Nuffnang Ads

Monday, September 11, 2017

Cincin Ukir Nama Simple

Mommies dapat apa hadiah sempena lahirkan baby baru? Ainn hadiahkan cincin untuk diri sendiri. Hadiah sebagai inspirasi nak lahirkan anak kedua. Hihihi.

Kalau ikutkan Ainn memang berangan dah lama nakkan cincin ukir nama ni. Kononnya nak buat cincin kawen, tapi tak tahu nak cari kat mana. Masa tu Ainn tak main facebook lagi. Kedai emas pon bukan pit stop Ainn. Nak tempah cincin ukir nama takot bajet kaw2 pulak kena. Jadiklah cincin kawen cincin belah rotan, then tulis nama kat situ. Itu pon last minute, nasib baik boleh dapat sebelom nikah.

Dah katanya hadiah sempena lahirkan anak kan, so Ainn buat nama anak la. Ikutkan nak nama penuh, Aisy Mikaeil. Tapi Mikaeil tu panjang sangat kalau nak dibuat 2baris pon. Jadik la Aisy je. Ainn pilih yang simple2 je. Tulisan simple. Takde batu2 *berlian*, takde tanam mata ikan. Simple just emas semata gitu je. Lagi cantik bagi Ainn.

Simple je kan? Simple but nice. Less is more. Apa lagi? Tambah la sendiri

Ada jugak yang tegor, 'Buat nama Aisy bukannya Aisy boleh pakai pon...' Yelah kan cincin emas ni, nak langgar hukum Tuhan ke apa nak bagi lelaki pakai emas? Memang tak la. Kak, cincin ni hadiah beranak, bukannya hadiah anak. Siapa yang beranak? Mak ke anak? So dapat kat mak la. Apa nak kalut Aisy boleh pakai ke tak?

Ainn tempah cincin ni kat facebook D'Miera Art & Designs. Direct ngan tukangnya terus, Ru Dy. Boleh direct Whatsapp dia kat nombor 0139774877. Cincin Ainn tempah ni saiz 15.5, ukir nama Aisy, emas 916, anggaran harga RM1300.00 termasuk upah. Anggaran boleh siap dalam masa 2minggu.

Tengok macam wow, banyak jugak tu pelaburannya. Sebab nak jugak terima aje lah. Deposit agak besar RM800.00. Tunggu punya tunggu takde dapat pon. Ainn jenis tak selalu nak update. Bila dah sebulan baru sibuk nak bertanya. Rupanya tukang nak rolling emas dulu, so dia dahulukan kerja2 buat gelang. Yelah gelang kan besar, untung pon mesti besar. Ainn punya ni cincin aje. Berapa la sangat keuntungannya berbanding gelang.

Mula2 mungkin boleh sabar. Bila dah lambat sangat boleh hilang jugak sabar ni. Mungkin sebab Ainn selalu push kot akhirnya terukir jugak nama Aisy. Hah ni baru siap ukir nama tau, belom cincinnya lagi. Walaupon belom jadi sebentuk cincin at least dah ada ukiran nama ni rasa terubat sikit kemarahan menunggu lama2 tu.

Nasib baik tak lama, 2,3hari lepas tu je cincinnya dah siap. Totalnya? RM863. Tukang ni siap bagi less RM3 tu, jadi RM860 je. Kiraannya? Berat cincin tu ($1.20 x RM470) + RM300. Kat Kelantan memang guna $ ye untuk berat emas, bukannya gram. RM300 tu kos upah la. Macam tinggi. Tapi bila tengok orang yang order yang murah bajet berat 1gram++ dengan upah RM250 macam tak tinggi sangat kot RM300 tu. Entahlah dah siap dah pon, dah bayar, dah dapat dah pon.

Dila cakap, '5orang anak Nurul penuh la jari dia dengan cincin nanti?' Hahaha takde maknanya la heh. Anak kedua nanti gelang la pulak. Takkan nak cincin aje semua? Kena menyimpan siap2 ni, at least 10K untuk gelang. Inshaa Allah dapat.

Cuma 1 je yang tak bestnya 'Aisy' ni, suka sangat sangkut2. Kalau bukan kat ekor 'y' mesti sangkut kat titik 'i'. Nak2 pulak masa tu tengah nak cepat nak susukan Aisy. Huhuhu.

No comments:

Post a Comment