Nuffnang Ads

Saturday, August 27, 2016

Jalan2 Cari Makan JB: Ikan Bakar Petai & Tomyam Kelapa Muda Yang Marvelous

Ikutkan hati dari minggu lepas teringin nak rasa ikan bakar petai dan tomyam kelapa muda ni. Yang tak tahan sangat nak rasanya kelainan tomyam kelapa muda ni la. Dengan komen2 positif daripada customers yang pernah makan lagi la buat hati ni membuak2 nak cuba jugak.

 Inilah dia restoran yang menyediakan menu yang Ainn cakapkan tadi. Restoran Aurora Seafood. Letaknya di Jalan Pulai Ria 9, Bandar Baru Kangkar Pulai. Bagi orang luar macam Ainn ni agak mencabar jugak la nak cari restoran ni. Search kat Google Maps takde la pulak Jalan Pulai Ria 9. Kalau Jalan Pulai Ria 8 ke Jalan Pulai Ria 10 ada la. Follow yang tu jumpanya perumahan. Terpaksa pusing2 sendiri. Dalam duk pusing2 tu jumpa Restoran Jom Steamboat. Ha senang la nanti nak pekena steamboat kat sini nanti. Tapi malam ni nak jugak ikan bakar petai dan tomyam kelapa muda tu. Rupanya kat jalan besar je, sebelah je dengan Jalan Pulai Ria 1. Pelik, macam mana Jalan Pulai Ria 9 boleh sesat kat sini.

Dah jumpa restoran tu, menu pertama mestilah ikan bakar petai. Boleh pilih nak ikan apa, dan Ainn pilih ikan siakap. Walaupon yang dapatnya tak seperti yang diilustrasikan, *petai tu dalam 5bijik je yang ditabur, berbanding yang diilustrasikan banyak petai yang ditabur* tapi rasanya sangat sedap. Bahan perapan tu dikisar halus, takde rasa tekstur yang tak lumat. Semuanya dikisar lumat. Dan rasanya secukup rasa.

Untuk makan berdua sebelah ikan je dah cukup. Nasib baik ada kesempatan share rezeki ni dengan sekor kucing yang tiba2 datang menempel kat meja kitorang. Macam tahu2 je ada lauk yang tak habis. Bila ikan dah habis kucing tu terus berlalu tak tahu pergi mana. Hah sekali lagi macam tahu2 je ikan dah habis kan.

Ini pulak menu yang tak tahan sangat nak cuba tu. Tomyam kelapa muda! Bukan tomyam yang dimasak pastu dihidangkan dalam kelapa muda ni semata2 tau. Mengikut owner restoran ni diorang masak tomyam tu sekali dengan air kelapa dan isi2nya! Dan semestinya menggunakan resipi rahsia turun temurun.

Mungkin sebab guna isi kelapa so warnanya muda la sikit berbanding warna tomyam biasa. Walaupon warnanya agak cair tapi rasanya sangat wallaa, marvelous!! Habis kitorang makan, dengan kuah2 nya sekali licin. Isinya macam tomyam campur; ketam, udang, sotong, ayam.

Alhamdulillah kenyang makan. Puas hati dengan rasanya untuk semua menu yang kitorang pilih. Hubby pon takde complaint apa2, nak2 pulak selalunya tang air la selalu dia complaint.

Ainn bajet rm70 untuk makan malam tadi. Bila nak bayar, untuk 2pinggan nasi putih + siakap bakar petai + tomyam kelapa muda + kailan ikan masin + telur dadar + tembikai ais + tembikai laici ais = rm68. Siap ada balance rm2 lagi. Hihi. Oke, next week kita try pekena Jom Steamboat pulak ya. Inshaa Allah kalau ada rezeki.

Friday, August 26, 2016

Tenangkan Fikiran Dengan Air

Malam tadi hubby keluar. Tak tahu nak ke mana, ikut aje lah. Dan macam biasa dalam kereta tu la duk berteka-teki nak pergi mana. Susahnya bila keluar tapi tak tahu arah tuju.

Sampai kat Dataran Mahkota hubby singgah situ. Rasanya tulah tempat terdekat untuk lepak.

Cantik kan tempat ni. Siap dengan air pancut warna warni lagi. Tenang je bila dapat dengar air macam ni. Kan best kalau kat rumah sendiri pon ada macam ni. Tapi takde lah air pancut ni, nak kena space yang luas la pulak. Dapat yang kat dinding tu pon dah oke. Bila nak lepak kat luar je on air dan lampu. Kalau taknak lepak letrik tu pon nak kena save jugak. Hihi.

Dan yang bestnya malam tadi ramai sangat orang. Walaupon kitorang pergi pon dah lewat still ramai yang baru datang lepas2 tu. Ramainya yang bawak family la. Esoknya kan cuti, hari2 macam ni la tak nak lepaskan peluang bersama anak2 dan pasangan.

 Hihihi suka jugak tengok lampu yang bertukar2 warna.

 Dan juga air pancut yang tengah kecik tu berjoget2 kiri dan kanan.

Haa masa bagitau hubby nak buat air terjun dinding lebih kurang macam ni dia macam tak paham. Ainn nak search kat google nak tunjuk dia tak kasi. No gadget! Setakat nak search gambar tu kat rumah pon boleh. Siap cakap lagi, 'tengok orang sebelah tu. Seronok ke keluar gitu?' Hurmm ye lah, mak ayah masing2 dok pegang hp, anak sorang duk atas riba mak, sorang lagi anak duk sebelah mak. Takde borak takde apa. Masing2 diam je. Terpaksa la tunggu balik rumah dulu baru search kat google tunjukkan gambar ni. Inshaa Allah ada rezeki boleh buat air terjun dinding ni.


Thursday, August 25, 2016

Usaha Menghilangkan Bau Busuk Dalam Kereta

Pening kepala bila pikirkan bau busuk mangosteen. Malam tadi hubby dah letak roti kat bonet dan kat seat belakang. Ingatkan pagi tadi dah oke dah. Nak pergi sekolah tadi kena hidu lagi bau busuknya air sotong tu.

Tadi tanya2 jugak dekat Ima kot2 dia tahu macam mana nak kurangkan bau busuk dalam kereta. Kalau tak boleh hilangkan, dapat kurangkan sikit pon Alhamdulillah rasanya. Ini nak kurangkan bau pon dah pening apa lagi nak hilangkan bau tu.

Kebetulan tadi cuaca panas, hubby 'jemur' mangosteen. Bukak pintu tu luas2. Hasilnya, tetap jugak hampeh! Sedih :'(

Hubby suggested beli je kopi. Tapi kena beli banyak2 la. Letak kat bonet dan seat belakang. Oke kita try teknik ni dulu ya. Kalau tak jadik jugak tak tahu nak cakap la macam mana kuasa bau encik sotong tu. Nanti Ainn update apa akan jadi. Oke daaa...

Wednesday, August 24, 2016

Petua Mengatasi Bau Busuk Dalam Kereta; Senang dan Jimat

Sakan berbelanja kat Pasar Borong Pandan malam tadi. Alang2 dah ke pasar borong tu memang kena borong la. Borong untuk makan berdua banyak mana aje. Setakat udang sekilo, sotong sekilo, ayam sekor, ikan siakap 2ekor, ikan kembong setengah kilo, ikan selar 2kilo, selebihnya sayur2. Cukup la tu stok sebelom balik kampong, nak makan berdua je kot.

Ainn ni pulak kalau nak belanja barang2 dapur tak pernah pon nak bawak bekas ke apa untuk letak lauk2 basah tu, apa lagi nak bawak tong putih yang letak ikan tu. Sebabnya masa dapatkan mangosteen ni dapat free gift car tray yang letak kat bonet tu. Sebab tu la Ainn senang2 je malas nak bawak bekas apa even kalau nak belanja barang basah. Lapik aje dengan tray tu.

Malam tadi tak cukup dengan lauk2 basah tu, hubby singgah beli durian pulak. Beli yang murah2 je, 5bijik rm20. Tapi kitorang dapat 6bijik. Bayangkanlah macam2 lauk basah tu, bercampur pulak dengan durian. Tak tahu macam mana dah bau busuknya.

Sampai malam tadi dah lewat malam. Tak sempat nak keluarkan tray tu. Sempat la bau2 tu merebak kat dalam kereta kecik tu. Nak pergi sekolah pagi tadi baunya yang amat. Lebih kepada bau busuk sotong.

Balik tengahari tadi hubby dah siap cuci tray tu. Dia cakap air sotong banyak kat tray tu. No wonder la pagi tadi dok bau busuk sotong. Tapi setakat cuci tray je mana nak hilang bau yang dah melekat kat dalam kereta tu. Hubby dah spray dengan fabreze dah pon bau fabreze tu boleh kalah dengan bau sotong tu. Mana taknya, sotong tu bergabung baunya dengan lauk2 lain, dengan durian lagi. Kalah la fabreze.

Bila dah sampai tahap ni nak kena guna petua orang2 dulu la. Yang semestinya lebih senang, dan lebih jimat. Segala macam bau akan terserap. Ainn tahu 2cara je. Mungkin ada banyak lagi petua lain yang lebih mudah dan lebih jimat

Yang pertama guna serbuk kopi. Kena guna bekas la, takkan nak tabur kopi dalam kereta pulak. Tak pon bukak je plastik kopi tu letak gitu je. Letak kat tempat yang ada banyak bau. Bila dah baunya melampau macam ni banyak sikit la nak kena guna serbuk kopi tu. Kalau nak simpan terus kopi dalam tu pon boleh. Kalau takot kopi tu tumpah letakkan dalam bekas bertutup, lepas tu buatkan lubang2 kecik pada penutup supaya serbuk kopi boleh menyerap bau2 tu.

Cara kedua pulak dengan guna roti. Letak je roti kat dalam kereta. Guna roti kosong ya, bukan roti yang ada krim. Kalau guna roti ni rasanya tak boleh nak letak lama2 macam kopi, takot jadi perhatian semut pulak. Cara ni Ainn tak pernah try pon. Nampak gaya hari ni kena cuba petua ni la pulak sebab serbuk kopi takde, kebetulan pagi tadi beli roti kat sekolah.

Kalau yang jenis suka ada pewangi dalam kereta tak boleh la nak letakkan bahan ni lama2. Nanti bau wangi tu pon kena serap jugak. Rugi je beli pewangi mahal2.

Ringkas, Mudah & Selesa Dengan Leanen Comfy (Instant Shawl)

Bukan senang sebenarnya nak tonton Go Shop kat tv. Kalau nak tengok hubby tidur bukak la channel tu. Lagi pon hubby cakap kalau setakat nak shopping boleh jenguk2 via internet kan. So kenapa susah2 nak tengok kat tv? Boleh tengok cite lain daripada Go Shop tu.

Tak tahulah kenapa hari tu dapat tengok diorang duk iklankan pasal tudung Leanen Comfy ni. Tertarik jugak la, bila mengenangkan lepas ni nak kena duduk rumah mertua. Takkan nak kenakan shawl yang stylo milo tu memanjang.

Yang buat Ainn tertarik, selain daripada rebat diskaun sebanyak 60% tu, Ainn suka sangat bila Shakirin *betol ke tak ejaan namanya ni?* kata tak perlu pakai anak tudung. So far 5kali balik rumah mertua memang tak selesa bila pakai tudung tapi tak pakai anak tudung. Rambut asyik nak terkeluar je. Bila pakai anak tudung pulak rambut berbau sebab asyik terperap je walaupon basah.

Satu lagi sebab tudung Leanen Comfy ni labuh. Senang la nanti nak perah susu ke, nak nyusukan baby ke. Takde lah nak terperap kat bilik je semata2 nak buat 2kerja ni. Maklumlah kat rumah mertua Ainn tu ramai lelaki, Ainn pulak tak biasa dengan lelaki. Adik beradik Ainn dah la 3orang je, semua perempuan pulak tu. Adik beradik hubby pulak ramai, ada 5orang lelaki perempuan 4orang. Yang perempuannya tinggal sorang je lagi yang belom kahwin. Bayangkan berapa ramai lelaki kat rumah tu, dengan anak buahnya lagi.

1 je yang buat Ainn risau. Sebab material kainnya dibuat dengan kain yang buat t shirt. Memang la kain tu akan buat rasa selesa, tapi takot warnanya mudah luntur. Nanti karang baru pakai 2,3 kali dah nampak macam tudung lama. Paling risau kot2 basuhan pertama je dah meluntur, macam ada 1 jenama t shirt muslimah yang Ainn pernah beli. Tapi tawakkal je la. Harap2 material kainnya tu betul2 berkualiti.

Dengan izin hubby dapat jugak Ainn dapatkan tudung Leanen Comfy ni, walaupon baru je rembat 'Naelofar Hijab' 10helai. Hihihi nasib baik alasan Ainn nak sedekahkan tudung bawal tu kat orang je diterima. Ye la setakat tudung bidang 45" tu ngam2 je la tutup dada. Kalau nak dilabuhkan kena jadikan bahagian dalam tu kecik je. Dah la tudung bawal nipis.

Walaupon hubby dah izinkan tetap kena bebel jugak la, sebab tak menyempat nakkan tudung Leanen Comfy ni. Dengan line internet yang macam siput, nak jugak place order time tu. Melibatkan akaun bank pulak tu. Paham2 la macam mana bila internet corrupt, tak ke bahaya. Nasib baik berjaya jugak place order petang tu.

Yang bestnya shopping kat Go Shop ni delivery dia memang terbaik. Walaupon dah petang, dah lebih pukul 5 kot Ainn place order, tengahari esoknya dah sampai dah. Tak payah nak tunggu lama2. Bagus la untuk customer yang jenis tak penyabar macam Ainn ni.

6helai tudung Leanen Comfy, dengan harga rm20++ sehelai. Lupa pulak berapa harga untuk set 6helai ni, sama ada rm129 atau rm139. Dan tanpa kos penghantaran.

Dah seminggu ain kenakan tudung Leanen Comfy ni. Tudungnya ringkas je, dah siap jahit dah. Jenis instant shawl 2muka. Tinggal nak sarung je. Tak payah nak guna pin bagai. Mudah je. Dengan 2kali sarung je dah siap. Hubby pon tak mengeluh nak bersiap lama2. Kita pulak yang nak kena tunggu dia. Nasib baik tunggu sarungkan baju je, takde la lama nak kena tunggu.

Dan semestinya selesa. Sebabnya kalau nak cepat sangat tak payah pakai anak tudung pon takpe. Kalau rambut belom kering sepenuhnya tak payah paksa nak sanggulkan jugak, just ikat je pon takpe sebab tudungnya labuh. Dan kainnya terletak elok je. Kalau tak nak labuh tak payah pin pon takpe. Kerisauan Ainn takot warnanya pudar pon so far seminggu ni takde pon :-)

Apa Terjadi Selepas 7Bulan Terima Rawatan di Sinar Permata

Sejak dah kahwin ni makan dah tak pantang macam dulu. Belasah je nak makan apa. Udang, ketam, ikan bilis, budu, semuanya makan. Beli ayam sekor pastu simpan lama2 kat ice box. Dah takde maknanya dah beli bahagian ayam seketul2, sebab nakkan ayam segar.

Yang bestnya, sebab badan asyik panas aje memanjang, kipas dah boleh on sampai nombor3! Dalam kete pon boleh on aircond siap hadap ke muka lagi!! Dan dah tak payah risau kalau hari cuti malas nak mandi pagi. Hihihi.

Selalu duk bagitau hubby 'fakta' yang Achik bagi, hormon dah bertukar! Ya, kalau dulu Ainn kena pantang semua tu sebab mengalami masalah resdung yang teruk. Siap dapatkan rawatan kat pakar ENT lagi. Tapi sampai bila nak bergantung dengan ubat kan? Lagi pon Ainn pernah baca nasal spray yang doktor bekalkan tu sebenarnya tak bagus, sebab ia akan buat lendir2 resdung tu kering dan stay je kat situ. Sebaiknya lendir resdung tu dibuang.

Kurang seminggu sebelom kahwin Ainn pernah cuba rawatan resdung kat Sinar Permata. Dan Ainn pernah share pengalaman rawatan kat Sinar Permata, yang bagi Ainn 'memeritkan' tu. Jadi bila masalah resdung yang banyak sangat nak kena pantang tu dah takde, tak boleh nak ambik 100% fakta bertukar hormon Achik tu.

Sehinggalah 2,3hari ni Ainn perasankan sedikit perubahan. Ainn dah tak boleh berlama2 dalam aircond macam dulu. Akan rasa tak selesa pada pernafasan dan kepala rasa lain macam. Cuma so far takde lagi bersin2 kalau makan seafood atau ayam yang disimpan.

Mulalah terpikir, mungkin jugak ni kesan daripada rawatan kat Sinar Permata. Kalau betol ini kesan positifnya memang berbaloi la buat rawatan situ. Dah la harganya sangat2 murah, rm50je! Pulak tu dah lebih 7bulan kot Ainn buat rawatan kat situ, dengan takde pantang takde makan ubat atau any supplements, tanda2 alahan resdung tu baru nak acah2 jengah je.

Bila bagitau hubby seeloknya nak buat lagi sekali la rawatan kat Sinar Permata ni. Tapi bila ingat balik azabnya nak kena tanggung lepas rawatan tu macam dah serik. Tapi bila pikir dari sudut positif, azabnya tu dalam sehari ke 2hari je, selebihnya ni hah 7bulan Ainn dapat menikmati hidup tanpa banyak pantang. Bak kata hubby, try servis Sinar Permata Bandar Baru Uda pulak.

Persoalannya:
1. Kat Bandar Baru Uda tu kat mana tempatnya? Nak kena jelajah dulu la. Nak senang lagi bukak je laman web Permata Hijrah sendiri.
2. Kalau pregnant boleh ke buat rawatan tu? Haa ni lagi satu nak kena bercinta kat laman web tu. Tak pon bermanja dengan Abang Google.

Monday, August 22, 2016

Sebulan Bersamaan 4 Minggu?

Sejak di bangku sekolah kita diajar:
Seminit = 60saat
Sejam = 60minit
Sehari = 24jam
Seminggu = 7hari
Setahun = 12bulan
Setahun = 365hari (bukan tahun lompat)

Yang terbaru Ainn 'belajar' sebulan = 4minggu!!

Is it? Boleh ke kita kira 4minggu tu sebulan? Atau sebaliknya, sebulan tu 4minggu? Jawapan Ainn: ya, boleh. Boleh jika bulan itu bulan Februari (bukan tahun lompat).

Kenapa? Sebab bulan Februari kan ada 28hari je. 28hari = 4minggu. So bolehlah dikatakan 4minggu = sebulan. Kalau tahun lompat tak bolehlah, sebab dah jadi 29hari untuk bulan Februari tahun tu.

Yang peliknya, kenapa kebanyakan orang yang Ainn dok sembang2 pasal pregnancy diorang kira sebulan = 4minggu, atau 4minggu = sebulan? Termasuk jugak nurse dan doktor! Ini yang buat Ainn keliru nak jawab persoalan kandungan Ainn dah berapa bulan.

Kalau mak2 kita yang kira macam tu Ainn boleh terima jugak. Walaupon agak terkejut pada mulanya Ainn dengar cerita ibu mengandung 10bulan. Tapi ni zaman Ainn sekolah dulu. Nak jugak pertikai kat sekolah cikgu ajar average wanita pregnant 280hari, means tak sampai pon 10bulan. Kalau sebulan tu ada 30hari baru 9bulan 10hari. Tapi ada jugak bulan2 yang ada 31hari. Ye la kalau ikut formula 4minggu = sebulan, tak salah la kan kalau diorang kira 40minggu = 10bulan. Ainn pon tak nak lah gaduh ngan makcik2 pasal ni, so diamkan aje la.

Pengalaman Ainn admid ward pada 26 Julai lepas pon sama, buat Ainn confuse. Masa tu kandungan Ainn dah 32minggu. Masa nak register kat kaunter saringan, staff kat situ refer kat nurse sebab Ainn pregnant. Then nurse tu tanya dah berapa bulan, Ainn jawab je la 7bulan *kalau ikut last period Ainn is on 16 Disember. So 16 Disember 2015 - 26 Julai 2016 = 7bulan++*. Dia cakap kat situ *bahagian emergency* tak boleh terima kalau 7bulan. Kat situ hanya terima kalau dah 32minggu. 7bulan baru 28minggu, katanya. Terus dia refer ke wad bersalin. Kat sini dah bermulanya kekeliruan pasal pengiraan bulan ni. Takkan ada extra 10hari pon dah dikira sebulan kot?!

Then lepas tu mak mertua dan adik ipar Ainn datang. Borak2 pasal baby, then adik ipar Ainn cerita la nanti doktor akan scan lagi sekali bila kandungan dah 8bulan. Pelik dah kat sini, sebabnya Ainn dah ada appointment dengan doktor untuk scan 2,3 hari lagi. Ikutkan masa tu baru 32weeks++. Dan kandungan Ainn pon baru 7bulan++.

Dan bila jumpa doktor sendiri. Masa tengah scan tu, dengan kandungan 32weeks++ doktor tu sendiri cakap kena scan sebab kandungan dah capai 8bulan! Bulan Julai belom habis pon lagi, apa lagi nak masuk bulan Ogos. Takkan doktor pon kira 32minggu = 8bulan jugak kot?

Okelah, kalaulah diikut formula yang tidak diajar di sekolah ni *Ainn tak pernah belajar formula ni so Ainn anggap tidak diajar ya*:

Sebulan = 4minggu
Setahun = 12bulan
Then, setahun = 12(bulan) x 4(minggu) = 36minggu

Seminggu = 7hari
Then, setahun = 36(minggu) x 7(hari) = 252 hari

Kalau diikut formula sebulan = 4minggu, so setahun ada 252hari je la. Ke mana perginya 113 hari lagi tu? Cepat tua lah gini. Orang tunggu 365hari baru cukup setahun, tapi ni 252hari dah cukup setahun.

Oke, kita tukar corak pengiraan kita. Kita mulakan dengan formula yang diajar di sekolah.

Setahun = 365hari
Seminghu = 7hari
So setahun = 365(hari)/7(minggu) = 52minggu siap ada balance 1hari

4minggu = sebulan
So 52minggu = 52(minggu)/4(bulan) = 13bulan

Setahu Ainn setahun ada 12bulan je. Kalau dikira 4minggu = sebulan ada 13bulan nih setahun. Bulan apa yek lagi satu?

Konklusinya macam ni lah. Dalam sebulan kan ada 30hari, ada jugak 31hari. Dan kedua2nya lebih dari 28hari(4minggu). So nampak kan sebulan tu ada 4minggu++, kecuali bulan Februari bukan tahun lompat. Tak payahlah kira 4minggu = sebulan atau sebulan = 4minggu, buat orang confuse aje. Kira je ikut tarikh betul2. 

16 Disember 2015 - 15Januari 2016 = 1bulan

Tapi mungkin diorang nak senang kira kot, tu yang kira 4minggu = sebulan. Entahlah, Ainn pulak rasa lagi senang ikut tarikh je daripada ikut minggu. Masing2lah, walaupon macam ada sedikit 'ajaran sesat' kat sini. Huhu

Perkara Yang Merisaukan Apabila Isteri Masak Untuk Suami

Untuk isteri2 seangkatan Ainn, means isteri yang tak pandai masak atau bahasa baik sikit isteri yang dalam proses belajar memasak. Rasanya mesti terfikirkan 2perkara ni tiap kali masak.

1. Suami boleh telan ke makanan ni?
Huh dah nama pon dalam proses belajar masak kan. Semestinya ada ketikanya masakan tu tak menjadi. Kalau setakat tak sedap mungkin boleh diterima, bila perut dah lapar tu belasah je la mana ada. Tapi macam mana kalau langsung tak boleh ditelan? Huhu sendiri pikir la macam mana teruknya masakan tu.

2. Cukup ke makanan ni?
Ini satu lagi masalah. Sama ada kita si isteri ni yang tak reti nak mengagak kuantiti makanan tu atau bahan yang ada hanya sebanyak itu aje. Kalau disebabkan kuantiti bahan yang tak cukup memang tak boleh nak salahkan isteri 100% lah kan. Kalau isteri yang tak tahu nak agak kuantiti makanan tu cukup ke tak itu yang jadi masalah. Takkan tak tahu suami selalunya makan banyaknya macam mana. Melainkan suami makan tak menentu, kadang2 makan sikit kadang2 makan banyak. Tapi yang bestnya bila makanan tu tak cukup sebab isteri masak sedap sangat. Kenapa? Ingat orang yang dalam proses belajar masak ni tak pernah masak sedap ke? Boleh jadi lebih sedap daripada yang dah pro oke :-P

Pujian Atau Kejian Yang Patut Diberikan Kepada Anak Muda Ini?

Malam tadi hubby ajak keluar ngeteh. Kat rumah memang boring, tinggal berdua je. Walaupon dah lewat, jam dah menunjukkan pukul 10.45pm and I need to wake up earlier tomorrow, layankan je la. Bukan selalu hubby ajak keluar ngeteh macam ni.

Ingatkan nak pergi Tomyam Ramai2 je, kat situ ada stall sate. Sambil2 boleh la order sate. Biasalah my hubby dah nak sampai pon plan masih boleh diubah. Ajak pergi kedai mamak hari tu pulak. Alasannya kat situ ada stall burger sedap dan sate.

Dipendekkan cerita, sambil2 duk tunggu order Ainn perhatikan aje gelagat orang sekeliling. Dan yang menariknya ada sorang anak muda ni tengah lap meja sebelah meja Ainn dan hubby duduk. Anak muda ni dalam belasan tahun mungkin baru habis sekolah, atau boleh jadi awal 20an.

Sebelom tu meja tu ada sepasang Chinese makan kat situ. Mungkin kuah sate yang diorang makan tertumpah. Mungkin jugak kuah tu dah kering. Nampak dia berusaha menyental meja tu, bukan lap biasa. Kagum sangat dengan cara dia buat kerja.

Baru je nak puji perlakuan dia *dalam hati dari tadi lagi sangat impress*, baru je cuit tangan hubby nak cerita. Tup2 dia buang tisu2 yang dia gunakan untuk sental meja tadi macam tu je? Campak je kat tengah2 antara meja tu dengan meja sebelahnya, yang sah2 ada customers.

Tak suka! Tak suka! Tak suka! Ainn memang tak suka orang suka buang sampah merata macam tu. Kalau rumah sendiri suka hati la nak campak sampah tu kat mana2 pon. Ni restoran kot, tempat orang ramai!! Tak jadi nak puji mamat nih. Huh!

Bila cerita kat hubby, tak tahu nak puji ke nak keji perbuatan dia tu. Senang macam ni lah, perbuatan dia membersihkan meja tu dengan baik patut dipuji. Perbuatan dia yang buang sampah merata tu sama2 la kita doakan dia mengubah sikap macam tu jadi lebih baik. Peringatan untuk diri sendiri jugak ;-)

Friday, August 19, 2016

Asam Pedas Claypot @ Indahpura

Ingatkan nak makan tengahari asam pedas claypot ni. Balik sekolah hubby dah siap masak untuk makan tengahari. Bersusah payah dia masak guna rice cooker sebab gas dah habis. Sorry ye syg sy betol2 tak ingat nak col abang gas. Syg pon tak ingatkan sy pon.

Asam Pedas Claypot ni bukan nama menu semata, memang nama restoran ni pon Asam Pedas Claypot. Letaknya di Indahpura, di antara TM Point dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kiranya restoran ni masih baru lagi. Ainn tahu pasal restoran ni pon kat group Khas Penduduk Kulaijaya la.

 Menu pilihan kami. Ainn pilih asam pedas, sayur dan telur tu hubby la yang nak. Pastu nak komplen pulak kailan tu bukan kailan ikan masin. Dah memang kat menu tu pon dia buat kailan goreng je, tak cakap pon goreng belacan ke goreng kicap ke.

 Asam pedas telur ikan mayong. Rm10. Sedap! Kepekatan kuahnya tu Ainn suka.

Ni pulak asam pedas ikan siakap. Ainn pilih bahagian kepala, so harganya RM13. Kalau nak bahagian badan RM10 aje. Kuah ni cair sikit berbanding kuah telur ikan mayong tadi, dan ada extra minyak. Terbantut jugak la nak hirup kuahnya. Huhu.

 Nasi boleh pilih sama ada nak nasi putih aje atau nak nasi set. Nasi set macam ni lah, siap dengan hirisan timun, telur asin dan sambal belacan.

 Air dalam jar siap dengan nama restoran lagi. Cute je ;-)

Kalau yang tak suka asam pedas boleh jugak nak order masakan panas. Alang2 kat restoran asam pedas ni macam rugi pulak kalau order masakan panas lain. Semestinyalah menu special restoran ni asam pedas. Kalau nak pergi lain kali nak try masakan asam pedas lauk lain pulak. Hihi.

Baliknya sempat pusing beli durian murah dekat dengan Shell depan Risda Kulai yang ramai duk ceritakan kat group tu. Macam2 harga ada. Ada yang 3biji RM10, 3biji RM20, sebiji RM10, dan seterusnya ikut gred. Beli sebiji je untuk 2orang makan.

Oke, itu cerita semalam. Yang tak bestnya restoran tu tak sediakan skrin untuk tonton aksi terjunan kat Olympic. Sempat tengok pusingan akhir je, tu pon sebab balik awal. Malam ni takde keluar mana2 boleh la tengok Chong Wei vs Lin Dan semi final ni. Sengit pulak pusingan ke3 ni. Tengok je la sape yang menang.

Thursday, August 18, 2016

Hawaiian Burger vs Awesome Burger @ Bandar Putra Kulai

Plan nak makan kat Jom Steamboat tertangguh lagi. Gara2 tengok iklan kat group Khas Penduduk Kulaijaya. Terliur pulak tengok cheese kat burger tu. Main ngan cheese ni memang tak tahan.

Tak susah nak cari stall burger ni. Letaknya depan Restoran Arafa, dekat dengan simpang traffic light IOI Mall. Kalau tak perasankan Restoran Arafa tu dari jauh dah nampak dah Metal House, Restoran Arafa sebelah tu je.

Hubby punya, Beef Awesome Burger. Ada baked beans. Ada seketul jatuh. Hihi.

 Ainn punya Beef Hawaiian Burger, ada nenas. Tak nampak nenas tu dah kena kapit ngan roti.

Dua2 burger ni limited editon punya tau. Sehingga 28th August ni je. Lepas tu tak tahulah Ben Burger ni nak buat apa pulak untuk limited edition burger kat stall dia ni.

 Ainn pilih lepak makan kat situ, rasa macam tak feel pulak kalau main tapau ni. Kiranya tumpang makan kat Restoran Arafa. Ingatkan restoran Melayu, Mamak punya rupanya. Lepas order duduk je meja mana yang kita nak nanti pandai2 dia cari ikut nombor yang dia dah bagi ni.

Sambil2 boleh jugak layan badminton suku akhir tadi. Walaupon skrin tu terlindung sikit dengan tiang letrik tu at least tahu jugak la Chong Wei nak kena 'jumpa' sape semi final nanti. Huu nak duk meja depan tu atau sebelah sana tu abang baju biru tu merokok la pulak. Ni antara yang tak bestnya makan kat luar.

**Esok ajak hubby pekena asam pedas claypot pulak ya :-)

Wednesday, August 17, 2016

Tempat Lepak di Johor Bahru

Dah lama tak keluar jalan2 belah malam. Tak tahu mimpi apa malam tadi hubby ajak keluar. Tapi dia tak tahu nak pergi mana. Mula2 plan nak pergi makan kat Jom Steamboat kat Kangkar Pulai, tapi bila pikir balik macam rugi je nak pergi. Nak pergi makan tempat berbayar ikut kepala macam tu kena la pergi time perut lapar, ye tak? Hubby pulak memang nak pergi lepak je, dan tempat ada jual makanan ringan macam cucuk2 tu.

Mula2 hubby ajak pergi Taman Merdeka. Sabtu lepas Ainn tunjuk kat dia tempat tu. Seingat Ainn Ima pernah cakap takde orang jual2 kat situ. Tapi kalau nak cuba tengok sendiri bolehlah nak pergi. Konon taknak harapan palsu dia chose nak pergi Danga Bay je.

 Konon je la nak pergi Danga Bay, sampai kat Crown Istana Bukit Serene dia masuk ke tempat parking. Cantik view kat situ, siap ada air pancut lagi. Ada la 2, 3pasang couple duk berdating. Ada jugak yang dating ngan family.

Dengan kamera handphone 'mahal' ini yang paling cantik Ainn snap malam tadi. Huh susah betol nak dapatkan gambar crown ni. Tengok orang lain siap dengan kamera dslr lagi. Huhu Ainn main ngan handphone je.

 Ini hasil carian kat Abang Google. Barulah nampak crown tu kan. Cantik!

 Dalam kata taknak pergi, lepas lepak kejap je kat Crown Istana tadi hubby hala ke sini. Inilah Taman Merdeka. Ni gambar masa kelas buat rombongan ke Perpustakaan Awam JB, singgah sini kejap. Woo bersusah payah tau nak cari gambar ni kat galeri. Nampak sangat dah lama.

Tak nampak sangat ek view tu? Ni ha Ainn dah search kat Abang Google. Pergi hari tu cantik tempatnya, siap dengan air pancut lagi. Pagi dan petang ada la orang orang joging. Pergi malam tadi boleh kira dengan jari je berapa orang yang ada. Mungkin sebab weekdays kot. Ada jugak yang buat servis sewa rollerblade, buih sabun, ada jugak yang jual2 makanan ringan. Kitorang lepak situ tak sampai 5minit pon malam tadi, sebab takde angin langsung! Panas gile weh!!!

 Lepas tu Ainn ajak hubby lepak kat sini, Dataran Bandaraya. Pon sama jugak, gambar ihsan daripada Abang Google. Kalau ikutkan jumpa dataran ni dulu sebelom Taman Merdeka. Kat simpang sebelom Hospital Sultanah Aminah ni je tempatnya. Masuk simpang tu pastu masuk simpang lagi sekali kat simpang 3, simpang kiri, depan sikit je baru jumpa Taman Merdeka. Berpusinglah jawabnya nak ke sini.

Nampak tak ada 'TV' besar kat kiri kanan bangunan tu? Ha malam tadi orang Johor ramai berkumpul kat sini tengok perlawanan antara JDT dengan PKNS. Menang besar malam tadi 4-0. Kitorang tak tengok pon, Zaki je duk update kat moment WeChat.

Kat sini pon ada jugak orang jual2. Malam tadi Ainn usha ada yang jual keropok, makanan cucuk2, jajan, jeruk. Dan untuk yang bawak anak2 boleh la sewa basikal, kereta, skooter. Untuk family Ainn suggest lepak kat sini la.

Ada yang cakap kat sinilah pasukan JDT buat latihan bola sepak. Untung nasib datang petang boleh la jumpa diorang. Petang je ke diorang buat latihan tu? Entahlah nak cerita lebih2 pon Ainn sendiri tak tahu. Hihi lagi pon Ainn datang nak lepak, bukannya nak jumpa pemain JDT.

 Ainn ajak hubby pergi dataran tu sebab nak makan steamboat. Kat sinilah terletaknya Medan Steamboat Luton Van. Betul2 sebelah je dengan bangunan atas tadi. Tempat parking pon sama. Banyak lori/van macam ni jual steamboat kat sini. Bukan steamboat je, ada jugak yang jual nasi ayam penyet, nasi ayam, bakso, aneka sup. Rata2nya jual steamboat la. Dah nama pon medan steamboat.

Harga steamboat kat sini sama je. Harganya boleh rujuk pada warna lidi tu. Ada yang harga 50sen, RM1, RM1.50 dan RM2. Kuah boleh pilih sama ada nak kuah sup atau kuah kacang. Dan semestinya hubby nak jugak dia punya otak2 ni. Tak semua gerai ada jual otak2 ni ye. Dan harga otak2 ni sama je dengan tempat lain, 60sen sekeping.

Dah puas lepak sambil makan kena balik la. Dah lewat malam, esoknya kan Ainn kerja. Tapi sempat jugak tu singgah tepi jalan ni lepas buat u turn nak balik Senai. Saje je tengok2 Singapore kat seberang sana. Hahaha. Macam jakun je. Opss!

Tuesday, August 16, 2016

Tanda2 Bersalin

Rasanya ramai yang tahu kot tanda2 nak bersalin ni. Tapi takpe Ainn nak share jugak apa yang nurse dengan Ainn masa check up semalam. Hihi.

Tanda2 nak bersalin ni ada 3tanda. Setiap orang berbeza tanda yang dia rasa.

1. Keluar darah atau cecair kat 'bawah' tu
2. Sakit dalam perut
3. Pecah air ketuban

Yang menariknya Ainn baru tahu air ketuban tu warnanya kelabu!

***Kak Ainn pernah cerita dia sakit pinggang masa nak bersalin. Sakit pinggang tu dalam kategori sakit dalam perut jugak ek?

Wednesday, August 10, 2016

Sup Tulang Percubaan Pertama

Nampak pon macam dah tak menarik. Ini sup tulang percubaan pertama kami suami isteri ;-)

Alkisahnya banyak sangat tulang ada kat rumah. Dekat sekilo jugak hubby beli hari tu. Tak sempat masak habis ma terpaksa balik kampong. Nak kena buat apa dengan tulang2 ni semua? Takkan nak buang kot?

Hubby cadangkan masak sup tulang. Walaupon sama2 tak reti masak, we've no choice. Sebelom masak tadi dia sempat pesan lagi, macam mana pon Ainn kena makan jugak dia masak ni. Ainn on aje lah. Lagipon bab masak ni dia oke sikit la berbanding Ainn.

Dia search resipi kat internet. Tak paham sangat dengan resipi tu merengek ngan Ainn jugak, terpaksa jugak Ainn ringankan tulang tolong dia masak sup tu. Banyak kali baca nak pahamkan resipi tu.

Dalam pada sama2 tak pandai tu akhirnya siap jugak sup untuk makan malam ni. Dan hasilnya? Lecah leweh!! Tak rasa gapo satu!!! Hahaha tawar setawar tawarnya sup tu. Tak tahu kurangnya kat mana.

Kononnya taknak rasa frust la, mungkin akan ada rasa la lepas tabur daun sup + daun bawang + cili dan perah asam limau nanti. Tapi hasilnya? Sama jugak. Cuma ada rasa masam dan pedas sikit la bila hirup kuah tu. Bila gigit dagingnya tetap jugak tak rasa pape.

Tak pelah, ni kan baru 1st trial. Nanti kita try other recipe pulak ya ;-)

Amanah Sebuah Kepercayaan

Wahh percaya betol Kak Ekin kat Ainn ek? Bukan sikit tu nak kena bayar, ratus2 jugak. 10helai tudung tu Ainn borong. Tak transfer pon lagi dah siap pos dah pon. Huh kalau Ainn tak bayar pon tak pe kan? Bendanya sampai jugak.

Memang dah sampai pon, tengahari tadi. Tapi hubby tak perasan kot masa abang posmen tadi sampai. Dah satu kerja nak kena redeem sendiri kat pejabat pos esok.

Kalau ikutkan hati busuk, hati hitam, hati apa lagi ek? Kalau ikut yang jahat2 la kan memang tak payah bayar dah pon. Tapi kena ingat Allah bayar cash tau. Kalau setakat tudung2 tu rosak takpe lagi, dibuatnya kepala ni terbakar macam mana?

Sementara orang percayakan kita jaga kepercayaan tu betul2. Sekali kita dah musnahkan kepercayaan yang diberikan sampai bila2 pon orang dah tak percaya lagi. Jujurlah macam mana pon orang dah tak pandang.

Kak, Ainn dah transfer ye petang tadi. Kalau nak order lagi Ainn roger ya.

Apabila Jep & Shuib Bermadu

Lawak je rasa bila ingat balik mimpi malam tadi. Boleh pulak mimpi berpoligami? Bukan dengan sembarangan orang pulak tu. Dah la kawen serentak!

Nak tahu sape pasangan yang bermadu tu? Jep dengan Shuib! Macam takde orang lain je. Memang kelakar bila ingat balik macam mana masa nikah tu. Jep dengan lawak dia yang selamba tu, Shuib pulak dengan aksi konon2nya serius tu.

Dah pregnant dah pon, baru terpikir 'Bukan ke perempuan tak boleh berpoligami? Kalau jadi jugak perkahwinan yang ke2 tu tak sah kan?' Masa tu frust jugak la, sebab yang dok bermanja2 tu dengan husband ke2. Hahaha. Siap rasa frust weh. Nak buat macam mana karakter 2nd husband tu sebijik macam karakter real husband sekarang ni. Gila tak suka dapat laki macam ni.

Masa tengah bersiap2 nak pergi sekolah pagi tadi sempat cerita kat hubby pasal mimpi tadi. Sebut nama Jep dengan Shuib je dia dah ketawa. Elok sangat la tu Jep dan Shuib bermadu, Ainn pulak jadi Mamat. Cukup geng Sepah Lalalitamplom.

Ini respon my hubby lepas habis cerita kat dia:
"Nasib baik syg nikah 2 tu. Kalau sy jerit *nangis* dah!"

Hahaha dah banyak kali mimpi nangis, jaga2 je memang dah nangis betul. Pernah hubby kejutkan sebab Ainn nangis dalam tidur. Nangis dulu baru terjaga, dari kecik lagi macam ni. Pantang mimpi nangis mesti nangis betul. Hihi.

Tuesday, August 9, 2016

Borak Santai vs Birthday 'Party'

Untuk pertama kalinya Ainn join meeting cikgu2 Kulai yang ada 2manikayu Pengakap. Mungkin jugak ini kali pertama diadakan. Hihihi. Semalam berkumpul kat Bilik Pendidikan Khas SK Senai Utama. Santai2 je, Cikgu Jai pon namakan sebagai 'borak santai' je untuk perjumpaan semalam.

Dah nama pon borak santai, so memang tak formal la. Discuss pasal plan Persatuan Pengakap untuk anak2 syurga kat Kulai ni la. Plan terdekat ni 28September nanti. Huhu Ainn dah cuti bersalin, sedihnya tak boleh join.

Dan untuk penutup sempat lagi celebrate birtday pemimpin2 pengakap Pendidikan Khas Kulai ni yang lahir bulan 8. Tak ramai pon, 4orang je. Alah yang datang semalam pon 16orang je kot.

Ini dia mak2 dan bapak orang yang diraikan. Happy birthday Kak Ju, Kak Marina, Kak Laili dan Hassry. Birthday Kak Marina sama tarikhnya dengan birthday Hassry, lagi 4hari ya. Takpe, celebrate awal2.

Dan inilah kek carrot air tangan Kak Laili. Sedap! Keknya siap ada walnuts lagi. Dan atas tu bukan cream biasa yang orang selalu buat, tu cream cheese ya. Siap ada kelapa lagi. Dihiasi carrots dan 2ekor kumbang.

Yang kat Kulai atau Senai boleh la kalau nak order kek dengan Kak Laili ni. Nak bagi phone number pon Ainn takde. Hihi. Senang nak cari, kat SK Senai Utama la ya.

Pengalam Ditipu KFC Delivery

7bulan hidup sama2 dengan Oren, restoren fast food bukanlah sesuatu yang 'istimewa' baginya. Agak susah untuk menukar selera kampung dia. Ainn pulak sukakan makanan western. Bukanlah dia menolak terus restoran2 ni, cuma agak kekok untuk tekaknya merasa dan diri dia sendiri nak biasakan diri ke tempat2 macam ni. Cuma KFC je la, ayam kan dah sebati dari kecik lagi.

1st Ainn 'ajar' dia dengan Pizza Hut. Malam tu punyalah malas nak masak. Last2 Ainn order pizza je, delivery. Sejak tulah kalau malas masak, dalam masa sama malas nak keluar dia suruh order je, delivery.

Selalunya kalau nak lepak2 kitorang pilih lepak kat McDonalds yang dekat airport senai. Malam2 lepas Isyak ke pergi sana. Kitorang takde la nak pilih waktu lunch treats or dinner treats, time2 macam tu kan ramai orang. Agak kerap jugak kitorang lepak kat sana. Kiranya dine in la ye.

Lepas dine in barulah order untuk take away. Tak kisahlah makan kat mana2 pon. Kalau kat kampung ke, atau kat sini kalau family ada barulah kitorang untuk take away ni. Kalau setakat berdua je tapau mana tak habis je la.

Ainn nak cerita pengalaman kitorang order KFC yang delivery punya.  Dah 2kali terkena, agak serik jugak la nak order lagi. 1st agak dah lama jugak. Pernah order cheezy wedges, tapi yang dapatnya potato wedges.

Dan pengalaman terbaru, 2hari lepas. Oren nak order family set, so pilih la yang set 1. Sepatutnya ada ayam 6ketul, potato wedges, coleslaw, whipped potato & air sebotol. Dan untuk extra Ainn mintak crispy tenders, yang jejari ayam 3keping cicah sour cream tu.

Mungkin sebab tak ramai orang, dah lepas jam 3pm, setengah jam je order dah sampai. Dok sedap menikmati crispy tenders Ainn mintak potato wedges ngan Oren. Huh macam banyak sangat order, cari2 punya cari memang takde pon.

Agaknya dia dah tengok kotak untuk potato wedges tu dah ada, padahal isi dalamnya benda lain. Double check la dik apa yang customers order tu. Kitorang bayar tau. Potato wedges tu memang set dah termasuk harga tu, apa lagi extra order tu pon kitorang bayar tau. Rm5++, boleh beli nasi ambang sebungkus.

Lepas ni tak payah berangan nak delivery lagi lah. Bukannya jauh sangat KFC tu, seberang jalan aje. Yang dekat ni nak delivery. Lepak kat McD, Kenny Rogers, Secret Recipe boleh pulak pergi jauh2. 

Saturday, August 6, 2016

10 'Risiko' Yang Bakal Dihadapi Bila Makan Kat Luar

Apa yang tak bestnya bila makan kat luar?

Baru je rasa nak bermalas2 di hujung minggu. Sekali pergi kedai makan nak breakfast or brunch lain pulak jadinya. Ainn yakin perkara2 ni pernah terjadi kat korang ya. Walaupon tak semua, at least ada la satu tu yang terkena. Dalam banyak2 ni kalau takde jugak kira untung badan lal. Dan ini list yang terjadi pada diri Ainn sendiri.

1. Tak banyak choices
Kat rumah sah2 takde pape sebab dah malas nak masak. Pergi kedai pon sama? Sama ada takde yang kena dengan selera atau banyak menu yang belom siap dimasak lagi, especially lauk makan tengahari la ya. Yang geramnya bila ulam2an dah serve tapi sambal belacan tak siap lagi. Seolah2nya hidang makanan yang belom siap sepenuhnya. Apa salahnya serve sama2 ulam tu dengan sambal belacan.

2. Ada lauk tapi takde nasi
Tengok lauk yang terhidang dah macam2. Dah tak sabar dah ni, tambah pulak perut dah berdendang2 mintak diisi. Sekali nak ambik nasi takde. Bukan ke nasi tu yang lebih utama daripada lauk? Ni diet Atkins ke apa?

3. Layan tak layan
Tak tahu nak layan customers ke tak nak. Bila tanya pape2 or mintak pape lambat betul nak respon. Kalau respon pon lambat betul nak bertindak. Contohnya ambik yang 2nd tadi. Bila ditanya pasal nasi tu, ye la kot2 nasi dah habis ke kan. Boleh je jawab 'ada'. Tapi nak pergi ambik nasi tu punyalah lama. Boleh pulak buat kerja lain dulu sebelom gi ambik nasi tu.

4. 'Dilayan' seperti halimunan
Yang ni lagi teruk. Pernah terkena beberapa bulan lepas kat restoran masakan panas. Bukannya itu kali pertama Ainn makan kat situ. Dari zaman anak dara lagi. Dah kawen ngan Oren pon dah lebih 10kali agaknya kitorang makan kat situ. Tak tahulah apa yang tak kena, kitorang ni dah macam halimunan! Takde sorang pon yang datang kat meja kitorang ambik order. Kalau diorang nak pergi meja lain, sama ada nak ambik order atau nak hantar order diorang lalu je sebelah meja kitorang. Dah panggil pon takde sorang pon yang datang. Betul2 macam halimunan. Agak sabar jugak la malam tu, dalam setengah jam duk gitu kitorang blah je. Bukan rezeki nak makan kat situ. Plan bukan main, macam2 nak order. Sudahnya? Balik masak makan kat rumah la jawabnya.

5. Takde tempat cuci tangan
Kalau makan kat mall mungkin la perkara biasa kalau takde tempat nak cuci tangan. Ini setakat makan kat medan selera dalam taman ni je kot, pon tak disediakan tempat cuci tangan jugak ke? Kot ye pon tak nak letak sinki, apa salahnya sediakan bekas cuci tangan macam dalam teko tu. Kalau kedai2 lain boleh buat takkan makcik tak boleh buat kot. Nak harapkan tempat cuci tangan yang disediakan terpaksa menapak lalu kot 4-5kedai lain dulu. Kedai yang duk sebelah tempat cuci tangan tu pon boleh sediakan. Susah bila orang kampung yang dah biasa makan ngan tangan ni tiba2 nak kena makan pakai sudu pulak.

6. Tak tahu apa yang customers order
Bila nak bayar boleh pulak dia tanya tadi makan apa? Masa ambik order tadi bukan main tulis. Dah pass kat tukang masak terus buang ke list order tadi? Tak pon buat la copy, bukan banyak pon nak kena tulis. Pastu tulis besar2 nombor meja, kalau takot salah menu

7. Order lain dapat lain
Ni pon kadang2 boleh jadi angin jugak. Nak2 pulak bila perut tengah lapar. Lain yang diorder lain pulak yang dapat. Selalunya Oren la yang terkena. Bila order telur dadar tiap kali tu la Ainn takkan lupa nak bagitau nak telur dadar kosong, takde bawang. Tapi yang dapatnya tetap jugak ada bawang. Dah la nak panggil mintak tukar yang lain bukan main susah. Pengalaman Ainn pulak pernah order tomyam campur, mintak letak sayur. Sekali dapat tomyam sayur je. Lauk2 lain sume takde. Alahai..

8. Meja kotor
Tak tahulah nak cakap macam mana. Nak kata customers ramai sangat sampai tak sempat nak kemas meja macam takde la betul2 penuh kedai tu. Kedai yang sampai customers kena tunggu turn nak meja pon kejap je diorang bersihkan meja, macam mana kedai yang banyak meja kosong nih tak boleh kemas siap2 ek. Kot ye pon tak sempat nak kemas bila diorang dah siap/dah blah dah masuk customers baru ni bersihkan la dulu meja tu sebelom ambik order. Tak cukup dengan tu angkut pinggan gelas je. Kuah2 yang tumpah nak kena mintak lap dulu baru nak lap. Haish tak jaga kebersihan langsung!

9. Ada dalam list menu je
Rasanya ni trick peniaga kot. Kat list menu tu macam2 menu yang menarik ada. Bila mintak je asyik takde. Aii takkan tiap2 hari takde kot. List tu untuk tarik orang datang kedai tu je ke? Ye lah kadang2 kita pergi kedai tu sebab nakkan menu yang tu je. Tapi bila dah takde terpaksa la kita order menu lain. Kan untung tokey kedai tu.

10. Makanan tak sedap
Yang ni susah sikit nak paham. Diorang tak sedar ke diorang masak tu tak sedap? Inilah yang Abang Omar pernah cakap, 'Bezanya orang yang masak sebab nak bagi orang makan dengan orang yang masak sebab nak untung dalam bisnes'. Bak kata Elynn, 'Kita bayar kot. Apa salahnya masak betol2. Takpe lah mahal sikit pon daripada bayar murah tapi langsung tak boleh telan.'

Friday, August 5, 2016

Surprise Planner

Apa perasaan korang bila tengah syok borak2 tiba ada yang datang wish 'Happy Birthday ****. Surprise!' Dan orang tu siap bawak belon dan bunga lagi. Tak pon bawak coklat ke, apa ke.

Ini yang Ainn nak share. Bukannya Ainn yang dapat surprise tu, bukan jugak Ainn yang plan. Ainn ngan Oren sama2 tak romantik, tak pernah terpikir pon nak buat macam tu.

Last week kitorang 'lepak' kat Secret Recipe kat Aeon Mall Kulai. Belakang meja kitorang ada sorang awek tengah minum sorang2. Tak lama lepas tu datang sorang mamat duduk depan dia, dan borak2.

Nothing special pon pasal diorang. Ainn borak je la ngan Oren macam biasa, sambil2 makan. Yang interestingnya, yang buat kitorang mengalihkan perhatian kat pasangan tadi bila tiba2 datang 2orang aweks ke meja tu dan wish 'Happy birthday En. Zulhilmi!' Mamat tu la Zulhilmi, tak perlu dipersoalkan yang tu. Rupanya awek/tunang dia dah plan surprise kat dia on his birthday! Dengan bantuan 2orang aweks tadi la.

Walaupon nothing drama was happened, mungkin atas permintaan customer, at least mamat tu speechless jugak la ya. Tu yang Ainn dengar dari mulut mamat tu sendiri oke. Bukan pandai2 Ainn je cakap macam tu.

Mungkin atas permintaan customer tadi jugak, atau mungkin jugak nak jaga privacy diorang aweks tu takde la berlama2 kat situ, apa lagi nak 'lepak' sama. Rasanya hasil perbincangan bersama la ye nak buat apa masa kejadian tu.

Sebagai 'jiran' terdekat kitorang dapat 'hadiah' ni. Oh Magic Team rupanya aweks ni. Ha kalau ada rasa nak buat surprise kat pasangan ke kat family ke kat kawan2 ke bolehlah hubungi Oh Magic Team ni ya, ikut je kat kad kat atas tu. Oh line internet slow eh, tak boleh bukak. Takpe Ainn copy ya.

Surprise planner ni namanya Hanieza. Boleh contact dia via phone 0167434401. Facebooknya Miss Hanieza. Instagram pulak Oh Magic Team. Sorry ye kalau linknya tu tak betol. Almaklum Ainn takde dua2 akaun ni. Huhuhu.

So penduduk Kulai, kalau masih mencari party planner ke, nak buat macam kakak yang Ainn cerita tadi ke, tak pon nak buat special delivery suami kat tempat kerja isteri penat2 buat kerja rumah tup2 ada orang datang rumah bagi special gift ke, nak deco untuk party ke, nak buat belon yang tegak naik ke atas tu ke, tak pon nak banquet coklat, bunga, buah, cepat2 la contact Miss Hanieza ni ya. Apa2 nak tahu kena tanya dia la ya, jangan tanya Ainn pulak. Discuss macam mana nak buat, inshaa Allah apa yang diimpikan terlaksana.

Nasi Kerabu, Mahalnya Bunga Kantan!

Apa yang sedapnya nasi kerabu? Dengan ulam2an yang pelbagai, ada macam2 jenis 'kuah', lauk pon boleh pilih2. Ada yang kata mesti nak kena ada kuah percik. Ada yang kata nak nak kena makan sama2 dengan ikan celup tepung. Ada yang kata mesti nak kena makan sama2 dengan keropok. Ada yang kata tang soloknya tuh, tapi kena guna lada yang dari Kelantan punya la. Ada yang kata nasinya wajib warna biru, kalau tak dapat bunganya guna pewarna pon takpe asalkan warnanya biru. Lain orang lain la dia punya citarasa.

Ainn bukannya pandai pon buat nasi kerabu ni, tau makan je. Nak makan beli je kat pasar malam, mesti nak mintak ulam lebih. Lagi banyak jenis ulam yang digunakan lagi sedap. Tak ada lauk pon takpe, asalkan ada ulam banyak, budu, sambal cili dan kelapa goreng *ada sesetengah orang panggil sambal kelapa*. Gaul rata semua ni sedap dimakan begitu sahaja. Cuma kadang2 Ainn mintak jugak telur asin. Hihihi.

Yang nak cite kat sini pasal ulam2an tu je. Ulam apa ye nak kena guna nak buat nasi kerabu ni? Ainn tak arif sangat, kan awal2 lagi Ainn dah bagitau Ainn tak pandai nak buat ni. Tapi Ainn tau jugak la sikit2, berkat mak mertua Ainn bekalkan bulan pose hari tu. Hihihi.

Ma bagi daun kesum, bunga kantan dan serai kayu je. Yang lain2, kacang panjang, timun, kubis tu kitorang beli sendiri la. Kalau dapat taugeh yang segar memang sedap, masa nak patah2kan tu pon dah rasa 'sedap'nya tu.

Kat sini selalu Ainn beli nasi kerabu takde bunga kantan. Kenapa yek? Pernah sekali Ainn merungut kat kawan beli nasi kerabu kat kantin sekolah pon sama jugak, takde bunga kantan. Jawapannya, 'bunga kantan kan mahal!' Mahal ke bunga kantan ni? Kat kampung tanam sendiri je. Jiran2 mintak bagi free je.

Sekali jumpa kat pasaraya, kudup macam ni je, kaler pon pucat lagi. Rm2 sekuntum! Mak aii biar betol harganya nih?

Memang ni lah harganya kat sini. Pssttt kawan Ainn tu tak pernah jumpa pon lagi bunga kantan yang mekar warna merah tu! Opsss...