Nuffnang Ads

Monday, September 11, 2017

Tunggu Kami Di Syurga

Dah sebulan Ainn menyepi. Bermakna dah sebulan kak long tinggalkan kami. Ainn ingat lagi hari last Ainn update blog ni, tengahari tu su called bagitahu Ainn kak long dah tenat. Memang kak long dah seminggu lebih warded, badan dia dah lemah sangat2. Tapi kali ni memang betul2 lemah. Ainn terus bagitahu pengetua Ainn nak cuti.

Petang tu Achik pulak called Ainn suruh balik SEKARANG jugak. Kalau nak jumpa kak long kena balik dan2 masa tu jugak. Niat hati nak balik pagi esok *sebab baju berbakul2 tak bercuci dan takde baju nak bawak balik T_T* terus packing baju yang dah siap cuci tu. Tak kering pon takpe la. Ainn dah mintak cuti sampai Khamis.

Mungkin ramai yang salahkan Ainn, yang mengata Ainn macam2. Kan kak long dah tenat kenapa tak terus balik kampung? Ainn kena pikir jugak suami Ainn. Dah siap cuci kain baju tu dalam 5pm kitorang bergerak dari Kulai. 12am masih lagi kat Kuala Lipis. Paginya penat melayan Aisy, tak rehat terus drive nak terus balik kampung? Tambah pulak lampu kereta tak terang sangat, tak boleh nak drive laju *ikut hadlaju sebenar* melainkan kat kawasan tu ada lampu jalan. Dia mintak singgah sekejap kat rumah abah. Tu pon dah ngantuk sangat2 dah, dah tak tahan. 1.30am kitorang sampai. Agaknya kalau kami teruskan perjalanan dalam keadaan pemandu mengantuk + lampu kereta kurang terang entah selamat atau tidak. Bukan nak pentingkan diri sendiri, tetapi kami kena pikir jugak keselamtan kami dan si kecil Aisy. Disebabkan nak kejarkan kecemasan tu kami pulak yang terlibat.

Subuh esoknya ayoh chik tanya duk kat mana, kitorang baru bangun. Nampak ayoh chik kecewa bila kitorang tak terus balik kampung. Masa tengah bersiap ayoh ngoh pulak col, suruh terus ke hospital aje. Masa tu kak long dah betul2 kritikal, dah betul2 nazak.

Bukan rezeki Ainn nak jumpa kak long untuk terakhir kali. Tak sempat jumpa kak long semasa hayatnya untuk terakhir kali. Dalam perjalanan 8.55am kak long menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kosong. Hati Ainn kosong. Fikiran Ainn kosong. Tak tahu nak tafsirkan macam mana. Ainn redha dengan ketentuan ini. Tapi orang lain? Ainn tahu ramai yang mengata bila Ainn tak sempat jumpa kak long. Lantaklah dengan kata2 orang tu. Yang penting Ainn nak berbakti untuk kak long buat terakhir kali. Harap2 Ainn dapat.

Alhamdulillah kitorang sampai orang yang menguruskan jenazah *ketua* juga baru sampai. Kak long masih lagi di ruang tamu rumah tok ayoh. Ainn tengok macam tidur je, sama macam dia sakit hari tu. Ainn ambik kesempatan ni untuk mandikan kak long. Ainn sendiri volunteer nak mandikan kak long. Kak ngoh dan abe long *Fendi* tolong jugak. Jadi kami berempat *termasuk pengurus jenazah* mandikan kak long. Ainn rasakan macam mandikan kak long masa hayat dia je. Tak rasa pon kak long dah takde.

Masa untuk kapankan kak long jugak kami berempat yang kapankan. Subhanallah tak tahu nak cakap macam mana. Ainn tengok wajah kak long dah lain. Kulit mukanya putih. Bukannya putih pucat orang tak cukup darah, tapi putih yang bercahaya! Siap terukir senyuman di bibirnya. Air mukanya seolah-olah excited sangat2. Mungkin dia gembira bila adik2 dan suami dia yang uruskan jenazahnya. Mungkin jugak dia tak sabar nak jumpa Tuhan *Allah SWT*. Sebelom disembahyangkan, Ainn siap pesan kat dia suruh tunggu Ainn kat syurga. Aisy pon cium jugak mommy dia untuk terakhir kali. Kak long selamat dikebumikan selepas solat zuhur. 2kali kak long disembahyangkan. Pertama kat rumah, kedua kat masjid.

Petangnya hubby tanya Ainn macam mana Ainn tengok jenazah kak long. Ainn bagitahu apa yang Ainn nampak, apa yang Ainn rasa, apa yang Ainn fikir; sama macam Ainn ceritakan kat atas. Hubby cakap dia tengok masa pengebumian kak long. Bila dah diletakkan kat liang lahad, bila wan bukak penutup mukanya dia nampak wajah kak long bercahaya. Memang betullah wajah kak long bercahaya, bukan khayalan Ainn semata. Bukannya sebab kak long tu kakak Ainn, memang anugerah untuk kak long di hari kematiannya.

Ainn teringat lebih kurang seminggu sebelom kak long sakit dia plan nak datang rumah baru Ainn. Masa tu Ainn baru pindah rumah. Tapi tak sempat pon, kak long dah pergi dulu. Agak terkilan jugak sebenarnya. Bila hubby cakap 'Kak long dah pergi rumah lagi besar,' Betullah kak long pergi ke rumah lagi indah, lagi selesa berbanding rumah Ainn.

Tenanglah kak long di sana. Tunggu kami di syurga.

No comments:

Post a Comment