde. Yg tetinggal kat kelas tu rapid charger. Tak kisah la nak kena cas bejam2 pon asalkan hp ni boleh on, ye dok.

Sampai kat rumah tu macam biasa la Ainn ni malas nak cas. Ingatkan nak tido nanti je baru nak cas, charger dok kat bilik atas. Tapi disebabkan nak chat ngan Asyraf & Adib tepaksa la kena cas jugak kan walaupon malas.

Dah puas cari hp kat dalam kete. Kat pintu takde, kat gear takde, kat handbrake takde, kat dashboard pon takde. Siap tengok kat bawah seat kot2 jatuh, pon takde! Memang sah la ni takde.

Rasanya masa bateri abes petang tu Oren masukkan dalam poket seluar dia. Tengok esoknya la, kalo takde jugak memang nak kena cari balik la kat dalam kete ni.

Pagi tadi gi antar Oren keje selamba je dia cakap hp Ainn ada ngan dia. Dah la tak cas pulak tu! Macam mana nak cas kalo usb dia bagi kat Ainn, charger dia guna tuk cas hp dia la..

Oren... Oren... beria bagi charger tapi hp takde nak cas camne? Memang cas kat sekolah jugak sudahnya.

Saturday, October 10, 2015

Mana Lorong Makmur 50 Ni?


Hanya sebab nak ambik barang2 ni pusing2 kat Tmn Damai Jaya dok cari Lorong Makmur 50. Entah kat mana entah lorong tu. Macam berterabur je. Lepas jumpa Lorong Makmur 25 tup2 jumpa Lorong Makmur 2. Pusing2 dah sampai Lorong Makmur 7X. Senang cite masuk aje setiap lorong nanti jumpa la lorong yg nak tu.

»macam mana yek rasa Soy Collagen ngan Gold Leaf Coffee ni?

Nak Makan Macam Mana Yek?


Konon malam ni Oren pon nak ngikut Ainn taknak makan nasi. Sebab penat sangat wat keje stor arini takde mood nak makan nasi katanya. Suka hati dia la nak makan apa pon.

So Ainn pon order la tomyam chiangmai, Oren pulak order sotong masak paprik. Sudahnya gini je dia antar. Ainn pandang Oren, Oren pandang Ainn. Nak makan macam mana ni?

Sotong masak paprik tu mungkin la boleh makan ngan tangan. Tapi sebab nakkan kuah tu nak jugak sudu. Takkan sudu dia bagi untuk yg order nasi je kot...

Yg peliknya tomyam tu la. Dah la sudunya sudu besar ala2 senduk, letak pulak dalam mangkuk panas tu. Nak Ainn makan macam tu je ke? Idok ke macam kita makan dalam periuk guna senduk. Hish tak beradab langsung makan gitu!

»tomyam chiangmai ni macam tomyam seafood je, apa yg bezanya dua tu xtau la. Sebab dua2 tomyam seafood and tomyam chiangmai ada kat menu, harga je lain2

Friday, October 9, 2015

Roti Telur

Hari2 makan roti telur. Asal order makan tuk bekfes je mesti nak roti telur. Asyik roti telur je, tak boring ke?

Hahaha hari ni Ainn jahat sket. Oren dah makan roti telur tak abes pon lagi Ainn dah suap kuetiaw goreng Ainn punya. Tak abes la pulak kuetiaw makan tadi. Hikhikhik nasib baik Oren ada. Banyak jugak Ainn suap tadi. Oke la takde la dia dok makan roti telur je, campur jugak ngan kuetiaw ari ni.

Thursday, October 8, 2015

2jam Menunggu

Bermula hari ni bertambah 1lagi tugasan baru utk Ainn. Hantar Oren pergi kerja! Kena bangun awal lagi la nampaknya. Kalo sebelom ni 6.30 baru gerak keluar pegi ambik anak2 kat Taman Impian Jaya. Tapi pagi ni disebabkan Oren dah mula kerja, motor dia belom sampai lagi, dan tempat dia kerja takde disediakan perkhidmatan pengangkutan so terpaksa la Ainn hantar dia dulu. Disebabkan Ainn terpaksa melencong ke airport Senai dulu so kena la keluar awal dari biasa. Wahh pukul6 dah siap dah! Takde la betol2 pukul 6, lebih2 la sikit. Yg kesiannya Oren kena menunggu lama la sebelom masuk waktu kerja. Tadi sampai 6'20am, keje stat 8.30am, jenuh tu nak menunggu 2jam 10minit. Tapi ari ni masuk awal sket, pukul8 dah kena masuk tak sampai 2jam la menunggunya. Bukan ke penantian itu satu penyiksaan? 1jam 40minit pon penat weh nak tunggu :-(

Monday, October 5, 2015

Ex-Student's Invitation Card


Masa Ainn mula2 posting dulu dia baru form 4. Kelas dia sebelah kelas PK. Alih2 ari ni dah dapat kad jemputan utk majlis kawen dia. Cepat betol masa berlalu. Tak sedar dah dekat 5tahun Ainn kat sini.

Apa2 pon selamat pengantin baru ye Azreen. Semoga semuanya berjalan lancar. Inshaa Allah takde aral sampai la saya ke rumah awak nanti ya :-)

Saturday, October 3, 2015

Antara RM45 & RM30

Kalo ditanya antara RM45 dengan RM30 yg mana lebih tinggi nilainya, semestinya ramai yg akan jawab RM45.
Kalo ditanya antara RM45 dengan RM30 yg mana lebih mahal, semestinya ramai yg akan jawab RM45.

Macam mana pulak dgn bayaran RM45 kita dapat 24jam, tapi kita hanya dapat 2jam dgn bayaran RM30? Confirm la ramai yg akan tukar balik jawapan tadi, kan? Melainkan kalo nak 2jam je, baik ambik yg RM30, save RM15. Sekang ni kita cite utk nak dapatkan 24jam je, sah2 la RM45 lagi jimat kan?

Gitulah kisahnya Ainn mencari hotel murah petang tadi. Mulanya dah cari area Senai, memang terlebih bajet la yang kat situ. Rose Cottage Hotel RM74.XX termasuk GST, plus receptionist dia yg tersangat 'mesra' melayan customer. Kat Rumah Tumpangan XXXX (xingat namanya) kalo RM50 bilik air kat luar, bilik takde econ, guna kipas je. Hotel kat senai deret CIMB (xingat jugak namanya) pon sama RM50 sehari tapi macam tak bersih sangat la.

Yg kitorang compare ni kat Senai Utama. Dua2 hotel ni dekat je selang beberapa umah kedai je. Dah park dah kat depan hotel yg wat RM45 tu tapi sebab yg depan tu dia wat iklan RM30 so pegi la ke sana dulu. Tak masuk pon, nampak list harga dia dari cermin pintu masuk tu. RM30 utk 2jam je! Jangan la kat tempat tadi RM45 tu pon utk 2jam je jugak. Nak guna 2ari weh, bukan 2jam!

Hihi nasib baik la kat sini memang kira ari. Kiranya yg RM45 tu utk sehari la. Tapi disebabkan malam ni malam minggu harga lain la sket, alah kena up 5hinggit je. Total utk 2ari RM95. Kira oke la dengan bilik n suasana hotel yg bersih, katil queen size, ada air cond, bilik air pon memang dlm bilik. Compare dgn yg sbelom2 kitorang survey.

Tido yg lena ye syg malam ni. Seronok ye tido dalam econ ;-)

Kereta atau Motosikal

Antar Oren solat Zuhur kat surau depan sekolah, ada la beberapa buah kete, dalam 5kete kot. Ada jugak motor park dekat ngan tempat wudhuk lelaki. Tak pasti berapa buah motor tu tapi yg pasti lebih banyak dari kete la.

Tiba2 je Ainn teringat semalam, masa Ainn gi antar Oren solat Jumaat kat masjid jamek Senai, bersusun kete! Nak lalu pon susah. Disebabkan Ainn je yg menentang arus banyak kali Ainn yg nak kena ngalah, reverse dulu bagi laluan kat abang2 & pokcik2 yg nak gi masjid tu.

Masa tu la Ainn terpikir, orang2 sini gi masjid naik kete ke? Ainn memang tak penah tau situasi solat Jumaat kat sini macam mana, dah dekat 5tahun kat sini baru tau, baru tengok macam mana. Dah la dengan sebanyak2 taman kat sini sume nak hala ke masjid tu je. Kenapa mesti nak bersesak2 ngan kete?

Bukan apa, setau Ainn kalo kat kampong diorang gi solat Jumaat naik motor je. Yg ada anak laki bonceng aje bapak ngan anak tu. Biasanya remaja2 akan pegi bedua ngan kawan2, bonceng je. Kalo time cuti anak2 pakat2 balik kampong banyak la yg gi ngan kete. Tu pon penuh kete ngan anak beranak. Bukan Ainn nak kata kat kampong takde yang pegi ngan kete, ada jugak yg pegi sorang2 pon tapi gi ngan kete. Tapi bilangannya tak banyak la. Takde la tersumbat2 macam kat masjid semalam. Itu yg buat hati Ainn terdetik orang2 sini memang pegi masjid ngan kete.

Disebabkan ari ni Ainn dah nampak ramai jugak yg pegi ngan motor so Ainn twist la persepsi Ainn semalam. Diorang takde motor kot sebab tu la nak tak nak terpaksa la pergi ngan kete jugak.

**Azri ada je motor, tapi semalam Ainn tengok dia pegi ngan kete jugak :-\

Nak Pilih Yang Mana

Selamat pagi. Have a nice day. Hope today will be better than yesterday :-)

Oke, pagi ni Ainn nak cite pasal semalam. Disebabkan semalam ari Jumaat, tempoh rehat tengahari yg agak panjang so xbanyak la tempat yg sempat dijelajah.

Pagi tu seperti yg drancang, lepas breakfast & solat dhuha (Oren je wat solat dhuha :-D) kitorang terus pegi V.S Industry. Sampai sana guard (Ainn rasa he's receptionist, bkn guard) tu cakap sini takde kekosongan jawatan! Tapi memang such a good service dia call xtau la call sape ask for any jobs sesuai dgn qualification yg ada pada Oren. Of course dia tanya Oren dulu apa kelayakan dia. Dan dia cakap dekat V.S Electronic ada need QC.

Lebih kurang 9.30 Oren menapak masuk ke V.S Electronic, Ainn pulak cari tempat sesuai nak park mangosteen. Lama weh menunggu. Pukul12 barulah dia keluar. Sempat dalam tempoh tu 2kali Ainn pegi Econsave sebab nak buang air tecik. Ingatkan dia yg tunggu Ainn sebab mula2 nak gi Econsave tu sesat jugak la kat kawasan perindustrian tu, rupanya Ainn jugak yg kena menunggu :-(

Dah keluar tu Oren cakap tempat yg isi borang semalam dah call suruh pegi interview pukul 4. Lepas solat Jumaat memang tak ke mana la, pegi makan terus pegi sana. Hahaha baru tau nama kilang tu, Saujana! Saujana Work Glass kot namanya. Tengok, tak ingat betol2 jugak namanya tuh hihi.

Yg mula menimbulkan kekeliruan nak memilih ni bila kat V.S dia memang sediakan hostel + transport. Tapi ari Isnin baru dia bagi keputusan, sama macam kat Celestica semalam la. Kiranya Isnin ni kalo dapat memang boleh terus keje and dok hostel la. Kat Saujana pulak (sebut Saujana je la yek, senang!) dah boleh mula ari ni, tapi masalahnya kat situ tak disediakan hostel + transport macam kat V.S and Celestica. Intervewee tu cakap dekat Oren setelkan transport and tempat nak duduk tu dulu pastu bagitau dia barulah dia akan keluarkan offer letter.

Pada Ainn sama aje. V.S. kena tunggu Isnin, Celestica kena tunggu Isnin, Saujana kena tunggu setelkan masalah tu dulu. Semuanya kena tunggu. Bilik sewa sini memang boleh cari. Transport je, pada Ainn macam mana pon dia keje kat mana pon he need his own transport. Dia kena jugak uruskan motor dia tu pos ke sini. Tapi dia kena pikir bajet la pulak nanti. Saujana memang ada bagi elaun transport, bagi Ainn berapa sen la sangat elaun tu yg dapat. Betol2 ke dapat menampung kos minyaknya tu nanti? Nak pulak ngan harga minyak ni asyik naik aje. 2,3ari lepas baru je naik lagi kan seposen. Plus dia kena sediakan jugak bajet utk umah/bilik sewa. Setakat ni jumpa paling murah pon bilik sewa rm180. Lain2 ada yg rm250, rm300 pon ada! Sebab tu Ainn suruh je tunggu V.S punya keputusan. Kalo boleh Ainn nak dia keje kat V.S, inshaa Allah kalo ada rezeki dia.

Belom apa2 lagi Oren dah mengalah. Macam takde harapan je kat V.S. ngan kat Celestica tu. Alasannya kenapa kena tunggu? Kenapa Saujana boleh terus bagi jawapan kenapa kat 2 tempat tu nak kena tunggu Isnin?

Aduhh pening jugak pikir nak jawab macam mana. Ainn pulak takde pengalaman keje kilang, pegi interview nak keje kat kilang pon tak penah. Tapi setau Ainn kak ngah Ainn dulu masa apply keje kat Ohshima pon macam tu jugak, kena tunggu jugak, makan ari jugak baru dapat keputusan. Maka dapat idea Ainn nak jawab. Hahaha.. mungkin Saujana tu kilang kecik. Mungkin je ek. Sebabnya Ainn tak penah dengar nama kilang tu before. So takde banyak cekadaknya, boleh la terus bagi jawapan. V.S ngan Celestica tu kan kilang besar. Kat Senai ni aje brapa banyak kilang tu, kat Johor ni brapa, kat Malaysia ni brapa, lain2 negara lagi. Mungkin prosedurnya lain la sket. Sabar ye syg, Isnin ni je, bkn mcm apply SPA ke apa kena tunggu berbulan2 kalo xdapat pape means xdapat. V.S. ni siap cakap apa2 pon, dapat ke xdapat ke diorang akan call, akan inform. Apa2 pun mintak dengan yg kat atas. Dia yg sbenarnya menetukan rezeki kita ni kat mana, bila, bukan interviwee tu. Dah banyak kali kan pesan, mintak dengan Dia. Diorang tu sume perantara je, manusia macam kita je jugak, takde kuasa apa pon!

»Solat dhuha tadi syg mintak apa?
»»Sy memang nak V.S. Masa solat dhuha tadi sy memang mintak nak keje kat V.S tu. Gi interview tadi pon lain, suasananya lain, xsama macam Celestica semalam. Sy memang mintak Isnin ni terus keje dapat keje kat V.S, terus dapat dok hostel.
»Tengok, syg sendiri mintak nak Isnin kan? Apa masalahnya? Mungkin Allah nak kabulkan doa syg la tu. Dah syg sendiri mintak Isnin so tunggu Isnin la...
»»Sy mintak nak keje Isnin bukan nak tau jawapan Isnin. Sy nak jawapan hari ni..
»Syg mintak tak syg nak jawapan ari ni?
»»(geleng)

Memang nak kena budak Oren nih! :-$

Friday, October 2, 2015

Welcom to Johor, MrOren :-)

Happy. Kasihan. Penat. Sedih. Excited.
Macam2 perasaan bercampur baur. Mana taknya ari ni Oren 1st time + 1st day sampai Johor. Naik train malam tadi dari Gua Musang. Dah la Ainn beli tiket online dia buat jadual kat situ 8.30pm. Petang tu abang Oren pulak kena serang gastrik, terpaksa bawak dia pegi klinik dulu. Dah pukul7 baru gerak pegi Gua Musang. Alhamdulillah sempat sampai sejamnya. Dah sampai tu nak ambik tiket kat kaunter rupanya train pukul10.30pm! Kesian Oren kena menunggu lagi. Bukan main tadi berkejar lepas balik dari klinik.

Dah naik train pulak rupanya tempat dia tu katil atas, Ainn mati2 dok ingatkan katil bawah. Dah lama xnaik train xtau tiket train pon dah naik harga :-P

Pagi tadi pulak pagi2 lagi Oren dah chat Ainn asyik dok tanya lama lagi ke? Mula2 kat Gemas. Pastu kat Kluang. Rengam. Aduhh lama pulak benti kat Layang2. Masa kat Kluang tu Oren dok ngadu pening dah. Dah la dari petang semalam tak mandi, tambah pulak ngan train tu yg begoyang2, tambah lagi dgn journey tu yg makan masa 12jam!

Sampai tadi pon dah nak sampai dah baru Ainn kluar dari sekolah. Lama pulak puan pengetua begayut. Hihi salah Ainn jugak dah pukul10 baru nak naik atas mintak permission nak kluar sekejap. Sudahnya dlm 11'15 kot sampai kat rumah. Sempat la Oren rehat kejap sementara tunggu Ainn balik skolah.

Disebabkan misi mencari keje khas buat MrOren ni bemula petang, so tak banyak la tempat yg sempat kitorang pegi. Mula2 pegi Celestica dulu. Sebabnya tiap2 ari Ainn dok lalu situ Ainn dok tengok banner yg tergantung kat gate nakkan pekeje tetap. Dalam otw nak ke Celestica tu ada nampak 1kilang ni pon dia gantung banner jawatan kosong jugak. So lepas pegi Celestica tu pegi sana la. Rupanya kat situ takde terus interview macam Celestica, just isi form apply the job je dulu, then tunggu diorang call utk interview.

Tengok2 kat kawasan situ macam dah takde dah yang gantung banner jawatan kosong, kononnya nak hala ke kawasan perindustrian senai la pulak. Sampai kat Taman Handal tu nampak signboard nak ke Taman Perindustrian Senai Murni. Apa lagi? Belok terus masuk sana la. Tapi misi utama nak kena cari masjid dulu la, sebab waktu Zuhur dah nak habis kikiki.

Kalo ikutkan Oren lepas solat Zuhur tu dia dah penat, nak rehat je. Lagi pon dah pukul 4 ofis dah tutup katanya. Ainn pulak bekeras nak cari dulu, at least esoknya tau tempat mana hala nak tuju. Cari punya cari nampak banner tegantung kat V.S. Plus. Kena paksa pulak Si Oren ni turun tanya guard, oke la guard tu cakap kekosongan jawatan tu kat V.S. lain, dia siap bg nama jalan. So cari je la V.S. yg dimaksudkan tu. Oke dah jumpa. Esok tempat tuju kita yg petama ke sini la :-)

Pastu terus antar Oren kat masjid dekat ngan airport. Biarlah dia dok rehat sini dulu, lepas Isyak nanti la pulak kita bincang kemudian. Dan ikut persetujuan bersama dia kata nak 'lepak' kat masjid ni je malam ni. Takot jugak Ainn tiba2 kena 'halau' ke. Ye la setau Ainn kat masjid ni kan kawasan larangan utk tido. Harap2 semuanya oke.

**this post should be published last night. Tapi disebabkan terjadinya sesuatu yg dah dijangkakan Ainn xsempat nak klik butang publish , terus terlupa pasal ni. Nak wat cite tuk ari ni baru pasan. Xkesah la kan :-)