Bila mengadu kat Kak Ain tangan ni selalu lenguh, kadang2 nak pegang pen pon tak boleh. Nak gosok gigi? Kejap je la, rasanya tak sampai seminit kot. Pastu terus rasa cramp.
Kak Ain cakap mungkin sebab kurang kalsium. Kalsium? Susu la kan? Cheese pon dah lama tak makan, sejak kawen ngan budak kampong yang betol2 kampong nih susah nak makan makanan western macam ni. Aih? Nak salahkan Oren pulak? Boleh aje beli cheese wat makan untuk sendiri, asal jangan bagi dia makan dah la. Yogurt lagi la Ainn sendiri yang tak makan. Memang tak reti nak makan yogurt.
Nak minum susu nak minum susu apa ya?
Mula2 tahu pregnant dulu memang plan nak minum susu ni. Sebelom tau pregnant lagi dah jatuh cinta ngan kandungan susu ni. Bila tau pregnant terus mintak nombor ejen yang Dila beli susu ni. Rupanya kena tunggu kandungan 4bulan dulu baru boleh minum susu ni. Hihi so tak nak la ye lambat sangat nak tunggu 4bulan.
Pastu Dila suggest susu s26 ni pulak. Tak kan nak ikut gitu je kan? Search ngan abam google banyak feedback positif. Yang bestnya sebab rasa vanilla. Yang katanya tekak tak boleh minum susu pon boleh minum susu ni. Lagi pon susu ni boleh bancuh ngan air sejuk. Ainn ni susah sikit bab susu sebab suka minum susu nestle omega plus je. Susu anlene pon boleh minum yang perasa coklat je.
Dah habis setin, dah beli tin kedua tapi tak habis lagi la. Pergi bukak buku merah nurse cakap jangan minum susu ibu mengandung lagi, sebab susu ibu mengandung ada kandungan gula yang tinggi. Mana taknya, bukak buku tu berat Ainn dah 80kg, dah merah dah. Nurse tu cakap kalau nak minum susu ibu mengandung jugak boleh minum anmum je, sebab kandungan gula dalam anmum tak banyak. Ye lah, tukar susu la lepas ni.
Lepas tu nurse tengok sejarah keluarga. Alamak! Mak ada kencing manis! Means Ainn pon berpotensi la ye nak dapat kencing manis jugak. Cancel yang tadi, susu anmum pon tak boleh! Habis tu nak minum susu apa? Minum susu segar je. HL ke, Dutch Lady ke. Tapi tak boleh yang ada perasa macam2 ya. Kena ambik yang perasa asli je. Coklat ke, strawberry ke tak boleh. Alahai ni la masalahnya, kalau susu HL Ainn boleh minum yanh perasa coklat je.
Bila Ainn bagitau kat Oren apa yang nurse cakap dia terus suruh Ainn stop minum susu S26 tu. Tak payah nak ambik risiko! Malam tu jugak pergi Giant beli susu HL. Sebab yang 2L takde beli yang 1L je, beli 2botol. Nanti beli kat Econsave la rasanya lagi murah. Tapi apa jadi? Sebab masa tu Ainn batuk tak boleh minum langsung air sejuk, waima nak pegang gelas yang berisi air sejuk pon sampai batuk2. Masa ni la Ainn kena suspect ada tibi. Nanti Ainn cite kemudian ye pasal ni. Sudahnya sekotak je la yang habis. Sekotak lagi terpaksa la buang sebab dah expired, balik kampong seminggu.
Dah lama tak bercerita pasal susu ibu mengandung, tup2 Dila keluarkan cerita pasal susu untuk ibu mengandung. Almaklum kat bilik Pendidikan Khas ni 4orang ibu menyusu, Ainn ngan Ima dengar aje la. Dila dok cerita pasal Jus Kurma Ajwa ni. Botol kecik je tapi harga dia cecah rm20 sebotol. So diorang semua pakat nak share beli 1carton. Dapat la murah sikit bila beli banyak2.
Dila tanya jugak Ainn kot2 Ainn nak jugak, susu ni pon bagus jugak untuk ibu mengandung. Anak nanti tak kena demam kuning. Entahlah ek, mak mertua Ainn memang suruh makan buah kurma untuk elak anak kena demam kuning. Bukan ke buah kurma lagi bagus berbanding jus kurma? Dila kata jus lagi baik sebab dia dalam bentuk cecair senang nak serap. Ainn pulak pikir kalau jus bukan ke dah campur ngan bahan2 lain? Nak pulak makanan packing, mesti la ada bahan yang diperlukan nak bagi tahan lama kan? Ainn ni cakap ikut pikir logik je, dari sudut saintifiknya tak tau la mana yang betol. Ada betolnya jugak fatwa yang Dila cakap tu.
Dalam pada Dila dok cerita kebaikan Jus Kurma tu Kak Ain pulak menyelit kata Tamar Cocoa pon bagus jugak. Dia minum ni. Rasanya sah2 la sedap, dah namanya koko kan. Dan semestinya jugak ada kurma. Tapi Ainn tetap pilih buah kurma yang dikeringkan tu je. Nak kurma segar dah tak berbuah la pulak pokok kurma kat Kota Bharu tu.
Entah kenapa masa dok cerita kat Oren pasal Jus Kurma Ajwa ngan Tamar Cocoa tu boleh pulak terlintas kat Susu Kambing Wildan ni. Tapi tak sure la pulak sesuai ke tak untuk ibu mengandung. Ainn ingat dulu Kak Atun pernah minum susu ni. Tak bau hamis pon walaupon susu kambing. Ingat dulu pon macam Kak Ain pernah minum jugak susu ni, tapi dia minum yang perasa coklat.
Ada masa tadi Ainn search kat google pasal susu ni. Rupanya susu ni sesuai untuk semua golongan dari usia seawal 1tahun! Warga emas pon boleh minum tau. Termasuk jugak ibu mengandung dan ibu menyusu. Yeayy! Lagi pon susu kambing ni susu kedua terbaik di dunia selepas susu ibu kan. Sunnah nabi tu.
Oren pulak cakap minum je susu yang senang nak dapat. Kalau nak pos bagai ni lambat sampai. Kalau macam tu susu HL la senang dapat, mana2 pasar raya pon ada. Tadi Raudhah cakap masa pregnant dulu pon dia minum susu Wildan ni jugak, beli kat Taman Putra. Tapi nak tengok kat kedai jamu dekat Econsave dulu ada ke tak. Kalau takde alamatnya memang nak kena minum susu HL dulu la sebelom jumpa ejen Wildan yang dekat. Harap2 kat kedai jamu tu ada la.
Ada masa tadi Ainn search kat google pasal susu ni. Rupanya susu ni sesuai untuk semua golongan dari usia seawal 1tahun! Warga emas pon boleh minum tau. Termasuk jugak ibu mengandung dan ibu menyusu. Yeayy! Lagi pon susu kambing ni susu kedua terbaik di dunia selepas susu ibu kan. Sunnah nabi tu.
Oren pulak cakap minum je susu yang senang nak dapat. Kalau nak pos bagai ni lambat sampai. Kalau macam tu susu HL la senang dapat, mana2 pasar raya pon ada. Tadi Raudhah cakap masa pregnant dulu pon dia minum susu Wildan ni jugak, beli kat Taman Putra. Tapi nak tengok kat kedai jamu dekat Econsave dulu ada ke tak. Kalau takde alamatnya memang nak kena minum susu HL dulu la sebelom jumpa ejen Wildan yang dekat. Harap2 kat kedai jamu tu ada la.
No comments:
Post a Comment