Nuffnang Ads

Tuesday, September 12, 2017

'Thyme' Bersepah

Ainn baru pandang tengok TV sekejap hubby tanya, 'apa tu?' Hubby baru keluar dari bilik kerja dia tunjuk kat lantai. Aah apa benda tu? Entah?

Pandang je kat satu sudut lain, Astaghfirullah, Aisy Mikaeil! Tadi Ainn ada perasan Aisy duk main 1 bekas herba. Biasalah kan dah pandai selongkar drawer. Suka ambik apa2 barang dalam drawer tu buat main. Jadi semalam dia ambik bekas herba. Ainn biarkan aje, tak suka nak halang anak nak main. Agaknya ni yang dia curah kot, kat tempat sikit2 tadi tu ada sisa2 lagi kat dalam bekas tu. Dah jadi satu kerja nak kena sapu. Aduhai anak. Tahulah ummi dah lama tak masak, apa lagi nak masak guna herba2 mat salleh ni. Nak ganti ummi ye? Kan Chef Aisy Mikaeil. Bukan setakat alatan memasak dah sekarang ni suka main, bahan2 memasak pon suka main.

Dah siap sapu kat lantai, baru nak duduk. Aisy!!! Ada jugak kat karpet? Nak sapu macam mana ni? Dah la vakum baru je rosak. Nak kena cepat2 beli vakum ni. Tapi nak beli Shimono punya, nak tunggu show kat TV dulu kot2 dapat murah kan beli waktu siaran. Bila entah nak siarkan kat TV. Kita ni pulak bukannya 24/7 tengok TV. Time tengok TV pon bukannya duk ngadap Go Shop aje.

Tiba2 je teringat something. Bekas thyme! Kan bekasnya tu kaca. Alamak, mesti bekas tu pecah. Kalo tak macam mana boleh berterabur macam tu sekali. Mana bekas ni? Mana bekas ni? Risau la kaca tu, takut terkena kat Aisy nanti.

'Sy simpan dah bekas tu. Duk sini *dekat kabinet dapur* tadi.' Rupanya bekas tu dah simpan. Pandai ye, dah teraburkan isi dalam tu bekas tu simpan. Ingat ummi tak tahu lah ye? Tak pecah pon bekas tu, penutup tu tebukak. Macam mana entah ditariknya sampai terbukak penutup tu. 

No comments:

Post a Comment