Sejak di bangku sekolah kita diajar:
Seminit = 60saat
Sejam = 60minit
Sehari = 24jam
Seminggu = 7hari
Setahun = 12bulan
Setahun = 365hari (bukan tahun lompat)
Yang terbaru Ainn 'belajar' sebulan = 4minggu!!
Is it? Boleh ke kita kira 4minggu tu sebulan? Atau sebaliknya, sebulan tu 4minggu? Jawapan Ainn: ya, boleh. Boleh jika bulan itu bulan Februari (bukan tahun lompat).
Kenapa? Sebab bulan Februari kan ada 28hari je. 28hari = 4minggu. So bolehlah dikatakan 4minggu = sebulan. Kalau tahun lompat tak bolehlah, sebab dah jadi 29hari untuk bulan Februari tahun tu.
Yang peliknya, kenapa kebanyakan orang yang Ainn dok sembang2 pasal pregnancy diorang kira sebulan = 4minggu, atau 4minggu = sebulan? Termasuk jugak nurse dan doktor! Ini yang buat Ainn keliru nak jawab persoalan kandungan Ainn dah berapa bulan.
Kalau mak2 kita yang kira macam tu Ainn boleh terima jugak. Walaupon agak terkejut pada mulanya Ainn dengar cerita ibu mengandung 10bulan. Tapi ni zaman Ainn sekolah dulu. Nak jugak pertikai kat sekolah cikgu ajar average wanita pregnant 280hari, means tak sampai pon 10bulan. Kalau sebulan tu ada 30hari baru 9bulan 10hari. Tapi ada jugak bulan2 yang ada 31hari. Ye la kalau ikut formula 4minggu = sebulan, tak salah la kan kalau diorang kira 40minggu = 10bulan. Ainn pon tak nak lah gaduh ngan makcik2 pasal ni, so diamkan aje la.
Pengalaman Ainn admid ward pada 26 Julai lepas pon sama, buat Ainn confuse. Masa tu kandungan Ainn dah 32minggu. Masa nak register kat kaunter saringan, staff kat situ refer kat nurse sebab Ainn pregnant. Then nurse tu tanya dah berapa bulan, Ainn jawab je la 7bulan *kalau ikut last period Ainn is on 16 Disember. So 16 Disember 2015 - 26 Julai 2016 = 7bulan++*. Dia cakap kat situ *bahagian emergency* tak boleh terima kalau 7bulan. Kat situ hanya terima kalau dah 32minggu. 7bulan baru 28minggu, katanya. Terus dia refer ke wad bersalin. Kat sini dah bermulanya kekeliruan pasal pengiraan bulan ni. Takkan ada extra 10hari pon dah dikira sebulan kot?!
Then lepas tu mak mertua dan adik ipar Ainn datang. Borak2 pasal baby, then adik ipar Ainn cerita la nanti doktor akan scan lagi sekali bila kandungan dah 8bulan. Pelik dah kat sini, sebabnya Ainn dah ada appointment dengan doktor untuk scan 2,3 hari lagi. Ikutkan masa tu baru 32weeks++. Dan kandungan Ainn pon baru 7bulan++.
Dan bila jumpa doktor sendiri. Masa tengah scan tu, dengan kandungan 32weeks++ doktor tu sendiri cakap kena scan sebab kandungan dah capai 8bulan! Bulan Julai belom habis pon lagi, apa lagi nak masuk bulan Ogos. Takkan doktor pon kira 32minggu = 8bulan jugak kot?
Okelah, kalaulah diikut formula yang tidak diajar di sekolah ni *Ainn tak pernah belajar formula ni so Ainn anggap tidak diajar ya*:
Sebulan = 4minggu
Setahun = 12bulan
Then, setahun = 12(bulan) x 4(minggu) = 36minggu
Seminggu = 7hari
Then, setahun = 36(minggu) x 7(hari) = 252 hari
Kalau diikut formula sebulan = 4minggu, so setahun ada 252hari je la. Ke mana perginya 113 hari lagi tu? Cepat tua lah gini. Orang tunggu 365hari baru cukup setahun, tapi ni 252hari dah cukup setahun.
Oke, kita tukar corak pengiraan kita. Kita mulakan dengan formula yang diajar di sekolah.
Setahun = 365hari
Seminghu = 7hari
So setahun = 365(hari)/7(minggu) = 52minggu siap ada balance 1hari
4minggu = sebulan
So 52minggu = 52(minggu)/4(bulan) = 13bulan
Setahu Ainn setahun ada 12bulan je. Kalau dikira 4minggu = sebulan ada 13bulan nih setahun. Bulan apa yek lagi satu?
Konklusinya macam ni lah. Dalam sebulan kan ada 30hari, ada jugak 31hari. Dan kedua2nya lebih dari 28hari(4minggu). So nampak kan sebulan tu ada 4minggu++, kecuali bulan Februari bukan tahun lompat. Tak payahlah kira 4minggu = sebulan atau sebulan = 4minggu, buat orang confuse aje. Kira je ikut tarikh betul2.
16 Disember 2015 - 15Januari 2016 = 1bulan
Tapi mungkin diorang nak senang kira kot, tu yang kira 4minggu = sebulan. Entahlah, Ainn pulak rasa lagi senang ikut tarikh je daripada ikut minggu. Masing2lah, walaupon macam ada sedikit 'ajaran sesat' kat sini. Huhu
No comments:
Post a Comment