Nuffnang Ads

Saturday, April 2, 2016

Menu Pembuka Selera

 Ni je yang dok canang menu pembuka selera? Hihi ni lah selera kami suami isteri. Makan simple macam ni la yang sampai menambah-nambah. Nak pulak makan tu kena ngan nasi panas, ikan goreng pon panas. Ikan rebus goreng tu goreng garing2. Ulam tu pulak semestinya la kena segar. Budu? Mesti la kena pedas. Setakat cili sebijik je mana la cukup  mesti la kena 2bijik. Cili tu pulak kalo potong ngan pisau memang tak berapa nak sangkut. Lenyek2 je ngan tangan. Nak lebih nyangkut? Perah limau kerat lintang. Hahaha limau kerat lintang tu limau apa? Tak tahulah apa nama kalo ikut Bahasa Malaysia, kalo orang Kelantan panggil 'lima kerat lete' la. Ala2 limau purut jugak, tapi bukan limau purut ye. Disebabkan kat sini memang tak pernah jumpa limau tu so makan mana ada je la. Ada jugak yang suka perah limau kasturi, ikut selera masing2 la. Kalo ikutkan selera Ainn taruk jugak hirisan bawang kecik, tapi sebab nak makan sama2 ngan laki yang tak suka bawang tu terpaksa la beralah. Takde bawang pon menambah jugak makannya.

Walaupon kita ni rasa kenyang lagi, bila dah hidang lauk kampong simple ni boleh terliur. Yang elok dah kenyang pon nak makan lagi. Kadang2 tahan jugak, mintak suap 2,3mulut je. Yang banyaknya tak tahan godaan la, makan sama2 lagi syok.

Siapa kata makanan murah tak sedap?

No comments:

Post a Comment