Nuffnang Ads

Saturday, August 6, 2016

10 'Risiko' Yang Bakal Dihadapi Bila Makan Kat Luar

Apa yang tak bestnya bila makan kat luar?

Baru je rasa nak bermalas2 di hujung minggu. Sekali pergi kedai makan nak breakfast or brunch lain pulak jadinya. Ainn yakin perkara2 ni pernah terjadi kat korang ya. Walaupon tak semua, at least ada la satu tu yang terkena. Dalam banyak2 ni kalau takde jugak kira untung badan lal. Dan ini list yang terjadi pada diri Ainn sendiri.

1. Tak banyak choices
Kat rumah sah2 takde pape sebab dah malas nak masak. Pergi kedai pon sama? Sama ada takde yang kena dengan selera atau banyak menu yang belom siap dimasak lagi, especially lauk makan tengahari la ya. Yang geramnya bila ulam2an dah serve tapi sambal belacan tak siap lagi. Seolah2nya hidang makanan yang belom siap sepenuhnya. Apa salahnya serve sama2 ulam tu dengan sambal belacan.

2. Ada lauk tapi takde nasi
Tengok lauk yang terhidang dah macam2. Dah tak sabar dah ni, tambah pulak perut dah berdendang2 mintak diisi. Sekali nak ambik nasi takde. Bukan ke nasi tu yang lebih utama daripada lauk? Ni diet Atkins ke apa?

3. Layan tak layan
Tak tahu nak layan customers ke tak nak. Bila tanya pape2 or mintak pape lambat betul nak respon. Kalau respon pon lambat betul nak bertindak. Contohnya ambik yang 2nd tadi. Bila ditanya pasal nasi tu, ye la kot2 nasi dah habis ke kan. Boleh je jawab 'ada'. Tapi nak pergi ambik nasi tu punyalah lama. Boleh pulak buat kerja lain dulu sebelom gi ambik nasi tu.

4. 'Dilayan' seperti halimunan
Yang ni lagi teruk. Pernah terkena beberapa bulan lepas kat restoran masakan panas. Bukannya itu kali pertama Ainn makan kat situ. Dari zaman anak dara lagi. Dah kawen ngan Oren pon dah lebih 10kali agaknya kitorang makan kat situ. Tak tahulah apa yang tak kena, kitorang ni dah macam halimunan! Takde sorang pon yang datang kat meja kitorang ambik order. Kalau diorang nak pergi meja lain, sama ada nak ambik order atau nak hantar order diorang lalu je sebelah meja kitorang. Dah panggil pon takde sorang pon yang datang. Betul2 macam halimunan. Agak sabar jugak la malam tu, dalam setengah jam duk gitu kitorang blah je. Bukan rezeki nak makan kat situ. Plan bukan main, macam2 nak order. Sudahnya? Balik masak makan kat rumah la jawabnya.

5. Takde tempat cuci tangan
Kalau makan kat mall mungkin la perkara biasa kalau takde tempat nak cuci tangan. Ini setakat makan kat medan selera dalam taman ni je kot, pon tak disediakan tempat cuci tangan jugak ke? Kot ye pon tak nak letak sinki, apa salahnya sediakan bekas cuci tangan macam dalam teko tu. Kalau kedai2 lain boleh buat takkan makcik tak boleh buat kot. Nak harapkan tempat cuci tangan yang disediakan terpaksa menapak lalu kot 4-5kedai lain dulu. Kedai yang duk sebelah tempat cuci tangan tu pon boleh sediakan. Susah bila orang kampung yang dah biasa makan ngan tangan ni tiba2 nak kena makan pakai sudu pulak.

6. Tak tahu apa yang customers order
Bila nak bayar boleh pulak dia tanya tadi makan apa? Masa ambik order tadi bukan main tulis. Dah pass kat tukang masak terus buang ke list order tadi? Tak pon buat la copy, bukan banyak pon nak kena tulis. Pastu tulis besar2 nombor meja, kalau takot salah menu

7. Order lain dapat lain
Ni pon kadang2 boleh jadi angin jugak. Nak2 pulak bila perut tengah lapar. Lain yang diorder lain pulak yang dapat. Selalunya Oren la yang terkena. Bila order telur dadar tiap kali tu la Ainn takkan lupa nak bagitau nak telur dadar kosong, takde bawang. Tapi yang dapatnya tetap jugak ada bawang. Dah la nak panggil mintak tukar yang lain bukan main susah. Pengalaman Ainn pulak pernah order tomyam campur, mintak letak sayur. Sekali dapat tomyam sayur je. Lauk2 lain sume takde. Alahai..

8. Meja kotor
Tak tahulah nak cakap macam mana. Nak kata customers ramai sangat sampai tak sempat nak kemas meja macam takde la betul2 penuh kedai tu. Kedai yang sampai customers kena tunggu turn nak meja pon kejap je diorang bersihkan meja, macam mana kedai yang banyak meja kosong nih tak boleh kemas siap2 ek. Kot ye pon tak sempat nak kemas bila diorang dah siap/dah blah dah masuk customers baru ni bersihkan la dulu meja tu sebelom ambik order. Tak cukup dengan tu angkut pinggan gelas je. Kuah2 yang tumpah nak kena mintak lap dulu baru nak lap. Haish tak jaga kebersihan langsung!

9. Ada dalam list menu je
Rasanya ni trick peniaga kot. Kat list menu tu macam2 menu yang menarik ada. Bila mintak je asyik takde. Aii takkan tiap2 hari takde kot. List tu untuk tarik orang datang kedai tu je ke? Ye lah kadang2 kita pergi kedai tu sebab nakkan menu yang tu je. Tapi bila dah takde terpaksa la kita order menu lain. Kan untung tokey kedai tu.

10. Makanan tak sedap
Yang ni susah sikit nak paham. Diorang tak sedar ke diorang masak tu tak sedap? Inilah yang Abang Omar pernah cakap, 'Bezanya orang yang masak sebab nak bagi orang makan dengan orang yang masak sebab nak untung dalam bisnes'. Bak kata Elynn, 'Kita bayar kot. Apa salahnya masak betol2. Takpe lah mahal sikit pon daripada bayar murah tapi langsung tak boleh telan.'

No comments:

Post a Comment