Nuffnang Ads

Wednesday, January 31, 2018

Menu Bajet Di Restoran Eman Tomyam

Dah lama rasanya tak makan kat luar. Kebetulan ada terbaca kat group KPK harga makanan kat Restoran Eman Tomyam murah sangat. Ada lagi ke harga nasi goreng RM5? Bukan nasi goreng untuk sarapan pagi yang takde lauk apa2 tu ye, nasi goreng menu masakan panas. Tak kisahlah nasi goreng apa pon. Tak cukup dengan tu katanya ada diskaun 10% untuk menu set ikan siakap. Diskaun tu sehingga 31 Januari je. Apa lagi terus ajak hubby try makanan kat sana.

Lepas maghrib terus pergi. Mula2 hubby tanya kat mana restoran tu laju je jawab 'Bandar Putra'. Nasib baik awal2 lagi tergerak hati nak cari restoran tu kat Google Maps. Bila tengok iklan tu balik rupanya restoran tu kat Taman Gemilang. Dekat sangat la ngan rumah ni. Sederet je ngan Klinik Amir & Rakan2.

Masa kitorang sampai tu takde orang pon. Staff sedang enak menikmati hidangan. Macam biasa la Ainn yang kena pilih menu. So Ainn pilih set je la, kan ada diskaun 10%. Ainn pilih set untuk 3orang makan, set yang ada kerabu mangga. Favourite hubby tu, mana boleh tak ambik yang tu. Air hubby mintak tembikai, Ainn pulak barli panas, tembikai without ais untuk Aisy. Nasi ambik 2 je.

Kerabu mangga menu wajib hubby. Tengok kepada warna mangganya tu dah boleh agak betol2 mangga muda yang digunakan.

Tomyam seafood, campuran udang, sotong, apa yang warna hijau tu? Kepah ek?

Kailan ikan masin.

Ikan siakap 3rasa. Set ni boleh pilih masakan untuk siakap.

Ayam black pepper. Macam pelik je, macam xngam je ngan menu lain. Dah memang termasuk dalam set tu, makan je la.

Untuk menu2 ni, termasuk nasi dan air harganya RM62. Tu harga selepas diskaun 10% ye. Kalau takde diskaun tu pon masih bawah harga RM70.

Soal rasa? Kena la ngan harganya. Tekak masing2 la ye.

Yang Ditunggu-Tunggu


Posting yang menimbulkan spekulasi, 'Aisy dah nak dapat adik ke?'

Lama sangat ke tunggu? Aisy baru setahun 4bulan. Masih lagi menyusu badan. Macam mana agaknya kalau dah dapat adik nanti? Maunya berebut susu ngan adiknya. Sekarang ni pon abi acah2 je terus ngap. Hihihi trick yang sangat berguna kalau Aisy main2 je masa menyusu. Abi acah2 je terus tak lepas.

Aisy baru setahun 4bulan, takkan lahir je terus menunggu 2nd pregnancy? Agaknya apa la ye yang ditunggu2 tu. Ada yang nak teka tak? Tak payah la, biar Ainn bagitau je.

Ingat lagi tak Ainn cerita pasal Ainn mintak ubat turun darah itu hari? Masa Ainn post pasal tu ubat dah habis, tapi tak period pon lagi. Akhirnya, selepas beberapa hari darah kotor tu dah keluar!

Tengah duk santai2 ngan hubby tunggu azan Isyak ada rasa tak selesa. Rupanya ada benda. Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana. Excited, nervous, happy. Semua lah. Last period on last April, lama tu!

Mungkin sebab lama sangat, darah tu agak gelap warnanya. Tak banyak, tak macam period sebelom2 ni. Warnanya tu yang menakutkan. Dan badan pon rasa sangat2 penat. Balik sekolah petang semalam melepek aje. Hari ni tak payah cerita la. Nasib baik cuti, boleh rehat puas2. Tak puas sangat la bila ada si daebap yang tengah membuas tu. Hihi.

Petang tadi warna darah dah merah2. Harap2 esok tenaga dah kembali pulih. Yang bestnya hubby siap bakar tungku lagi. Walaupon batunya kecik je, boleh la nak kurangkan sakit. Tq syg 😘

Friday, January 26, 2018

Bila Doktor Minta Kurangkan Berat Badan

'Sebab nak ngandung ke?'

Rata2 itu respon yang Ainn dapat bila Ainn ceritakan pasal doktor mintak kurangkan berat badan. Hurmm nak kurus sebab nak ngandung je ke? Ada banyak faktor lain kan?

Alkisahnya last Tuesday Ainn pergi jumpa doktor. Sebabnya sakit kepala, mungkin kuat sangat melantak udang galah gamaknya. Cerita udang galah tu Ainn cerita kemudian ye. Hish dah banyak sangat dah ni cerita2 tertangguh.

Dah alang2 jumpa doktor tu Ainn mintak le sekali ubat 'turun darah'. Sebabnya dah lama sangat tak datang period. Last period bulan April tahun lepas. Lepas lahirkan Aisy 2 kali je Ainn period.

Kenapa Ainn nak sangat ubat ni? Sebab tak selesa la. Rasa macam banyak sangat toksik terkumpul dalam badan ni. Perut pon buncit semacam je. Tak tau la itu penyebabnya ke tidak. Just try.


Inilah ubatnya tu. Tak dapat banyak pon. 6 biji untuk 3hari. Sekali makan sebijik, sehari makan 2kali. Cukup ke ni? Entahlah, tengok la nanti macam mana. Ni Ainn dah habis makan dah pon.

Kenapa pulak doktor suruh kurangkan berat badan? Mungkin sebab berat berlebihan, itu yang buat badan lemau aje. Kiranya 2faktor la yang menjejaskan kesihatan Ainn sekarang ni. Tak period dah lama, dan obesiti.

Tak banyak yang doktor nasihatkan pasal kena kurangkan berat badan tu. Last meal on 6pm. Itu je. Dan sedikit tambahan, aktifkan diri. Jangan nak pasif aje. Pastikan jugak tidur mencukupi.