Nuffnang Ads

Tuesday, September 12, 2017

'Thyme' Bersepah

Ainn baru pandang tengok TV sekejap hubby tanya, 'apa tu?' Hubby baru keluar dari bilik kerja dia tunjuk kat lantai. Aah apa benda tu? Entah?

Pandang je kat satu sudut lain, Astaghfirullah, Aisy Mikaeil! Tadi Ainn ada perasan Aisy duk main 1 bekas herba. Biasalah kan dah pandai selongkar drawer. Suka ambik apa2 barang dalam drawer tu buat main. Jadi semalam dia ambik bekas herba. Ainn biarkan aje, tak suka nak halang anak nak main. Agaknya ni yang dia curah kot, kat tempat sikit2 tadi tu ada sisa2 lagi kat dalam bekas tu. Dah jadi satu kerja nak kena sapu. Aduhai anak. Tahulah ummi dah lama tak masak, apa lagi nak masak guna herba2 mat salleh ni. Nak ganti ummi ye? Kan Chef Aisy Mikaeil. Bukan setakat alatan memasak dah sekarang ni suka main, bahan2 memasak pon suka main.

Dah siap sapu kat lantai, baru nak duduk. Aisy!!! Ada jugak kat karpet? Nak sapu macam mana ni? Dah la vakum baru je rosak. Nak kena cepat2 beli vakum ni. Tapi nak beli Shimono punya, nak tunggu show kat TV dulu kot2 dapat murah kan beli waktu siaran. Bila entah nak siarkan kat TV. Kita ni pulak bukannya 24/7 tengok TV. Time tengok TV pon bukannya duk ngadap Go Shop aje.

Tiba2 je teringat something. Bekas thyme! Kan bekasnya tu kaca. Alamak, mesti bekas tu pecah. Kalo tak macam mana boleh berterabur macam tu sekali. Mana bekas ni? Mana bekas ni? Risau la kaca tu, takut terkena kat Aisy nanti.

'Sy simpan dah bekas tu. Duk sini *dekat kabinet dapur* tadi.' Rupanya bekas tu dah simpan. Pandai ye, dah teraburkan isi dalam tu bekas tu simpan. Ingat ummi tak tahu lah ye? Tak pecah pon bekas tu, penutup tu tebukak. Macam mana entah ditariknya sampai terbukak penutup tu. 

Chef Aisy Mikaeil

Nak jugak buat entry lain nak cerita pasal mainan Aisy, alatan memasak tu. Hihihihi. Mentang2 la takde kelas, sambil2 buat kerja sambil2 mengarang kat sini.

Ini yang sempat disnap. Masa ni Aisy baru nak masuk 6bulan. Tengok la tu merangkak lagi. Kat rumah sewa ni. Huhu sedih tak, periuk nasi letak bawah ni je. Anak jantan ni suka sangat main periuk nasi ni. Yang takotnya kan panas penutupnya tu, yelah kita kan suka wat keep warm sebab nak kekalkan kepanasan nasi dalam tu.

Sebab Aisy suka sangat main periuk ummi belikan set periuk ni untuk Aisy. Tengok kat kotak tu dia buat untuk kanak2 3tahun ke atas. Aisy baru 6bulan dah nak main mainan 3tahun? Lantaklah asalkan dia suka. Mainan untuk baby sebaya dia taknak main, kita bagi je ikut rentak dia. Tak menyempat nak bayar kat cashier sibuk ngan dia nak pegang mainan dia. Belom bayar lagi lah! Nak snap pic ni pon sama. Banyk kali try duk bergaduh dengan tangan Aisy. Ni kiranya antara gambar terbaik la yang dapat. Hahahah.

Baby punya cooking style, meniarap je oke. Sekali Chef Aisy memasak habis bersepah rumah dibuatnya. Dah la rumahnya tersedia bersepah, ditambah lagi dengan Chef Aisy ni punya sepah bertambah2 sepahnya rumah ni.

Amacam? Ada gaya macam chef tak? Hihihi. Ni gambar lagi lama, Aisy tak pandai main apa pon lagi. Baru 3bulan setengah masa ni. Aci tak pakai topi chef dulu baru belajar masak? Betul la kan belajar etika berpakaian dulu baru masuk pasal alatan memasak, lepas tu baru memasak. Betul tak, Chef Aisy Mikaeil?

Spot Lepak Aisy


Gelap lagi? Biasalah Aisy kan suka duk kat tempat terperosok macam ni. Antara salah satu tempatnya kat sini lah. Bawah table top ni. Kat bawah dapur pulak tu.

Dari Aisy 6bulan lagi dah perasan Aisy suka sangat main barang2 dapur. Periuk, kuali, sudip, sudu. Suka betul main benda2 tu semua. Nasib baik so far tak pernah lagi nak main garfu atau pisau. Bahaya tu.

Sejak dah buat table top kat dapur tu Aisy suka betul main kat situ. Mula2 just tarik drawer je. Drawer paling bawah kitorang simpan beg plastik, duk sepahkan beg plastik tu je la. Dah boleh bangun dah mula bukak drawer tengah dan drawer atas. Lagi banyak 'mainan' dia.

Dah puas main drawer pandai bukak pintu kabinet tu pulak. Bahagian bawah dapur 3pintu takde partition, luas la. Atas table top dapur, so bawah tu kitorang simpan kuali dan periuk. Wahh bak syurga la ye, semua tu mainan Aisy. Bila dah masuk dapur senyap je takde bunyi pape tengok2 duk dalam tu.

Nak kena make sure suis dapur tu sentiasa off.

Monday, September 11, 2017

Cincin Ukir Nama Simple

Mommies dapat apa hadiah sempena lahirkan baby baru? Ainn hadiahkan cincin untuk diri sendiri. Hadiah sebagai inspirasi nak lahirkan anak kedua. Hihihi.

Kalau ikutkan Ainn memang berangan dah lama nakkan cincin ukir nama ni. Kononnya nak buat cincin kawen, tapi tak tahu nak cari kat mana. Masa tu Ainn tak main facebook lagi. Kedai emas pon bukan pit stop Ainn. Nak tempah cincin ukir nama takot bajet kaw2 pulak kena. Jadiklah cincin kawen cincin belah rotan, then tulis nama kat situ. Itu pon last minute, nasib baik boleh dapat sebelom nikah.

Dah katanya hadiah sempena lahirkan anak kan, so Ainn buat nama anak la. Ikutkan nak nama penuh, Aisy Mikaeil. Tapi Mikaeil tu panjang sangat kalau nak dibuat 2baris pon. Jadik la Aisy je. Ainn pilih yang simple2 je. Tulisan simple. Takde batu2 *berlian*, takde tanam mata ikan. Simple just emas semata gitu je. Lagi cantik bagi Ainn.

Simple je kan? Simple but nice. Less is more. Apa lagi? Tambah la sendiri

Ada jugak yang tegor, 'Buat nama Aisy bukannya Aisy boleh pakai pon...' Yelah kan cincin emas ni, nak langgar hukum Tuhan ke apa nak bagi lelaki pakai emas? Memang tak la. Kak, cincin ni hadiah beranak, bukannya hadiah anak. Siapa yang beranak? Mak ke anak? So dapat kat mak la. Apa nak kalut Aisy boleh pakai ke tak?

Ainn tempah cincin ni kat facebook D'Miera Art & Designs. Direct ngan tukangnya terus, Ru Dy. Boleh direct Whatsapp dia kat nombor 0139774877. Cincin Ainn tempah ni saiz 15.5, ukir nama Aisy, emas 916, anggaran harga RM1300.00 termasuk upah. Anggaran boleh siap dalam masa 2minggu.

Tengok macam wow, banyak jugak tu pelaburannya. Sebab nak jugak terima aje lah. Deposit agak besar RM800.00. Tunggu punya tunggu takde dapat pon. Ainn jenis tak selalu nak update. Bila dah sebulan baru sibuk nak bertanya. Rupanya tukang nak rolling emas dulu, so dia dahulukan kerja2 buat gelang. Yelah gelang kan besar, untung pon mesti besar. Ainn punya ni cincin aje. Berapa la sangat keuntungannya berbanding gelang.

Mula2 mungkin boleh sabar. Bila dah lambat sangat boleh hilang jugak sabar ni. Mungkin sebab Ainn selalu push kot akhirnya terukir jugak nama Aisy. Hah ni baru siap ukir nama tau, belom cincinnya lagi. Walaupon belom jadi sebentuk cincin at least dah ada ukiran nama ni rasa terubat sikit kemarahan menunggu lama2 tu.

Nasib baik tak lama, 2,3hari lepas tu je cincinnya dah siap. Totalnya? RM863. Tukang ni siap bagi less RM3 tu, jadi RM860 je. Kiraannya? Berat cincin tu ($1.20 x RM470) + RM300. Kat Kelantan memang guna $ ye untuk berat emas, bukannya gram. RM300 tu kos upah la. Macam tinggi. Tapi bila tengok orang yang order yang murah bajet berat 1gram++ dengan upah RM250 macam tak tinggi sangat kot RM300 tu. Entahlah dah siap dah pon, dah bayar, dah dapat dah pon.

Dila cakap, '5orang anak Nurul penuh la jari dia dengan cincin nanti?' Hahaha takde maknanya la heh. Anak kedua nanti gelang la pulak. Takkan nak cincin aje semua? Kena menyimpan siap2 ni, at least 10K untuk gelang. Inshaa Allah dapat.

Cuma 1 je yang tak bestnya 'Aisy' ni, suka sangat sangkut2. Kalau bukan kat ekor 'y' mesti sangkut kat titik 'i'. Nak2 pulak masa tu tengah nak cepat nak susukan Aisy. Huhuhu.

Bayi Tidur Menunggeng Sebab Cacing?

Ada tak anak mommy tidur menunggeng macam ni? Hihihi ni gambar Ainn snap masa bangun sahur. Jugak dalam tempoh jaga kak long kat rumah mok ngoh. Ainn tidur kat luar je teman kak long. Memang dari sejak Aisy dah pandai duduk sendiri Aisy suka tidur menunggeng macam ni. Senang, bila terjaga je terus duduk.

Tengok la tu siap hisap jari bagai. Sedap betul tidur.

Tiba2 je Abe Ja cakap, 'baby tidur menunggeng ni sebab ada cacing!' Cacing? Biar betul? Apa kaitannya? Sebab ada cacing perutnya tak selesa sebab tu la baby tidur menunggeng. Biar betul? Alasan entah apa2? Lagipon Aisy baru 9bulan kot.

Abes tu time tak tidur takde pulak duk menunggeng2 macam ni, perut dia tak sakit la ye? Cacing tu bagi effect perut baby sakit time tengah tidur aje la ye?

Sekarang Aisy dah pandai berjalan dah takde tunggeng2 macam ni lagi. Cuma meniarap aje. Bukannya sepanjang tidur tu dia meniarap, sekejap2 aje. So far takde pulak masalah apa2. Check up kat klinik pon doktor cakap Aisy sihat aje. Mitos semata la tu.

Aisy Terkenan Shi Young?

Kenan? Rasanya ramai orang Melayu percaya dengan kenan. Ada apa2 yang tak kena pada bayi yang baru lahir mesti dikaitkan dengan kenan.

Bukannya Ainn tak percaya pada kenan. Tidak jugak Ainn menerimanya. Tengok pada keadaan. Contohnya tidak boleh menyiksa binatang takot anak yang dikandung tu terkenan. Bukan ke kalau tidak mengandung pon tak boleh seksa binatang jugak? Tak kira la mengandung atau tak memang tak boleh seksa binatang.

Alkisahnya anak murid Ainn ni ada sorang pada Ainn dia sangat2 nakal. Asyraf namanya. Ainn panggil dia Asyraf Muslem sebab nama ayahnya Muslem. Kan glemer namanya tuh, nama artis tu. Nakal budak2 OKU ni macam mana aje, nakal mintak perhatian. Cuma caranya tu buat Ainn menyampah. Masa Ainn tengah ngandungkan Aisy je rasa menyampah dengan sikap nakal Asyraf Muslem ni. Selalu jugak Ainn marah dia. Boleh dikatakan setiap hari Ainn marah dia. Kalau sehari Asyraf Muslem tak datang sekolah rasa damai sangat kat kelas ni. Hah punyalah menyampah Ainn dengan kenakalan Asyraf Muslem ni sampai ke tahap macam tu sekali.

Ima ada jugak tegor pasal ni. Mungkin sebab dia PPM, Ainn pulak cikgu. Dia tegur Asyraf Muslem la. 'Ko jangan selalu sangat buat Cikgu Nurul marah, nanti tak pasal2 muka anak Cikgu Nurul ikut muka ko!'. Fuh dalam tuh. Mintak jauh la ikut muka Asyraf Muslem. Bukannya tak hensem cuma nak la anak ikut muka kita, ye tak? Tak tahulah sama ada Ima nak nasihatkan Asyraf Muslem tu supaya behave ke dia nak bagitahu Ainn supaya berpada2 nak marah2 Asyraf Muslem tu. Tapi entahlah, memang tak boleh la dengan Asyraf Muslem ni. Memang geram sangat2 dengan sikap nakalnya tu.

Dalam masa sama ada sorang lagi murid Ainn suka jugak usik2 Ainn. Shi Young namanya. Tengok namanya tahu la kan orangnya Cina. Cuma cara Shi Young mengusik ni Ainn suka. Just gurau2 gitu aje. Sama macam murid2 lain. Cuma dengan Shi Young setiap hari guraunya tu. Dalam hati selalu jugak berkata2, dapat anak putih macam ni comel jugak. Hihihihi walaupon  mak bapaknya tak berapa nak putih, berangan aje lah ye.

Bila Ainn dah selamat lahirkan Aisy memang terpikir jugak, Aisy ni terkenan dengan Shi Young ke? Bentuk mukanya bulat. Ya muka Ainn sekarang pon bulat, sebab gemok. Kalau kurus muka Ainn panjang. Hubby pulak walaupon tak panjang tapi takde la bulat. Warna kulitnya putih. Ummi abinya takde la putih macam ni. Tapi kitorang sama2 ada keturunan berkulit putih. Apa ada hal?

Tadaaa ni ha Wong Shi Young vs Aisy Mikaeil. Sama tak muka diorang? Cakap sama cepat!!! Aisy dah keluar pon Shi Young suka main2 ngan Aisy. Aisy pon suka ngan Shi Young. Agaknya dulu2 Shi Young suka baby dalam kandungan Ainn kot, bukannya suka sangat nak bergurau ngan Ainn. Sekarang ni takde pon nak gurau2 macam sebelom ni. Ngan Aisy je lebih2 nak main.

Aisy iras wajah sape? Umminya? Bangga aje bila ada yang cakap Aisy ikut iras ummi. Tapi Ainn sendiri menafikan, sebab Aisy debab je sama macam ummi. Huh Ainn takde la secomel Aisy. Macam abi dia? Jauh panggang dari api! Memang tak pernah dengar kot orang duk kata Aisy ikut muka abi dia. Kalau balik kampung orang2 lama banyak cakap Aisy ikut muka opah dia. Ada jugak yang kata ikut muka tok wan dia. Tak kisahlah ikut muka sapa2 pon, Aisy tetap baby paling comel di hati ummi.

Aisy Yang Suka Menyelinap

Gambar apa yang gelap tu? Nampak macam ada budak kecik je tu, macam baru beberapa bulan aje. Eh2 dia buat apa tu? Kat mana tu? Dalam gelap macam ni, sorang2 pulak tu. Bahaya lah!

Hihihi inilah Aisy Mikaeil. Budak buas ni suka sangat masuk bawah meja. Tengok pada tarikh tu masa cuti pertengahan tahun hari tu, awal puasa hari tu. Masa ni Aisy 9bulan. Kat rumah mok ngoh. Memang kak long balik kampong duk rumah mok ngoh. Jadi Ainn pon stay kat rumah mok ngoh jugak la. Hari kejadian ni hubby takde, dia balik rumah abah. Ainn snap pic ni nak tunjuk kat abi dia la betapa buasnya Aisy Mikaeil ni. Tak tahulah apa yang best sangat kat bawah meja tu. Suka sangat masuk bawah meja. Dan2 pulak secara tak sengaja sepupunya Naqib terikut jugak peel Aisy masuk bawah meja.

Ada tak anak2 mommy or daddy semua macam Aisy. Suka masuk bawah meja, bawah kerusi, bawah katil. Share la kat komen.
*Ada ke yang baca ni? Huhu.*

Surprise Birthday Yang Tak Berapa Menjadi

Dari minggu lepas duk bercerita pasal birthday. Dila cerita pasal birthday Aiman, yang Aaqil pulak terlebih nak potong kek. Hubby pulak dah mula duk tanya2 pasal preparation Aisy punya birthday. Jadi dalam kepala otak Ainn ni birthday terdekat adalah birthday Aisy. Selalu jugak Ainn duk bagitahu kawan2 kitorang punya elok je bersusun hujung tahun. Birthday Aisy bulan 9, birthday hubby bulan 10, birthday Ainn bulan 11, bulan 12 pulak anniversary Ainn ngan hubby. Kan berderet tu tiap2 bulan. Hihi.

Semalam saje2 je la duk tengok tarikh. 10 September? Macam something je ngan tarikh ni. Tapi tarikh apa ya? Zappppp terlintas nombor IC hubby. 9009! Oh my God!!! Bulan 9 means tarikhnya 10hb. Aduii hubby punya birthday 10hb la, bukannya bulan 10! Ah sudah, takde plan apa nih nak celebrate kat mana.

Tahun lepas Ainn ajak hubby ke Secret Recipe. Kat situ deal ngan adik manis kerja kat situ. Nak kek lewat sikit, lepas dah siap makan. Kat kek hubby tu pacak tag Happy Birthday. Adik tu siap letakkan lilin. Hihihi. Macam dah dapat idea je untuk kali ni. Dalam kepala Ainn dah ada beberapa plans. Tak boleh cerita kat sini la sebabnya both plans tu tak menjadi. Kalau hubby baca blog ni tak boleh la try plan tu untuk next year.

Walaupon both plans tu tak menjadi Ainn selamba je. Buat2 tak tahu je jugak pasal birthday hubby. Tengah makan tu dalam kepala ni ligat jugak duk cari idea. Nasib baik cepat je dapat idea baru. Balik rumah Ainn tulis je kat buku wish his birthday. Buat sesimple yang mungkin je. Sibuk ngan Aisy nak berebut pen bagai. Dah bagi pen tu guna pen lain dia duk sibuk nakkan pen yang kita guna. Dengan hubby yang kejap2 keluar duduk sebelah Ainn. Menyibuk je la, orang nak buat kad special untuk dia. Dah la pergi masuk bilik buat kerja nuh!!

Dengan duk berebut pen ngan Aisy, dengan duk buat2 sibuk buat kerja lain bila hubby keluar melepak depan TV, akhirnya siap jugak. Ainn bawak buku yang Ainn conteng tu masuk bilik kerja hubby. Kat dalam bilik tu baru ceraikan helaian tu, then tampal kat PC.

Alah tak ambik gambar la pulak nak share kat sini. Tengok la tengahari nanti kot2 ada lagi boleh Ainn ambik gambar. Hihihi nak jugak menunjuk kat sini. Benda tak seberapa je pon. Tapi takpe la kan, suka hati la ye kan blog Ainn.

Diam2 je Ainn keluar dari balik tu macam takde apa2. Ainn masuk tandas kejap keluar tu hubby duk tunggu depan pintu. 'Ingatkan dah lupa'. Hahahaha mana boleh lupa birthday encik suami. Cuma lambat sikit nak ingat. Hakhakhak.

Sorry ye syg takde kek kali ni. Tapi sy dah lukis tu durian cheese cake. Surprise tak? Boleh la ye sikit2.

Tunggu Kami Di Syurga

Dah sebulan Ainn menyepi. Bermakna dah sebulan kak long tinggalkan kami. Ainn ingat lagi hari last Ainn update blog ni, tengahari tu su called bagitahu Ainn kak long dah tenat. Memang kak long dah seminggu lebih warded, badan dia dah lemah sangat2. Tapi kali ni memang betul2 lemah. Ainn terus bagitahu pengetua Ainn nak cuti.

Petang tu Achik pulak called Ainn suruh balik SEKARANG jugak. Kalau nak jumpa kak long kena balik dan2 masa tu jugak. Niat hati nak balik pagi esok *sebab baju berbakul2 tak bercuci dan takde baju nak bawak balik T_T* terus packing baju yang dah siap cuci tu. Tak kering pon takpe la. Ainn dah mintak cuti sampai Khamis.

Mungkin ramai yang salahkan Ainn, yang mengata Ainn macam2. Kan kak long dah tenat kenapa tak terus balik kampung? Ainn kena pikir jugak suami Ainn. Dah siap cuci kain baju tu dalam 5pm kitorang bergerak dari Kulai. 12am masih lagi kat Kuala Lipis. Paginya penat melayan Aisy, tak rehat terus drive nak terus balik kampung? Tambah pulak lampu kereta tak terang sangat, tak boleh nak drive laju *ikut hadlaju sebenar* melainkan kat kawasan tu ada lampu jalan. Dia mintak singgah sekejap kat rumah abah. Tu pon dah ngantuk sangat2 dah, dah tak tahan. 1.30am kitorang sampai. Agaknya kalau kami teruskan perjalanan dalam keadaan pemandu mengantuk + lampu kereta kurang terang entah selamat atau tidak. Bukan nak pentingkan diri sendiri, tetapi kami kena pikir jugak keselamtan kami dan si kecil Aisy. Disebabkan nak kejarkan kecemasan tu kami pulak yang terlibat.

Subuh esoknya ayoh chik tanya duk kat mana, kitorang baru bangun. Nampak ayoh chik kecewa bila kitorang tak terus balik kampung. Masa tengah bersiap ayoh ngoh pulak col, suruh terus ke hospital aje. Masa tu kak long dah betul2 kritikal, dah betul2 nazak.

Bukan rezeki Ainn nak jumpa kak long untuk terakhir kali. Tak sempat jumpa kak long semasa hayatnya untuk terakhir kali. Dalam perjalanan 8.55am kak long menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kosong. Hati Ainn kosong. Fikiran Ainn kosong. Tak tahu nak tafsirkan macam mana. Ainn redha dengan ketentuan ini. Tapi orang lain? Ainn tahu ramai yang mengata bila Ainn tak sempat jumpa kak long. Lantaklah dengan kata2 orang tu. Yang penting Ainn nak berbakti untuk kak long buat terakhir kali. Harap2 Ainn dapat.

Alhamdulillah kitorang sampai orang yang menguruskan jenazah *ketua* juga baru sampai. Kak long masih lagi di ruang tamu rumah tok ayoh. Ainn tengok macam tidur je, sama macam dia sakit hari tu. Ainn ambik kesempatan ni untuk mandikan kak long. Ainn sendiri volunteer nak mandikan kak long. Kak ngoh dan abe long *Fendi* tolong jugak. Jadi kami berempat *termasuk pengurus jenazah* mandikan kak long. Ainn rasakan macam mandikan kak long masa hayat dia je. Tak rasa pon kak long dah takde.

Masa untuk kapankan kak long jugak kami berempat yang kapankan. Subhanallah tak tahu nak cakap macam mana. Ainn tengok wajah kak long dah lain. Kulit mukanya putih. Bukannya putih pucat orang tak cukup darah, tapi putih yang bercahaya! Siap terukir senyuman di bibirnya. Air mukanya seolah-olah excited sangat2. Mungkin dia gembira bila adik2 dan suami dia yang uruskan jenazahnya. Mungkin jugak dia tak sabar nak jumpa Tuhan *Allah SWT*. Sebelom disembahyangkan, Ainn siap pesan kat dia suruh tunggu Ainn kat syurga. Aisy pon cium jugak mommy dia untuk terakhir kali. Kak long selamat dikebumikan selepas solat zuhur. 2kali kak long disembahyangkan. Pertama kat rumah, kedua kat masjid.

Petangnya hubby tanya Ainn macam mana Ainn tengok jenazah kak long. Ainn bagitahu apa yang Ainn nampak, apa yang Ainn rasa, apa yang Ainn fikir; sama macam Ainn ceritakan kat atas. Hubby cakap dia tengok masa pengebumian kak long. Bila dah diletakkan kat liang lahad, bila wan bukak penutup mukanya dia nampak wajah kak long bercahaya. Memang betullah wajah kak long bercahaya, bukan khayalan Ainn semata. Bukannya sebab kak long tu kakak Ainn, memang anugerah untuk kak long di hari kematiannya.

Ainn teringat lebih kurang seminggu sebelom kak long sakit dia plan nak datang rumah baru Ainn. Masa tu Ainn baru pindah rumah. Tapi tak sempat pon, kak long dah pergi dulu. Agak terkilan jugak sebenarnya. Bila hubby cakap 'Kak long dah pergi rumah lagi besar,' Betullah kak long pergi ke rumah lagi indah, lagi selesa berbanding rumah Ainn.

Tenanglah kak long di sana. Tunggu kami di syurga.