Nuffnang Ads

Tuesday, November 29, 2016

Bayi Enggan Menetek, Apa Harus Ibu Buat?

Sedih sangat bila tahu ada mommies yang sanggup berikan formula milk kepada baby. Alasannya baby taknak menetek!

Mommies, Ainn bukannya nak cakap besar sebab Aisy nak menetek dengan Ainn. Ainn bukannya nak bangga bila susu Ainn banyak. Ainn juga pernah alami sendiri macam mana 'sakitnya' bila Aisy taknak menetek. Menangis Ainn masa tu. Memang dari awal lagi Ainn dah nekad nak susukan Aisy secara eksklusif sehingga dia 6bulan.

Masih lagi Ainn ingat, tengahari Ainn balik dari hospital terus ke rumah ma. Ya, Ainn berpantang dengan mertua. Nanti Ainn ceritakan pengalaman Ainn berpantang dengan mertua yang dianggap seperti berpantang sendiri oleh kebanyakan orang.

Oke, sambung cerita. Masuk je simpang Aring Aisy menangis. Dari simpang tu nak ke rumah lebih kurang 15-20minit perjalanan dengan kereta kalau ikut pemanduan biasa. Sebab Ainn baru lepas bersalin, dengan luka berjahit hubby drive perlahan je. Lagilah lama masa diperlukan nak sampai rumah tu. Aisy nangis kuat sangat. Ainn dengan hubby tak tahu nak buat macam mana. Ainn cuba susukan Aisy tapi Aisy taknak. Mungkin dia taknak menyusu kot, itu anggapan kami ibu ayah norvis.

Dah sampai kat rumah ma Aisy masih lagi menangis. Ma suruh Ainn susukan Aisy, dia lapar tu. Ainn cuba bagi lagi sekali, Aisy tetap taknak. Ma tengok puting Ainn tak keluar. Patutlah Aisy taknak menetek, puting takde. Macam mana Aisy nak hisap.

Nak try pump guna breast pump ada pulak tool yang tak lengkap. So tak boleh nak tarik betul2 puting tu. Moknik cuba perah guna tangan, yang keluarnya susu putih cair, setitik jr macam getah timun. Moknik cakap biasanya susu tu dah keluar awal2 masa pregnant. Tapi Ainn punya setahu Ainn takde keluar apa2 pon. Means Ainn ada 2masalah penyusuan. Puting tak keluar, susu pon tak keluar.

Aisy pulak makin kuat nangis. Ma suruh bagi formula milk je. Aus punya masih ada lagi. Hati ibu masa tu dah berbelah bahagi. Nak diberi formula milk tak sampai hati, belom masanya lagi. Tak diberikan pulak kesian Aisy kelaparan. Lagilah tak sampai hati. Ainn diam je masa tu. Hubby pon tak respon apa2. Akhirnya Aisy menetek dengan moknik. Nasib baik Syawal masih lagi menyusu dengan mama dia, taknak formula milk walaupon dah setahun lebih.

Sebab susu Ainn langsung tak keluar hari tu jugak moknik panggilkan bidan untuk urut. Rupanya susu Ainn banyak je, tapi susu tu berkumpul kat atas tu je. Tak mengalir sampai ke puting. Kalau tak urut nak harapkan pam aje memang susu tak keluar. Sekadar nak tarik puting keluar boleh la. Tapi hari tu susu belom keluar lagi. Mengikut bidan tu lusanya baru susu akan keluar dengan banyak.

Ainn dah mula stess. Menangis aje tahu. Alhamdulillah hubby selalu tenangkan Ainn, selalu bagi semangat kat Ainn, selalu ingatkan Ainn supaya jangan stress takut nanti susu lagi taknak keluar.

Bila hubby belikan breast pump, Ainn pon dah mengurut, Alhamdulillah esoknya susu dah mula keluar. Dan Aisy mula menyusu dengan Ainn sehingga hari ni. Inshaa Allah nak susukan Aisy sehingga 2tahun.

Oke, itu cerita Ainn. Kita berbalik kepada tajuk yang nak dibincangkan. Kalau baby taknak menetek apa yang perlu kita buat?

Mula2 kita kena identify dulu kenapa baby taknak menyusu. Lepas tu pikirkan penyelesaiannya. Ini Ainn share pandangan Ainn ya. Harap2 ianya bermanfaat untuk semua.

Kalau baby taknak menyusu sebab susu tak keluar, kita kena urut. Yang pandai urut sendiri tu boleh urut sendiri. Yang tak pandai urut boleh minta orang lain tolong urutkan. Husband ke, mak ke, adik2 ke, tak pon mintak tolong yang pakar. Macam Ainn guna khidmat bidan. Sebaiknya masa pregnant lagi dah boleh mula urut. Takdelah jadi macam Ainn, anak dah nangis lapar baru nak urut.

Kalau baby taknak menyusu sebab puting takde, kena tarik keluar la puting tu. So far Ainn tahu caranya dengan guna breast pump. Untungnya kalau takde masalah yang 1st tadi susu pon keluar jugak. Ainn hari tu pump keluar angin aje. Mula2 memang sakit. Mana tak sakitnya bila puting ditarik2, tahan je la untuk kebaikan si kecil kita jugak. Untuk yang ni Ainn suggest guna electronic pump. Kalau guna yang manual paham2 la tenaga kita yang baru lepas bersalin ni macam mana je. Kalau boleh buat pon kan lebih baik jangan direnyah sangat, jaga dalaman tu.

Ada jugak bila hadapi masalah kedua banyak kali kena pam barulah puting tu keluar elok. Bila nak tetekkan baby je baby dah mula tak nak, sebab dah biasa dengan puting tiruan. Maklumlah menyusu direct dengan ibu kan nak kena rangsang dulu, barulah susu keluar. Tak macam puting tiruan, sekali hisap je terus keluar susunya.

Bila jadi macam ni jangan give up, jangan panik. Pelan2 ajar baby dengan puting ibu. Ada kawan Ainn dia memang agak 'keras' dengan anak dia. Kalau anak dia taknak dia takkan bagi. Alasannya nanti anak dia betul2 lapar dia akan hisap jugak. Kalau nak try cara ni pon boleh. Kalau Ainn dalam situasi macam ni Ainn pon tak pasti Ainn sekuat dia ke tak nak buat macam ni kat Aisy. Usul Ainn ajar pelan2. Ajar biasakan baby dengan puting ibu, walaupon masa tu baby taknak menyusu. Masukkan aje puting dalam mulut dia, pelan2 dia akan mula hisap. Lama kelamaan inshaa Allah baby akan terbiasa dengan puting ibu.

Masa baby taknak menetek tu jangan terus bancuh formula milk pulak. Ambik masa sekejap untuk pump breast. Sekejap aje, lebih kurang macam nak bancuh formula milk jugak. Awal2 kelahiran baby tak perlukan banyak susu. Lagipon masa baby tengah merengek nak susu tu breast ibu dah dirangsang. Cepat je nak pump tu.

Tak perlu tunggu baby merengek atau menangis nakkan susu dulu baru nak pump. Masa baby tengah tidur pon pump jugak. Simpan buat stok. Kalau pump dapat sikit je, dont give up. Keep pumping. Ainn pernah pump dapatnya tak sampai pon suku oz. Pernah tu bawah botol tu pon tak tutup habis, susu duk melingkar kat tepi botol je. Punyalah sikit masa tu. Ingat ye jangan stress. Nanti pump untuk nextnya inshaa Allah susu akan bertambah.

Bila dah ada stok susu ni senang bila baby nak susu boleh panaskan susu tu. Ingat ye, masa baby nak menyusu tu rangsangan kat breast ibu ada jugak. Jangan lupa pump ye masa tu. Sambil2 ajar baby biasa dengan puting ibu takdelah masalah susu kurang, atau susu kering timbul.

Kalau yang ada masalah susu kurang penyelesaiannya pon senang aje. Makan aje sumber makanan yang boleh banyakkan susu ibu. Google je. Ingat ya, setiap orang berbeza. Ada yang sesuai dengan sawi, ada yang makan sawi banyak pon tetap susu kurang jugak. Ada yang sesuai dengan lobak putih. Try je, jangan cepat give up.

Kalau Ainn sendiri susu Ainn cepat proses dengan sayur sawi. Masa dalam pantang tu ma selalu masakkan sup sawi. Tiap kali makan je mesti terasa breast membengkak. Dan lagi satu, semestinya kurma! Awal2 dulu Ainn selalu makan kurma sebelum pump. Sekarang ni susu asyik menitik je dah kurang makan kurma. Ainn pernah makan kurma sebelum tidur, malam tu Aisy jaga nak susu punyalah penuh breast sampai keras!

Kalau nak senang lagi dapatkan aje supplements yang sesuai. Banyak je milk booster kat pasaran sekarang ni. Google je macam2 pilihan ada. Tapi Ainn lebih percaya dengan pemakanan alami.

Bila susu dah ada tu keep feeding/pumping. Bila takde susu keluar ia memberi isyarat kepada otak yang anak kita tak perlukan susu. Jadi susu yang terhasil sedikit. Lagi banyak susu keluar lagi banyak susu baru dihasilkan. So takde alasan susu kurang lagi lepas ni.

Yang paling Ainn tak boleh terima ada yang bagi formula milk dengan alasan baby ada jaundice. Please mommies, dont ever do that. Kenapa Ainn cakap macam tu? Sebabnya susu ibu adalah ubat terbaik kepada jaundice. Mommies bagi formula milk supaya baby cepat/banyak berak? Tak betul caranya tu. Formula milk dengan susu ibu tak sama.

Macam ni Ainn terangkan dengan bahasa yang mudah je ye. Memang baby minum susu ibu sikit je, berbanding kalau minum formula milk. Sebabnya susu ibu buat baby cepat kenyang, sedangkan formula milk sebaliknya. Sebab itu baby perlukan sikit je susu ibu. Tapi susu ibu cepat dihadam, sedangkan formula milk lambat dihadam. Sebab itu baby yang menyusu dengan susu ibu akan cepat lapar berbanding baby yang menyusu dengan formula milk. Bila dah cepat hadam so cepatlah baby berak.

Apa jadi bila baby diberikan formula milk? Susu tu lambat hadam, kuranglah baby berak. Pulak tu baby lambat lapar lagilah dah taknak menyusu. Macam sia2 je kan bagi formula milk. Sedangkan bila baby jaundice ni dia kena banyak berak, kena buang najis2 yang kehitaman tu. Macam mana nak kasi baby cepat/banyak berak? Dengan bagi sumber yang cepat hadam. Apa dia? Yes, susu ibu!

Memang Ainn perhatikan baby2 yang diberikan formula milk ni jaundice dia agak lama. Sepatutnya 2, 3 hari je tapi dah terbawa ke tempoh berminggu. Kesian anak tu, kecik2 lagi asyik kena ambik darah je. Ada tu sampai lebam tangan kaki si kecil. Kesian.

Maaflah ya entry kali ni agak panjang pulak berleternya. Ikutkan emosi memang rasa nak marah sangat2 kat mommies yang bagi formula milk kat baby. Yang mengajar suruh bagi formula milk ni pon Ainn nak marah jugak. Lagi bertambah2 nak marah bila ada mommies yang awal2 lagi dah belikan formula milk untuk baby, sebelom lahir lagi! Apa ni?

Harap2 entry kali ni boleh jadi panduan kepada mommies kat luar sana, new mommies especially. Semestinya ingatan untuk Ainn sendiri jugak. Inshaa Allah. Kalau ada fakta yang tak betul tu atau nak tambah apa2 jangan malu2 bagitahu je Ainn ye. Ruangan komen ada kat bawah. Kita give and take. Untuk si kecil kita jugak.

Breakfast Untuk Hubby

Hubby: Sedapnya nasi berlauk. Siap dengan sambal, timun, terliur pulak tengok!
Ainn: Syg nak makan ke? Nanti sy buat.
Hubby: Syg pandai ke masak gulai?

Hamboii sesedap mulut dia je nak mengata kita ya. Tak pandai boleh je belajar. Pembetulan ek, bukannya tak pandai. Belum pandai. Lagi pon boleh belajar apa. Sekarang ni semuanya di hujung jari. Apa yang kita nak semuanya boleh google.

Pagi ni Subuh2 lagi dah masuk dapur. Nak sahut cabaran hubby. Ingat kita ni macam dia ke, masak sup pon tak menjadi. Dah ikut resipi tu, tak menjadi jugak. Tak tahu rasa apa. Hahaha.

Sebab takde santan Ainn gantikan santan dengan susu. Sebelom ni Ainn pernah guna susu masak lemak ketam, menjadi je. So kali ni tanpa ragu2 Ainn nak gunakan susu ganti santan.

Bahan2 Gulai Ayam:
Kerompes ayam *kaki, kepak, leher, pedal, hati*
Bawang putih - blend
Bawang merah - blend
Cili kering - blend
Serbuk kari
Sup bunjut - bukak ikatan ambik sikit je
Susu cair
Air
Minyak masak

Cara Memasak Gulai Ayam:
~panaskan minyak. Kemudian tumis bahan blend bersama2 sup bunjut dan serbuk kari.
~apabila pecah minyak masukkam ayam. Gaul rata.
~masukkan air. Tunggu hingga menggelegak.
~masukkan susu. Kacau sehingga menggelegak. Atau sehingga kuah sedikit kering mengikut kepekatan yang diingini.

Taraa!!! Inilah dia hasilnya Ainn masak gulai ayam tadi. Nampak tak ketul2 pada kuah tu? Hubby tanya jugak tadI. Entahlah Ainn pon tak tahu kenapa jadi ketul2 macam tu. Maybe sebab Ainn tak selalu kacau kot lepas masukkan susu tadi.

Apa komen hubby? Dah menjadi dah gulai ni. Cuma tak suka bila guna susu. Yelah syg, pasni sy try masak lagi guna santan pulak ya. *smile*

Eh2 ini apa pulak? Hihihi kononnya nak dijadikan menu penyelamat lah ni. Semalam awal2 lagi hubby dah pesan jangan kecik hati pulak kalau dia tak makan, bila Ainn cakap nak guna susu aje.

Lepas masukkan susu dalam gulai tadi nampak macam tak menjadi je gulai tu. Kenalah masak lauk lain. Dibuatnya betul2 tak menjadi gulai tu macam mana? Makan nasi kosonglah jawabnya kami suami isteri. Tapi Alhamdulillah dua2 menu ni menjadi. Oke Ainn tepek jugak resipi ayam goreng kunyit yang simple ni kat sini.

Bahan2 Ayam Goreng Kunyit
Ayam - potong kecil
Kunyit hidup
Garam
Kacang buncis - potong serong
Bawang besar - potong bulat
Cili padi - potong serong
Minyak

Cara Memasak Ayam Goreng Kunyit
~ kunyit dan garam ditumbuk bersama, kemudian dilumurkan pada ayam. Perap sekejap
~ panaskan minyak. Kemudian gorengkan ayam tadi. Gunakan minyak sikit sahaja. Selalu gaulkan ayam supaya tidak melekat pada kuali.
~ masukkan bawang besar, kacang buncis dan cili padi. Gaul sekejap. Siap!

Menu tengahari ni daging black paper. Pagi2 lagi Ainn dah perap. Tunggu hasilnya nanti.

Sotong Celup Tepung vs Chicken Butter

Dah banyak hari rasanya Ainn cerita pasal keinginan Ainn nak makan sotong celup tepung ni. Tapi semalam baru buat ni. Selain Aisy yang meragam asyik nak diriba aje, masalah lainnya sotong takde. Huhuhu macam mana nak buat kalau sotongnya takde. Kalau tukar dengan benda lain tak jadilah SOTONG celup tepung.

Selalunya time hujan kita pekena ubi kayu rebus. Kali ni tukar selera, sambil layan bunyi hujan kat luar tu kita nikmati sotong celup tepung yang rangup ni. Macam tak cukup je sepinggan ni, kongsi ngan hubby.

Sotong celup tepung tadi untuk ngonyel2 sambil layan rintik hujan. Untuk alas perut aje. Untuk penuhkan perut pulak kena makan nasi la. Lauknya Ainn nasak chicken butter je. Selalu makan yang Syafika masak aje, try masak sendiri kali ni.

Tak menjadi sebenarnya. Kuahnya pekat sangat, dan takde kuah pon. Ayam tu pon Ainn potong besar2. Daun kari pon takde. Tengok pon tak menarik. Hubby siap cakap, pasni tak payah masak ni lagi. Muak rasanya dengan tepung lagi, telur lagi. Huhuhu sedih mendengarnya. Ingatkan nak masak lagi sekali nak betulkan mana yang tak menjadi tu, dan nak try salut tepung terus tanpa salut dengan telur terlebih dahulu. Tapi bila hubby cakap dia tak suka lauk bersalut tepung macam ni terpaksalah akur. Walau sedap macam mana pon hubby taknak jugak sebab bertepung.

Ini pulak balance telur yang Ainn gunakan untuk masak chicken butter tadi. Sayang nak buang macam tu aje. Dadarkan ajelah. Senang hubby punya telur dadar memang kosong macam ni aje.

Nak try masak menu bertepung ni? Ambik resipi asalnya ya. Tengok gambar pon dah terliur. Sotong celup tepung yang rangup ni atau chicken butter. Nantilah kalau rajin Ainn share style Ainn masak pulak macam mana.

Friday, November 25, 2016

Yang Dicari Selama Ini Telah Kutemui

Yayy!! Suka, suka, suka! Suka sangat !!! Resipi yang Ainn duk cari2 selama ni akhirnya Ainn jumpa jugak! Bukan senang nak cari ni.

Dah lama sebenarnya teringin nak makan sotong celup tepung ni. Masa dalam pantang lagi. Dan bukannya Ainn tak pernah buat langsung menu ni, dah banyak kali. Tiap kali beli sotong hubby mesti request buatkan sotong celup tepung. Kadang2 sotong tu tak sempat masak menu lain semuanya habis digoreng dengn tepung.

Sebab hubby suka sangat sotong celup tepung ikut resipi tu so Ainn nak buat kali ni pon ikut resipi tu jugaklah. Tapi dah lama tak buat itu yang lupa sukatan bahannya tu. Hubby dah mula kenakan Ainn, banyak kali buat pon masih tak ingat jugak lagi. Yelah masak memasak ni bukannya seni untuk Ainn. Sahkan nak ingat sukatan sotong celup tepung, masa zaman sekolah dulu kalau mak mintak tolong bancuh air untuk wan pon asyik tanya je sukatan gula dan teh, walaupon baru semalam dah dibagitahu.

Puas cari resipi tu tapi tak jumpa2. Dah lupa dah keywords yang Ainn guna masa cari resipi tu dulu. Yang Ainn ingat Ainn pernah search guna keywords lain, lepas tu ada suggestion lain then Ainn pilih keywords yang suggested. Keywords tu lagi lah dah lupa apa dia.

Ainn try search 'sotong celup tepung' rata2 resipi yang Ainn jumpa guna telur. Seingat Ainn takde guna telur pon. Dan resipi yang Ainn jumpa tu langsung tak guna air. Seingat Ainn jugak Ainn ada guna air. Air tu air sejuk dari peti ais.

Dah ada dah idea nak guna keywords apa, barulah jumpa. Nak kena guna 'air sejuk' tu, barulah jumpa. Hihihi. Dah ada ni simpan elok2 ye resipi celup tepung yang sedap sangat2 ni. Kalau ada masa nanti boleh la buat. Kalau Aisy tak meragam bolehlah cuba buat tengahari ni.

Tapi Ainn takdelah ceduk habis2an resipi ni. Ikut resipi guna 2jenis tepung, Ainn pulak guna sejenis je tepung. Tiap kali nakkan masakan goreng2 untuk ngonyel2 macam ni mestilah nak rangup, crunchy gitu. So Ainn prefer guna tepung beras.

Rasanya tepung beras takde ni, nak kena beli dululah nanti.

Wednesday, November 23, 2016

Pengalaman Bersalin

Hari ni aje dah berapa entry dah. Hihihi biarlah sementara ada mood nak mengarang. Aisy pulak sedap je ni tidur atas riba ummi dia.

Kali ni Ainn nak share pengalaman Ainn bersalin pulak. Kalau sebelom lahirkan Aisy dulu Ainn selalu tertanya2, sakit macam mana bersalin tu? Sakit sangat ke?

Sebelum ni kalau kawan kat kelas cerita pengalaman masing2 bersalin Ainn rasa takut sangat. Tak boleh nak bayangkan macam mana Ainn nak bersalin nanti. Tapi bila Ainn sendiri dah pregnant perasaan takut tu bertukar rasa jadi excited pulak. Rasa macam tak sabar je nak lalui sendiri pengalaman yang diorang duk ceritakan tu. Dah tak pikir dah sakit ke apa.

Ainn mulakan cerita Ainn dengan air ketuban pecah. Ikutkan tanda2 bersalin dah keluar seawal 2hari sebelumnya. Tapi macan takde apa je kalau nak diceritakan dari awal2 tu.

Ainn pecah ketuban awal pagi, 3.30pagi. Air ketuban yang disangkakan air kencing. Hihi. Bila dah yakin tu air ketuban Ainn pergi dekat nurse. Nurse tu suruh tukar kain dulu, dan tunjukkan pad kat dia. Sebab dia nak tengok warna air ketuban tu. Masa tu air ketuban kat pad dah ada warna2 hijau, menunjukkan baby dah berak.

Nurse paggil doktor yang bertugas malam tu, check bukaan. Baru 2cm. Dari 2hari lepas bukaannya macam tu. So nurse/doktor *dah lupa siapa* suruh tidur dulu. Kalau sakit nanti panggil dia balik. Bila dah jadi macam ni takdenya dapat tidur dengan lenanya. Ainn call hubby langsung tak berjawab. Kesian dia penat agaknya. So Ainn hantar chat je dengan harapan dia bangun nanti dia baca chat Ainn.

Pukul 5pagi nurse kejutkan suruh siapkan diri; mandi dan solat Subuh. Lepas solat Subuh doktor check lagi bukaan. Kali ni doktor lain pulak yang check, dengan ditemani nurse tadi. Check kali ni bukaan tetap sama. Pad Ainn pulak dah bersih. Doktor check kat dalam pon ketuban Ainn bersih. Sebab 3orang yang tengok tadi *doktor, nurse, Ainn sendiri* doktor suruh induce.

Doktor terangkan sikit2 pasal induce. Doktor bagi masa 6jam untuk bukaan bukak jadi 10cm. Kalau tak bukak jugak terpaksa kena operate. Kalau jantung baby lemah pon kena segera operate jugak.

Sebelom masuk labour room doktor suruh paggil hubby. Mintak dia ready. Ainn ni memang tak boleh makan atau minum langsung. Yelah dibuatnya kena operate macam mana? Risiko untuk Ainn pulak nanti.

Ainn bersiap2 untuk masuk ke labour room. Bra kena bukak ye, senang nanti nak susukan baby. Bagitahu kat family, chat kat group je senang bagitahu sekali je. Col wan jugak mintak dia doakan untuk dipermudahkan. Try col hubby pon masih tak berjawab. Masih tidur lagi ke? Dah 6.30am. Ainn masuk ke labour room mintak ngan nurse nak bawak enpon sekali. Manalah tahu kot2 hubby col ke apa.

Dah masuk labour room nurse masukkan ubat apa entah. Masuk ikut drip je. Lepas tu nurse panggilkan hubby teman Ainn. Dalam setengah jam lepas tu baru terasa sakit. Sakit sikit2 je. Awal2 tu sempat borak2 dengan hubby dulu, cerita itu cerita ini. Bila sakit datang menyerang berhenti kejap, lepas tu sambung cerita balik.

Sempat selfie jugak oke. Ni mula2 hubby masuk, belom rasa sakit pape pon lagi. Nampak tak yang kat katil tu sengeh aje, bukan main lebar. Belom sakit lagi lebar la sengehnya. Muka hubby pulak awal2 lagi nak tunjuk muka nebes.

Sambung part sakit tadi. Sakitnya Allah je tahu macam mana. Sakit kat tulang punggung. Takde la sakit berteruasan. Tapi sekali datang tu tak terkata sakitnya. Hubby urut2. Dah takde dah borak2. Nak bukak mata pon dah tak larat. Bila serangan sakit tu reda sikit pon mata still tutup rapat jugak, tak larat nak bukak. Ainn perasan Ainn ada jugak terlelap kadang2, siap berdengkur. Hihihi. Tak cukup tidur malam tu kan.

Bila dah sakit meronta2 tu dah tak ingat dah jarum kat tangan ni. Tak sedar pon bila nurse baiki kedudukan jarum kat tangan Ainn. Tahu2 je lepas bersalin banyak bertampal cellulose tape kat jarum tu.

Masa serangan tu la pentingnya orang menemani kita. Kadang2 alpa, duk layan sangat rasa sakit. Hubby selalu ingatkan suruh banyakkan selawat, berzikir, ingat Allah. Awal2 sakit lagi Ainn dah mintak hubby mainkan bacaan surah Ya Siin kat enpon Ainn. Dah lama2 macam dah tak dengar bacaan tu.

Bila dah macam ni baru tahu macam mana susahnya mak kita nak lahirkan kita dulu. Mula la teringat dekat mak kat rumah. Dan terpikir jugak sakit macam ni pon dah tak tertanggung sakitnya, macam manalah sakitnya masa Izrail nak cabut nyawa nanti. Dan sempat jugak Ainn teringat ma cerita anak jiran dia ada sampai panjat tingkap sebab sakit. Terpikir jugak macam mana la dia boleh pergi panjat tingkap dalam keadaan sakit macam tu.

Bila dah sakit tu jugak baru tahu kenapa Lieja tak tahan sakitnya sampai mintak operate je. Ainn memang terpikir nak operate je masa tu. Ainn cakap kat hubby suruh bagitahu kak, kakak ipar hubby yang kerja kat Hospital Gua Musang. Tanya dia macam mana. Hubby pulak duk sibuk tenangkan Ainn lagi, chat dengan family dia lagi. Enpon dia habis bateri guna enpon Ainn pulak.

Ainn tengok jam dah pukul 1 lebih, apa yang terlintas kat pikiran Ainn masa tu 'sia2 je aku tahan sakit ni kalau kena operate!' Dah taknak dah operate. Tak tahulah apa hasilnya hubby chat ngan kak. Tak tahu apa yang kak bagitahu hubby. Dah tak kisah dah, yang Ainn tahu Ainn nak bersalin secara normal je.

Dah dekat pukul2 rasa sakit makin kuat. Macam nak berak pon ada. Suruh hubby panggilkan nurse tapi nurse cakap belom masa lagi. Ainn ada dengar nurse bagitahu sehingga 2.45pm. Hubby mintak Ainn sabar, dah tak lama dah. Sambil2 sakit tu ada jugak la Ainn meneran sikit2. Memang sakit tu rasa nak meneran.

Ainn asyik pandang jam je. Bila jarum jam dah menunjukkan 2.45 Ainn suruh hubby panggilkan nurse. Dalam 5minit jugak baru nurse masuk. Dia suruh tunggu doktor. Kes Ainn ni kena bersalin dengan pemantauan doktor pakar.

Dalam 3.15 sorang doktor perempuan berbangsa Cina masuk. Masa tu dah tak rasa sakit dah. Doktor check bukaan jalan. Hubby tanya dah boleh bersalin ke, doktor cakap dah boleh dah. Doktor suruh Ainn betulkan kedudukan Ainn. Lepas tu doktor buang air kencing. Banyak jugak, penuh beg besar. Lega sangat rasa masa tu. Rasa macam dapat kencing lepas tahan lama. Padahal sebelom tu takde rasa pon nak kencing, rasa nak berak je. Rasa nak berak tadi rasanya memang dah terkeluar masa Ainn meneran tadi. Takde rasa2lah memang dah keluar pon. Doktor siap cakap lagi. Hihihi.

Doktor dan 2orang nurse dah ready dah. Ainn pon dah ready jugak, agaknyalah. 1st meneran rasa seronok sangat bersalin. Macam ni rupanya ya bersalin. Patutlah orang boleh bersalin anak ramai2, seronok rupanya bersalin ni.

Sebab Ainn tak pandai meneran agak susah untuk Ainn bersalin. Doktor ajar meneran seperti sembelit. Tapi masa tu tak rasa sembelit pon. Dah banyak kali doktor cakap dah keluar kepala baby tapi masuk balik sebab Ainn stop meneran. Seriously Ainn rasa macam benda kecik sangat yang nak keluar tu. Rasa macam sebesar jari kelingking je, dan rasa lebik. Nak meneran macam sembelit macam mana kalau lain yang Ainn rasa?

Doktor jugak cakap meneran bila rasa sakit je. Masalahnya Ainn langsung tak rasa sakit. Rasa baby mengeras dalam perut pon tak. Bila doktor cakap macam tu Ainn baring aje lah, tunggu rasa tu datang. Tiba2 sorang nurse jerit cakap perut Ainn mengeras, suruh terus push. Bukan sendiri yang rasa takde la dan2 rasa tu nak terus meneran.

Dah dekat setengah jam doktor cakap kena gunting. Siap tunjuk lagi gunting tu. Ainn dah tak kisah dah nak kena gunting pon. Memang Ainn tak rasa pape. Sikit pon tak rasa sakit, rasa mengeras pon takde. Masa doktor gunting tu rasa jugak la pedih sikit. Tapi sikit jelah.

Dalam 5kali jugak kot kepala baby dah keluar tapi tersedut ke dalam balik. Dari tadi lagi doktor cakap kalau sejam tak bersalin lagi kena sedut je nanti. Doktor yang tadinya suruh hubby jaga Ainn kat belakang ni, suruh hubby tengok baby dah nak keluar. Suruh hubby tengok kepala baby yang dah terkeluar sikit tu. Masa tu Ainn risaukan hubby, dia tu mabuk darah boleh ke nak tengok? Tapi dia selamba je jenguk ke bawah.

Bila Ainn meneran lagi sekali Ainn dengar hubby jerit suruh teran lagi. Sama2 jerit dengan nurse dan doktor. Suara dia lagi kuat pulak tu. Dengan tak semena2 semangat lain macam je ada dalam diri Ainn ni. Ainn teran sampai doktor suruh rehat sekejap. Kepala dah keluar kot. Dapat rasa doktor gerak2kan baby. Kemudian doktor suruh Ainn teran lagi sekali. Dengan sekali teran je baby keluar.

Doktor sambut baby terus letakkan atas dada Ainn. Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan mula timbul. Tak tahu nak bayangkan macam mana perasaan Ainn masa tu. Rasa panas2 suam baby kat dada. Ainn sempat sentuh baby sekejap je. Terus doktor ambik semula dan bawak keluar. Untuk dibersihkan mungkin.

Doktor masuk semula suruh hubby keluar azankan baby. Doktor nak jahit tempat bersalin tadi. Sebelom tu doktor cakap baby Ainn tak aktif, sebab tu dia terus ambik baby tadi. Sebab dia tengok baby langsung tak bergerak. Sepatutnya Ainn dah boleh susukan baby masa tu.

Lepas siap jahit doktor mintak nurse ambilkan air untuk Ainn. Baby dah siap diazan doktor suruh susukan. Lepas tu nurse suruh Ainn rehat dulu. Baby dah tidur.

Selepas tu masuk doktor lain pulak. Dia check jahitan tadi, dan kocak2 perut Ainn. Keluar darah banyak sangat. Kemudian dia tekan2 kat perut, ukur apa entah. Kedudukan rahim kot. Entahlah Ainn tak tanya pon.

Tak lama lepas tu nurse siapkan Ainn untuk masuk wad. Kebetulan masa tu waktu melawat, tapi dah lewat. Ma datang dengan abah tapi abah dah balik. Takut nak drive kalau hari dah gelap. Silau dengan cahaya lampu. Mok ngoh, ayoh ngoh dan ayoh chik pon datang jugak. Diorang risau ingatkan Ainn kena operate. Jauh2 pon datang jugak melawat anak saudara diorang ni.

Alhamdulillah Ainn selamat lahirkan Aisy tepat jam 4.20pm, 21September2016. Ni gambar yang ayoh chik share kat group family. Ramai yang pertikai betul ke anak Ainn. Huh mentang2lah anak kita comel ramai yang jeles. Hihihi. Tengoklah nama kat tag tu, kan nama orang lain. Kad pink pulak tu, dah katanya Ainn dapat baby boy. Ramai sangat yang bersalin hari tu, tak sempat lagi nak tukar kad tu.

Jangan Malu Untuk Meminta, Mintak Selagi Boleh

Kalau nak beli gadjet macam enpon ke lappy ke, perkara biasa la kan kalau kita mintak gift. Sebelom beli tu tanya dulu gift apa yang kita akan dapat. Biasanya gift tu berbeza mengikut brand atau model yang nak dibeli.

Ainn teman hubby beli lappy, senang nak buat kerja. Guna PC ni tak boleh nak pergi mana2, kena duk situ je. Lagi pulak kalau balik kampung takkan nak usung PC tu balik kampung.

Macam biasalah Ainn akan tanya comparison setiap model yang Ainn berkenan. Tak lupa jugak tanya gift. Kalau ikutkan gift yang dapat untuk model yang kitorang pilih ni basic aje; beg sandang, mouse, charger. Itu je kot.

Tapi Ainn suka try mintak apa yang tak dapat. Hihihi. So Ainn mintaklah nak pendrive. Ikutkan kalau ambik model yang mahal sikit baru dapat pendrive 8gb. Tapi boy tu tak bagi la pulak. Tak dapat yang 8gb, 4gb pon okelah. Hahahah rupanya pendrive 4gb dah takde sekarang ni. Nampak sangat dah lama tak beli benda2 macam ni.

Tak puas hati, nak jugak pendrive tu. Nak buat apa entah dengan pendrive ni nanti. Lain la zaman study dulu banyak jasa nak kena guna pendrive ni. Tapi mintak jugak. Dah ada nanti tahulah nak buat apa. Last2 dapat jugak. Hihihi.

Hubby siap cakap, 'untung jugak ada bini banyak cakap'. Alah setakat pendrive je kot, berapa sen je.

Vitamin Paracetamol

Mok Nik bagi ubat demam kat Pok Su teringat pulak kisah Ainn bagi vitamin  sakit kepala kat hubby.

Masa tu baru kahwin, dalam seminggu ke 2minggu. Sebelom balik Senai Mok Ngoh bekalkan beberapa jenis ubat, termasuk vitamin. Sebabnya adik dia yang sorang ni selalu sakit kepala.

Nak dijadikan cerita malam tu hubby sakit kepala. Ainn ingat lagi Mok Ngoh cakap 'yang tulisan hijau ni vitamin. Kemam je.' Ainn tengok kat situ dia tulis PARACETAMOL. Paracetamol bukan ke Panadol? Mungkin Ainn yang silap, yelah Ainn bukannya ingat sangat nama saintifik ni. So Ainn bagi jugak kat hubby.

Esoknya hubby tanya pasal vitamin malam tadi. Ainn tunjuk la yang mana yang Ainn ambik. 'Ni Panadol la! Vitamin yang ni.' Kata hubby sambil tunjukkan vitamin yang betul.

Lor, rupanya 'tulisan hijau' tu tulisan yang ditulis guna marker pen. Paracetamol tu cetakan namanya warna hijau. Huh manalah Ainn perasan.

'Habis tu syg makan malam tadi macam mana?'
'Buang la, pahit!!!'
:-)

Menabung Dalam Poket Seluar

Suka je bila tengah 'kering' tiba2 terjumpa wang terselit kat mana2. Selalunya kat poket seluarlah. Masa nak bukak seluar tu takde nak check apa dah, main bukak aje. Dah lama berkumpul dalam bakul, bila nak basuh je baru terperasankan wang tu ada dalam poket.

Ada yang jadikan cara ni sebagai cara menabung. Tapi sengaja la masukkan wang ke dalam poket seluar. Dan seluar yang dipilih semestinya seluar jeans. Sebabnya? Yes, seluar jeans jarang dicuci. Lepas pakai sangkut balik. Lepas tu pakai lagi. Itu yang Ainn perhatikan roomate Ainn kat uni dulu selalu buat. Sama jugak dengan hubby, bezanya hubby tak sangkut pon seluar dia tu, main campak aje. Busuk2 pon pakai balik jugak lepas tu. Hahahaha.

Oke berbalik kepada 'menabung' dalam poket seluar jeans ni. Bagi yang memang 'menabung' dengan cara ni memang tahulah akan ada wang dalam poket seluar tu. Bila hujung bulan je korek la poket2 seluar yang ada.

Yang tak bestnya takde dah rasa surprise plus excited bila jumpa wang terselit macam ni. Tapi akan rasa surprise plus frustrated bila tak jumpa pon wang dalam poket seluar tu. Huhuhu.

Gua Musang vs Kuala Krai, Servis Hospital Mana Lebih Baik?

Bila ditanya soal servis hospital selalunya orang akan compare antara government hospitals dengan private hospitals.  Macam Ainn ni dengan kerjaya sebagai guru, dan suami pulak 'tidak bekerja' comparison ni antara sesama government hospitals je lah. Besides Ainn takde kawan2 yang berpengalaman dapatkan servis kat private hospitals.

Disebabkan Ainn baru je beranak kecik, hari ni baru 63hari, dan mood Ainn lebih kepada nak share pasal pengalaman Ainn jadi mak ni Ainn nak compare servis untuk bersalin je la. Lagipon Ainn tak pernah kena warded sebab lain, melainkan for the 1st time masa kandungan Ainn 32minggu. Dan warded pon sebab mengandung, bukan sebab kes lain. Dan warded kali kedua semestinya sebab bersalin. So Ainn cerita servis bersalin aje lah ye.

Lebih kurang 5tahun lepas jiran Ainn pernah cerita pengalaman dia bersalin kat Hospital Gua Musang. Banyak yang buruk ajelah yang diceritakan tu. Dengan nurse2 yang bermulut laser, malas nak layan pesakit, garang pulak tu. Hah masa tengah sakit nak bersalin tu jangan la nak menjerit2 cakap sakit, nanti keluar la ayat laser dari nurse, 'masa tengah sedap tak pikir pulak sakit?' Alahai kalau betollah nurse cakap macam tu, nak lawan hukum Tuhan ke apa?

Jiran Ainn bersalin lebih kurang sama harinya dengan kawan baik dia, G. Ainn kenal jugak G tu. Yang kelakarnya G siap bergaduh dengan nurse yang bidankan dia. Tak tahan sangat dengan mulut laser nurse tu katanya, sebab tu la dia balas balik kata2 nurse tu.

Mak dia pulak cerita kat Gua Musang bilik bersalinnya bukannya bilik2 kecik. Bilik besar, then tutup dengan tirai je. Pulak tu tirainya tak ditutup dengan betul. Orang yang kat luar ni boleh nampak la patient kat dalam tu macam mana gayanya. Siap cakap lagi, 'baik dekat Kuala Krai jauh la banding Gua Musang.'

Dari situ Ainn terus aim nanti nak bersalin kat Hospital Kuala Krai. Taknak bersalin kat Hospital Gua Musang. Nampak tak punyalah berangan awal2, masa tu calon suami pon takde lagi dah berangan ke nak bersalin dah. Hahahah.

Bila suatu hari Ainn cakap kat Hubby nak bersalin kat Kuala Krai, hubby cerita lain pulak. Katanya servis kat Hospital Kuala Krai lebih teruk daripada Hospital Gua Musang. Pulak dah. Dan yang menakutkan katanya kat Kuala Krai suami tak boleh teman isteri waktu bersalin. Nak2 pulak anak sulong, lagi la tak dapat langsung nak temankan isteri. Kalau kat Gua Musang kalau isteri mengada je suami tak boleh masuk.

Ainn tak boleh nak bayangkan macam mana nak bersalin tanpa suami. Lain pulak dengan adik ipar Ainn, dia memang taknak siapa2 temankan dia masa bersalinkan Syawal dulu. Takot manja katanya kalau ada yang meneman. Ainn rasa Ainn tak sekuat dia. Ainn perlukam suami masa bersalin nanti.

Dan kat Gua Musang jugak Mok Nik cerita wad kelas3 sebilik 6orang je. Masa dia bersalin dulu 2orang je bilik dia. So tak payah kecohkan nak wad kelas2 atau kelas1 kalau nakkan privasi sekali pon.

Macam mana teruk ke tak teruk servis kat Hospital Gua Musang dan Hospital Kuala Krai nanti Ainn update kemudian ya. Macam biasah, ikut pengalaman Ainn sendiri.

Tercapaikah Target?

Agak2nya dengan disiplin Ainn yang berterabur tu, dapat tak Ainn capai target nak kurangkan 7kg dalam masa 2minggu?

Sebelum ambik pil perancang kelmarin nurse suruh timbang. Risau pulak kot2 makin naik. Kalau maintain takpe lagi. Kalau naik lagi teruk la kena dengan hubby. Ah lantak lah berapa pon berat sekarang ni. Ainn sendiri yang hangat2 tahi ayam.

Bila naik je penimbang, 74.5kg! Biar betul? Turun jugak 2.5kg? Hihihi.

Takpelah 2.5kg je pon. Okelah tu. Kalah betul2 turun 7kg dalam masa 2minggu tu lembik rasanya. 2.5kg dalam masa 2minggu nampak turun secara sihat la tu. Hihihi.

Tuesday, November 22, 2016

Selepas 2Bulan, Tiada Lagi Ketiak Hitam

Sebelom ni Ainn pernah share pasal masalah ketiak hitam. Bukan setakat ketiak, leher dan celah paha Ainn pon hitam. Siap google cari petua macam mana cara nak hilangkan hitam2 tu.

Masa Ainn share masalah Ainn tu dah 3minggu Ainn lahirkan Aisy. Tak nampak pon tanda2 hitam2 tu nak hilang. Dah mula rasa was2 dengan artikel yang Ainn baca. Betul ke sekadar masalah hormon semasa mengandung je? Betul ke hitam2 tu akan hilang sendiri nanti? Sebab rasa 50-50 antara percaya dengan kecewa Ainn post entry tu dulu. Dengan harapan ianya betul.

Dalam pada rasa frust dengan masalah ketiak hitam yang tak setel lagi tu takde pulak usaha nak cari jalan nak atasi masalah tu. Sehari2 sibuk dengan Aisy sampai lupa pasal tu. Bagus jugak, takde la nak stress2.

Semalam tengah bersiap2 nak pergi klinik Ainn terpandang ketiak Ainn. Eh, dah takde dah hitam2 tu. Excited je terus tunjuk kat hubby. Betullah artikel tu cakap, hormon masa mengandung je hitam2 tu. Dan sekarang dah takde.

Tak cukup dengan tu, siap telek depan cermin kat bahagian lain jugak. Leher dan celah paha pon dah takde hitam2 macam dulu lagi. So lepas ni kalau ada hitam2 lagi masa mengandung tak payah risau ye. Tak payah nak ubat apa2. Tunggu je lepas bersalin hilanglah semuanya tu.

Monday, November 21, 2016

Susahnya Nak Diet Musim Petai

'Turun 7kg dalam masa 2minggu!! Suka betul saya baca tajuk ni. Oke, esok saya  makan nasi sikit je. Lepas tu makan menambah je selalu.'

Kuat betul hubby menganjing isteri dia ni. Tahulah hangat2 tahi ayam je. Bukan apa, sekarang kan musim petai. Banyak betul petai kat rumah ni. Dibuat ulam cicah budu kan berselera je makan. Bukan petai aje, rumah ma ni siap ada pokok ulam raja, lagi senang nak petik berbanding petai tu. Hantu ulam macam Ainn ni memang tak tolak la kalau ada petai. Bukan setakat tak tolak, siap tambah darab lagi. Huhu.

Buah yang Ainn beli hari tu kongsi makan dengan family. So yang Ainn makan sikit je lah. Buah oren pon belom habis lagi. Nampak tak, bukan setakat kena share ngan family, makan pon tidak. Takkan lah 2minggu ni tak habis2 lagi buah tu.

Ikan yang kononnya nak makan ikan bakar je pon goreng je, tu pon ada lagi tak dimasak semua. Malas nak masak banyak2, makan je lauk yang Ainn masak untuk hubby. Duk rumah ma lagi la makan je apa yang ma masak.

Exercise? Bukan main beli tali skipping. 1st day semangat je Ainn guna tali skipping untuk buat sit up. Tapi hubby pulak tegur jangan dilasakkan sangat tali skipping tu, kan talinya tu jenis memeri. Ainn sendiri pon tak boleh lasak sangat, bukan sihat betul2 pon lagi kat dalam tu. Terus sekali tu je la exercise. Sit up yang berapa kali je entah tu.

Dengan semangat yang berkobar2 masa study je tu Ainn dah tak mengharap sangat dengan target Ainn kali ni. Tunggu habis musim petai la sambung diet. Tunggu habis pantang 100hari la baru start exercise. Boleh gitu?

Alahai Maybank

Dah banyak kali Bank Islam hantar SMS suruh tukar kad ATM Bank Islam. Tapi Ainn buat tak tahu je. Kat kelas dan kat group WhatsApp pulak duk pakat cerita pasal kad ATM Maybank yang nak kena tukar. Walaupon Ainn tak dapat apa2 maklumam daripada Maybank tapi Ainn lebih berminat dengan penukaran kad ATM Maybank. Sebabnya boleh guna gambar sendiri kat kad tu. Hihi.

Cakap je excited nak tukar kad ATM Maybank, tapi entah ke mana. Tunggu gambar masa majlis bertandang tak dapat2 lagi. Nak jugak guna gambar kat sungai dekat Gua Ikan tu.

Minggu lepas wan pergi Gua Musang setelkan semua kad2 dia. Kad ATM Maybank kad pengenalan diri dia jugak. Masa tu lah baru Ainn teringat nak kena tukar kad ATM selewat2nya 31 Disember ni.

Semalam baru berkesempatan ke Gua Musang. Banyak plan nak buat sebenarnya. Ambik MyKid Aisy, tukar kad ATM, bukak akaun bank Aisy, beli baju dan keperluan Aisy.

Mula2 kena ambik MyKid Aisy la. Kan nak bukak akaun bank dia nanti kot2 nak kena guna MyKid, tak boleh guna surat beranak je.

Dah alang2 kat situ terus je pergi Bank Islam. Tak sampai 5minit setel urusan Ainn tukar kad ATM. Nak bukak akaun untuk Aisy staf yang uruskan tu takde la pulak. Mungkin keluar rehat atau pergi tandas, tak tahulah. Tadi sebelum Ainn uruskan pertukaran kad ATM Ainn tadi ada je, tapi masa tu dia tengah serve customer lain. Ainn ingat nak tunggu je dulu, tapi hubby ajak pergi Maybank je dulu.

Nombor giliran sementara menunggu turn untuk menukar kad. Ikut nonbor tu banyak jugak nak kena queue. 23orang! Tapi kalau ikut macam kat Bank Islam tadi tak sampai pon 5minit, dengan queue 2orang je. Kalau 23 orang darab je la ngan 2.5minit. Ye dok? So jadilah 57.5minit. Tak sampai pon sejam. Tambah pulak kat Maybank kan ada banyak kaunter. Lagi la cepat prosesnya. Ainn perasan tadi untuk nombor giliran 66XX 3kaunter yang uruskan; kaunter 4, kaunter9, kaunter10.

Tapi setiap satu2 kaunter yang uruskan mak aii, lambat sungguh! Nak2 pulak kaunter9. Nak siapkan sorang tu.. tak tahulah nak cakap macam mana. Cakap karang takut mencarut pulak. Sejam 10minit Ainn tunggu, baru panggil nombor 6649? Berapa jam agaknya ya nak tunggu 6662? Hubby punya pulak 6663.

Ainn perhatikan aje staf kat kaunter 9 & 10 tu. Kadang2 tengok jugak kat kaunter 4. Kaunter 4 punya urusan sekejap aje. Lepas tu dia mintak customers letakkan borang apa entah kat meja kaunter10. Masa mula2 Ainn pergi kaunter4 tak bukak. Dalam sejam tu ada la 3orang yang pergi kaunter4.

Kaunter 9 tak nampak sangat apa dia buat kat meja tu. Yang nampaknya ada 2, 3orang staf lain akan pergi bercakap2 dengan dia dan kakak yang dia serve tu. Tak pasti apa yang diborakkan. Dalam tempoh sejam tu pon 3orang jugak ke kaunter tu.

Staf kat kaunter 10 pulak banyak termenung. Tak banyak cakap. Dia selesema, Ainn perasan dia selalu duk tarik2 hidung dia guna sapu tangan. Sebaiknya guna tisu ye, boleh terus buang supaya virus tu tak merebak. Bila siap sorang customer he need to serves customers yang dah letak borang kat meja dia tadi, yang diimport dari kaunter4. Dah siap baru dia boleh request for next customer. Termasuk dengan customers yang diimport ada dalam 7orang jugak yang dia serves tadi sepanjang Ainn kat situ.

Bila banyak duk perhati kat staf kaunter10 tu Ainn buat kesimpulan, line slow! Nak ditunggu dengan masalah line, *kalau betullah telahan Ainn* tak tahu bila la nak sampai turn Ainn. Sejam 10orang? Nak tunggu berapa jam lagi? Dibuatnya line makin slow macam mana?

Hubby bisik kat Ainn, 'patutlah Pesa kata datang tengahari sampai petang baru sampai turn dia. Dekat maghrib baru balik rumah.'

Ainn tak cakap servis kat Maybank slow. Setahu Ainn servis kat Maybank Gua Musang memang slow. Pernah Ainn teman jiran Ainn tukar kad ATM dia, dah lama. Masa tu Maybank kat Bandar Lama. 3jam jugak menunggu. Wan pergi tukar kad dia minggu lepas pon dari pagi sampai ke Asar. Tukar IC dan kad ATM. Yang lamanya tukar kad ATMlah. Bank wan Maybank je!

Bila Ainn ingat Ainn pernah buat urusan kat Maybank Kulai takde pulak kena tunggu lama2 macam ni. Ainn bisik kat hubby, balik buat kat Kulai je lah. Sempat lagi, kita nak balik kan hujung tahun. Alah bulan depan kan nak balik kampung, try pergi Maybank Tumpat. Tak ramai orang kat sana. Ainn punya kad hubby dah suruh tukar via Maybank2u je.

Kalau betullah masalah keslowan di Maybank Gua Musang ni disebabkan masalah line, nampak gaya Maybank kena upgrade la line internet dia tu, biar cepat urusan kerja nak buat.

Lagi satu, Ainn perasan 2orang sesat mencari kaunter. Kedua2nya nak kena pergi ke kaunter1, tapi mencarinya sampai ke kaunter 8, 9, 10 yang ke belakang kaunternya tu. Cadangan Ainn je ye, boleh letakkan tanda arah untuk kaunter. Takdelah customers sesat lagi.

»kalau boleh buat di hujung jari je tak payahlah nak queue kat tempat ramai macam tu. Buang masa, buang tenaga. Mungkin tambah dosa jugak. Huhuhu.. peace;-)

Saturday, November 19, 2016

Air Ketuban

Macam mana ye air ketuban? Bagi yang belom berpengalaman mesti teragak2 bila ada keluar air. Terpikir2 tu air ketuban ke?

Macam Ainn sendiri. Mula2 keluar air sikit je. Risau bercampur excited masa tu. Mintak hubby tanyakan adik dia macam mana masa mula2 keluar air ketuban ni. Memang betul2 sikit je, macam terkucil gitu. Tapi Ainn tak terus pergi klinik pon. Esoknya sempat lagi berjalan sampai ke Gua Musang!

Malam esoknya pulak keluar lagi air. Kali ni banyak sikit. Dah mula confuse air apa. Nak dikatakan air mani baunya busuk semacam. Pagi esoknya lepas solat Subuh keluar lagi. Kali ni sampai meleleh kat celah paha. Terus pergi klinik pagi2 buta tu.

Bila nurse tanya kenapa tak terus datang klinik pukul12malam tadi. Selamba je Ainn jawab, confuse kot2 air mani ke. Dah tak malu dah masa tu cakap aje lepas bersama dengan hubby. Hihihi.

Pagi tu jugak terus pergi Hospital Gua Musang. Sebab check pagi tu tekanan darah Ainn tinggi, Ainn pulak memang obes, dan air yang keluar malam tu bercampur warna kes Ainn direfer ke Hospital Kuala Krai. Tapi takde pulak air keluar lagi lepas tu.

Sehinggalah hari Rabu 3.30pagi lebih kurang waktunya tu. Ainn bangun nak pergi toilet. Memang Ainn jenis bangun malam nak buang air kecil. Habit dari kecil lagi. Turun je katil tiba2 keluar air banyak, lencun kain yang Ainn pakai tu. Alamak! Terkencing dalam kain ke aku ni? Malunya!!!

Nasib baik semua orang tengah syok tidur. Takde la malu sangat. Hihihi. Baru je kaki ni melangkah setapak air keluar lagi, memang banyak. Lagi banyak dari yang keluar tadi. Terus Ainn teringat cerita Ainn pernah baca air ketuban keluar sampai lencun kain. Oh macam ni rupanya air ketuban. Baru terjawab persoalan selama ni.

Kes 'Menumpang'?

Aisy sedap je tidur atas pangkuan abi dia, teman abi buat kerja ye sayang. Ada masa ni ummi ambik kesempatan mengarang kat belog ummi ya. Saje2 je buat belog ni, isi masa lapang macam ni je.

Oke kali ni Ainn nak cerita pasal kes menumpang pulak. Ni biasa terjadi pada ibu2 yang bekerja di luar kampung halaman sendiri, tup2 nak bersalin kat kampung. Macam Ainn la. Hihi nak jugak bersalin kat kampung, dekat dengan family kononnya.

Mula2 of course la kena tukar tempat check up untuk pregnancy. Dah masuk minggu2 akhir ni appointment weekly la pulak. Masa Ainn balik kampung dulu kandungan Ainn dah nak masuk minggu ke38.

Walaupon tinggal 2x je lagi appointment kalau diikutkan due, nurse suruh jugak bukak buku baru. Kiranya buku untuk rujukan klinik kampung Ainn ni la. Selalunya kalau setakat 2,3 kali appointment macam ni xbukak buku pon, ada kertas khas untuk yang menumpang. Leceh sebenarnya nak bukak buku baru ni. Nak pulak format bukunya tak sama. Lama jugak urusan bukak buku aje, belom lagi check. Hurmmm.

Kali ni pulak pasal kad/buku untuk perancang. Nurse 'jaga' Ainn suruh bukak buku tu kat sini. Sebabnya 3bulan Ainn cuti, 3x jugak la nak kena ambik perancang kat sini. Sebabnya Ainn ambik ubat apa entah yang nak kena makan setiap hari, kena repeat ambik ubat tu kat klinik setiap 28hari. Tapi bila dah pergi klinik nurse yang kat kaunter cakap tak payah bukak buku tu kat sini sebab kes Ainn ni kes menumpang. Alasannya habis cuti 3bulan ni Ainn dah nak balik Johor semula.

Mula2 ni je ambik ubat tu, bukan makan pon. Sebenarnya Ainn plan nak ambik injection je untuk perancang. Means 3bulan sekali kena inject. So far darah nifas pon belom habis, plus pantang bersama kan 100hari. Ainn plan Aisy 3bulan nanti baru nak mulakan ambik injection tu. Sempat la inject kat klinik kampung ni je sebelom balik Senai.

 Bila Ainn check balik kalendar, 21 Mac nanti cuti sekolah. Kena inject kat sini jugak. 21Jun belom cuti lagi kena inject kat Kulai la. 21September selalunya cuti pertengahan penggal 2, tapi tahun depan cuti awal. Kiranya kena inject kat Kulai jugak. Lepas tu 21Disember pun kat kampung, inshaa Allah. Last injection 21Mac2018 biasanya pon cuti pertengahan penggal 1. Berapa kali je inject kat Kulai berbanding kat kampung ni? Kat mana sebenarnya yang menumpang?

Semoga Mimpi Ini Menjadi Kenyataan

Ada tak yang percayakan mimpi? Ainn sebenarnya tak percaya mimpi, kecuali mimpi pasal jodoh. Mimpi pasal jodoh ni Ainn cerita next time ye. Sebabnya malam ni Ainn nak cerita pasal mimpi Ainn 2malam lepas.

Mimpi tu ringkas je. Masa tu kat rumah tok ayah. Mak biasalah baring/tidur kat tempat biasa kat bawah lampu tu. Tok ayah pulak duk dekat tempat dia jugak. Ainn dengan hubby duk dekat tengah2 antara diorang tu. Tiba2 je mak bangun dan berjalan, siap bercakap lagi. Apa lagi terkejut la kitorang. Tok ayah pon pelik mak tiba2 je boleh berjalan, siap bercakap.

Walaupon tu hanya mimpi, Ainn berharap sangat ianya jadi kenyataan suatu hari nanti. Mak sekarang ni sahkan kata nak berjalan, nak bangun pon tak boleh. Bercakap boleh la sikit2, tapi tak jelas sangat butiran percakapan dia tu.

Tapi dalam mimpi tu Ainn dah ada anak 2orang. Yang kedua masih baby lagi. Kalau betullah Ainn dapat anak kedua nanti mak dapat pulih macam dulu, tak tahulah tu bila. Harap2 takde la lama sangat.

Yang tak bestnya selalunya Ainn mimpi akan jadi sebaliknya in reality. Tapi entahlah yang ni Ainn rasa macam jadi kenyataan, sama macam mimpi pasal jodoh tu. Harap2 betullah. Amiin.

Keep Reminding Your Child as Daily Routine

1st of all, sorry for my bad English. Dah tahu tak pandai English tapi berangan nak buat tajuk in English. Bak kata teacher yang ajar MUET, redah aje lah. Biarlah nak berterabur ke apa. Teacher Fathini pulak pernah cakap, asalkan orang paham apa yang kita nak sampaikan dah la. Tapi kalau tak sampai jugak macam mana? Memang kena lah dengan berteraburnya tu. Tak sempat nak sampai dah licin kat tengah jalan. Huhuhu naya.

Oke, berbalik kepada apa yang Ainn nak ceritakan hari ini. Rasanya kena cerita dulu baru paham tajuk Ainn tu kan. Baru paham apa sebenarnya yang Ainn nak sampaikan.

Wan Xuan ni salah seorang anak murid Ainn. Biasalah murid2 Pendidikan Khas, tambah pulak yang low function. Diorang bukan ingat sangat pon hari ni hari apa, tarikh hari ni. Tapi Wan Xuan ni setiap kali nak mulakan kelas, bila Ainn tanya hari dan tarikh sebelom tulis kat whiteboard dia mesti boleh jawab dengan betul.

Sebab suka sangat dengan kebolehan dia berbanding rakan2 sekelas yang lain, Ainn share dengan mak dia. Rupanya setiap hari mak dia akan tanya hari dan tarikh dekat Wan Xuan ni, setiap pagi masa hantar Wan Xuan ke sekolah. Every day without fail. Kadang2 jawapannya betul, pujilah dia. Kadang2 jawapannya tak betul, betulkan dia.

Sehinggalah terjadi satu peristiwa yang tidak diingini. Biasalah remaja baru nak up, kata orang. Pulak baru2 je lagi baligh. Yang boleh berfikir dengan waras pon kecundang, apa lagi diorang yang down syndrome ni. Yang memang dalam kategori sedikit advance berbanding kita dalam bab 18sx. Pulak tu diorang manalah pikir benda tu baik ke tak baik.

Walaupon sekadar sentuhan kecil, kami sebagai cikgu2 yang mendidik mereka2 ni agak risau. Yelah mula2 sikit2 la dulu. Kemudian? Sebelom terjadi perkara yang lebih besar awal lagi diorang ni dah kena warning. Tak lupa jugak kitorang akan inform parents diorang pasal ni. Takut pulak nanti jadi pape kita pulak yang dipersalahkan kerana tak bagitau pape.

Sekali warning je nampak perubahan Wan Xuan. Dia dah takde nak sentuh2 dengan kawan lelaki. Kalau ada kawan lelaki nak sentuh dia, dia akan marah dan bagitau cikgu. Kalau terjadi kat kawan2 dia pon dia akan marah dan bagitau cikgu jugak. Siap cakap lagi, 'lelaki tak boleh sentuh perempuan. Tak boleh!' Kadang2 Cikgu Jeli suka menyakat dia, buat2 nak sentuh dia atau murid perempuan lain depan dia. Suka dengar dia marah dengan lenggok Cina dia tu, dengan sebutannya satu per satu.

Bila bagitau mak dia pasal ni, mak dia share rahsia dia. Sama macam hari dan tarikh tadi. Mak Wan Xuan akan remind dia everyday. 'Lelaki boleh sentuh perempuan tak? Perempuan boleh sentuh lelaki tak? Kalau ada kawan lelaki sentuh Wan Xuan nak kena buat apa?' Everyday oke, without fail.

Apa pengajarannya kat sini? Anak2 nak kena sentiasa diingatkan. Bukan saja anak2, kita yang dah besar ni pon nak kena selalu ingatkan jugak. Ainn cuba aplikasikan cara ni dekat Aisy. Setiap hari Ainn akan bagitau dia apa yang Ainn nak dari dia, apa yang Ainn harapkan dari dia.

Salah satunya bab berjaga malam. Awal2 dulu Aisy selalu berjaga malam, tidur dengan lenanya di sebelah siang. Banyak hari jugak ambik masa dia nak berubah. Mungkin masa Ainn bisik kat telinga Aisy dia dah tidur dengan lenanya. Ainn pesan kat dia, malam kena tidur. Semua orang tidur. Ummi ngan abi pon nak tidur. Siapa nak jaga Aisy? So Aisy kena tidur la malam. Nak 'main' tunggu hari siang. Alhamdulillah lepas 2,3 hari Aisy akan berjaga siang je.

Sehinggalah sekarang Aisy berjaga malam untuk menyusu aje. 2 hingga 3kali setiap malam. Tiap kali Aisy baru tidur malam, biasanya 8.30pm waktu tidur dia, Ainn akan bisik kat telinga dia. 'Aisy tidur ye malam ni. Bangun untuk menyusu je. Dah siap menyusu Aisy sambung tidur semula ya.' Tapi malam tadi Aisy tidur awal. Belum jam 8 lagi Aisy dah tidur. Tak sempat nak bisik kat dia.

Dalam pukul 12 Aisy jaga. Ainn dan hubby dah siap2 nak tidur. Takde apa yang peliknya kat situ. Tu kira waktu jagaan Aisy yang pertama untuk menyusu. Ainn susukan Aisy macam biasa, macam malam2 sebelom ni.

Rupanya dah siap menyusu pon mata Aisy celik seluas2 tidak. Ainn perasan awal lagi, masa Aisy duk menyusu tu takde pon matanya lali macam selalu. Spotlight dia tu terang benderang. Sah Aisy taknak tidur lagi.

Boleh pulak siap menyusu tu dia suruh angkat pulak. Nak bangun la pulak hero sorang ni. Nasib baik Ainn baring letak dia atas perut Ainn dia oke aje. Takde la mintak nak berdiri ke, nak berdukung ke.

Tak cukup dengan tu nak borak pulak tengah2 malam buta ni. Mula2 bolehlah layan. Bila dah masuk pukul satu tak tahan jugak mengantuk. Hubby dah off lampu pon Aisy still sengih2, angguk2, cakap apa benda entah yang takde butirnya keluar suara aje. Nak suruh dia tidur? Asal baringkan dia je terus nangis.

Pandai ye, tahu2 je abi nak ambik gambar dia tengok je kat abi sampai senget mulut. Dah tak pandang ummi duk pegang ni

Hubby try ulik Aisy macam2 gaya. Yelah Aisy ni kalau nak tidur siang hari macam2 gaya dia, berbeza ikut hari. Kadang2 nak diulik, kadang2 nak dihenjut atas lengan, kadang2 nak dihenjut atas paha, kadang2 nak beriba, kadang2 nak berdukung.

Aisy's favorite sleep style for last 2weeks

Bila dah penat berdiri jangan sesekali nak letak Aisy kat bawah. Landing je macam ni, asalkan dia boleh melekap lagi kat dada

Jangan tak percaya, kadang2 Aisy nak tidur dalam keadaan dia didudukkan macam ni

Aisy menangis dah tak hirau dah. Hubby try jugak nak tidurkan dia. Pangku Aisy kat lengan keliling bilik ni sambil henjut lengan tu. Ainn awal2 lagi surrender la nak buat macam ni. Lenguh tangan sakit belakang oii. Akhirnya tidur jugak dia. Padahal mengantuk tu, berapa kali entah dia menguap. Tak tahulah kenapa susah sangat nak tidur. Dekat pukul 2 baru kitorang boleh tidur. Dah takde dah jagaan Aisy yang kedua untuk menyusu. Jaga pagi tadi dah pukul 4.45am.

Ambik pengajaran kat sini. Dont give up, dont forget, dont delay, keep reminding our child. Everyday without fail ya.

Monday, November 14, 2016

Supermoon vs Wechat

Supermoon? Rata2 orang duk cerita pasal supermoon yang berlaku malam ni. Dari semalam lagi ramai yang duk share pasal ni, dan saling mengingatkan untuk menyaksikan kejadian yang berlaku 18tahun sekali ni. Kat atas ni antara yang Ainn dapat daripada family dan rakan2 yang share kat group WhatsApp, Telegram dan moment WeChat.

Kejadian ni 18tahun sekali je terjadi. Kalau 18tahun lalu Ainn baru 11tahun. Mungkin tak didedahkan lagi pasal ni, atau Ainn dah lupa menyaksikan kejadian ni. Maklumlah dah 18tahun. Benda yang agak jarang diceritakan, lagi la cepat lupa.

Ainn antara jutaan manusia yang tak ketinggalan menyaksikan kejadian supermoon malam ni. Risau jugak tadi kot2 tak boleh tengok, kan musim hujan sekarang ni kat pantai timur. Alhamdulillah ada jugak rezeki Ainn malam ni.

Mula2 keluar rumah nak tengok tadi tak nampak sangat. Sebab bulan tu kat bawah so terlindung dengan pokok kelapa. Takde lah frust sangat, sebab boleh tengok jugak. Lagi sayang orang yang tak boleh tengok langsung sebab keadaan cuaca yang tak mengizinkan.

Tak puas hati dengan yang tadi, ada masa sikit lagi tadi Ainn keluar lagi sekali. Alhamdulillah bulan dah semakin meninggi, dah boleh nampak dengan jelas. Tapi sayangnya tak nampak sangat la saiz bulan yang lebih besar dan jaraknya lebih dekat dengan bumi macam tadi. Isy menyesal pulak tak snap gambar awal2 tadi. Harap2 diberi kesempatan la untuk tengok kejadian ni lagi. Inshaa Allah. Amiin.

Tapi apa pulak kaitannya supermoon ni dengan WeChat? Hurmm cuba tengok gambar yang kat atas sekali tu. Ada nampak macam cover WeChat kan? Cover? Betul ke cover namanya tu? Alah yang kalau bukak aplikasinya tu kan dia akan keluar tang tu dulu. Apa entah orang panggil bendanya tu. Malas nak pikir benda tu.

Yang pastinya ia mengingatkan Ainn dengan kad undangan majlis Ainn dengan hubby dulu. Kami memilih tema ni sebab nilah medium perkenalan kami, walaupon duk sekampung. Hihihi.

»ada ke yang try dirikan telur malam ni?

Bengkung Bayi Elakkan Kembung Perut

Chik Ana keluar bilik ambik kain bengkung untuk Qaseh lewat malam tadi buatkan Ainn teringat kisah masa pergi rumah Chik Ana 2minggu lepas. Dengan harapan dapat membantu ibu2 semua supaya lebih berjaga2 untuk elakkan baby kembung perut, Ainn rasa nak share kisahnya tu. Walaupon Ainn pasti ibu2 semua dah tahu, tak salah rasanya untuk kita saling mengingatkan. Ingatan untuk Ainn sendiri dan untuk suami jugak.

Masa nak pergi rumah Chik Ana tu hubby yang packed barang2 Aisy. Sebab taknak bawak barang banyak2 kitorang bawak ngam2 aje, termasuk barang keperluan Aisy. Kecuali pampers dia la kitorang bawak 1bag tu terus. Dah plan nak balik esoknya, so bawak serba 2 je. Untuk pakai malam nanti dan esoknya.

Entah macam mana boleh terlupa kalau Aisy buang air besar memang banyak sekali buang tu. Selalunya sampai terkena kain bengkungnya tu. Bukan setakat kain bengkung, siap melimpah terkena seluar pon ada. Dan begitulah pagi esoknya, sebelom bertolak balik rumah abah.

Nak tukar pampers takde masalah, ada bawak banyak. Kain bengkungnya tu dah tak ada. Semalam punya pon dah kena bunga2 kuning, pagi tu pon kena jugak bunga2 kuning tu. Nak taknak terpaksa biarkan Aisy pagi tu dengan tak berbarut perutnya.

Malam tu Aisy menangis kuat. Menangisnya tu macam sakit kena gigit semut hari tu. Dah puas belek tapi takde pon semut ke apa yang boleh buat Aisy sakit. Ainn ni dah mula cuak. Hubby pon tak tahu nak buat macam mana. Ma pulak takde sebab temankan Chik Ana nak bersalin, belom balik lagi.

Bila Kak Ngah suruh check perut Aisy rupanya kembung perut. Sebab tu la dia menangis je. Sakit la tu perut dah masuk angin. Hubby cepat2 panaskan tungku tuam kat perut Aisy. Dalam 5minit terus tertidur. Penat sangat menangis tadi kot.

Bila dah jadi macam tu baru Ainn teringat paginya tu tak dibarut perutnya. Dah sampai rumah Abah tengahari tu pon tak terus dipakaikan. Langsung lupa pasal tu. Seharian dari pagi sampai petang dibiarkan perutnya macam tu je. Dalam 7jam jugak macam tu. Kesian Aisy sakit perutnya masuk angin.

So moral of the story, jangan sesekali abaikan bengkung baby. Elakkan baby terkena kembung perut. Patutlah ma pernah cakap barut perut baby at least sampai 3-4bulan. Dah tak sanggup tengok Aisy kena macam tu lagi.

Sunday, November 13, 2016

Main Masak-Masak

Seronok blog walking, sampai lupa nak update belog sendiri. Ainn memang suka jalan2 kat belog orang, walaupon tak dijemput. Kalau menarik belog tu lama la Ainn stay kat rumah orang tu.

Sehinggalah Ainn jumpa dapur Kak Ita. Seronok sangat kat situ. Banyak resipi2 yang dishare. Bukan senang tau orang nak share masakan yang sedap2 taraf hotel 5bintang. Dengan dekorasi gambar2nya. Hadoii baru tengok gambar je dah terliur. Belom lagi rasa.

Tengok belog Kak Ita mula lah timbul rasa nak belajar memasak membuak2. Elok sangat duk rumah wan kena masak. Setiap hari masak. Sempat la masak masakan yang simple2.

Hari pertama masak Ainn masak daging singgang Kelantan. Menu ni agak popular kat Kelantan dan Terengganu. Sebab dah lama tak makan masakan ni Ainn try jugak masak walaupon tak tahu resipi yang sebetulnya. Yang penting sekali hirup kuahnya memang terasa sedapnya. Hihihi.

Hari kedua terpaksa tukar menu daripada plan asal. Asalnya Ainn nak masak sup ayam. Tapi sebab tak cukup bahan Ainn masak ayam goreng kicap. Main campak2 je apa yang ada. Nasib baik menjadi jugak.

Esoknya tu barulah Ainn masak sup ayam. Walaupon still tak cukup bahan, Ainn on je la masak sup ayam tu. Makan style orang Kelantan. Secukup rasa.

Dan hari last sebelom balik rumah abah Ainn masak sayur campur je. Senang, ringkas, cepat. Yang penting sedap.

Alahai semuanya sedap2 je kan Ainn masak. Hihihi masuk bakul angkat sendiri. Alah kalau bukan sendiri yang nak puji sape lagi? Suami? Nak kena tanya dulu sedap ke tak. Tak payah tanya pon takpe, kalau makan sampai bertambah nasinya tu kira sedap la tu.

»jangan lupa klik kat nama menu tu untuk dapatkan resipi special Ainn. Hahaha.