Nuffnang Ads

Tuesday, March 28, 2017

Bila Cikgu Jadi Ancaman, Kelas Bukan Lagi Tempat Selamat

Bila cakap nak bersihkan kelas macam takde apa yang pelik pon. Macam biasalah, sapu lantai, mop lantai, lap tingkap, lap meja, susun atur dalam kelas, hias kelas. Tapi kali ni kita bersihkan kelas ni sebersih2nya. Bukan bersih yang biasa2 tu. Hmm macam mana tu?

Sejak akhir2 ni kelas kitorang bukan lagi tempat selamat. Selamat yang macam mana? Sebelom ni harta benda kitorang boleh je nak letak merata2. Tak perlu nak risaukan apa. Pergi dewan, pergi kantin, handbag tinggal macam tu je. Masuk kelas pon tak bawak handbag. Takde apa pon yang dibawa, mungkin beg duit dan handphone je la yang bernilai.

Bermula dengan handphone Raudhah hilang. Hari tu sibuk dengan roti. Buat roti dari pagi, tengahari baru Raudhah perasan handphonenya hilang. Lupa pulak tu letaknya kat mana. Seingatnya handphone tu letak kat meja makan kat dapur. Macam mana pulak tiba2 boleh hilang? Takkan anak2 ni dah pandai mencuri kot?

Kak Linda cakap dia macam perasan ada handphone Raudhah kat meja dia. Kalau betol kat meja macam tak mustahil je kalau murid aliran perdana dah ambik. Senang je nak masukkan tangan kat celah2 gril tu. Tingkap memang bukak sebab kipas dan aircond kena off. Memang ada sekelompok murid lelaki suka lepak kat belakang kelas kitorang. Selalunya diorang sembang2 je.

Puas try miss call phone number dia. Perempuan yang jawab. Siap cakap omputeh lagi. Hihihi voice mail la tu. Ima try hantar chat kat WhatsApp, senang nanti nak detect kalau tiba2 handphone tu dah on balik. Sebab miss call tadi pon masuk voice mail, chat tu pon dapat 1tick je la.

Walaupon dah suspect sekumpulan murid yang lepak kat belakang kelas yang ambik, sebelom balik tu buat jugak spot check kat murid2 PK ni. Bukan apa, walaupon diorang ni OKU akalnya panjang jugak. Macam biasalah kalau jadi macam ni fokus lebih kepada murid barulah, sebabnya sebelom2 ni tak pernah jadi pon. Tak boleh kira macam jugak. Murid lama pon boleh jadi. Manalah tahun dia rasa sebelom2 ni macam oke je, macam takde pape je, berani je la dia nak buat kerja tu.

Dekat pukul 2 chat yang Ima hantar tadi dah jadi double thicks. Means? Paham2 la ye. Cepat2 Ima calls, hihihi sekali dia reject la. Call lagi sekali dah masuk voicemail dah. Cepat je dia off balik ye handphone tu.

Memanglah setakat handphone je boleh beli yang baru. Cakap senang la, anggap je bukan rezeki. Handphone tu dah la baru beli, banyak pulak tu gambar dan video arwah Fahmi dalam tu. Itu yang buat Raudhah terkilan sangat2 dengan kehilangan tu.

Tak cukup dengan tu lebih kurang seminggu lepas tu duit Raudhah pulak hilang. Raudhah keluarkan duit tu nak mintak Ima belikan wheelchair untuk ayah dia. Tup2 duit tu kurang rm200. Yang peliknya rm200 je yang hilang. Dan duit tu Raudhah kumpulkan dengan nilai wheelchair yang nak dibeli, dan duit tu berlipat. Yang perasannya bila nak bagi duit kat Ima la, baru perasan duitnya tak cukup.

Sebelom tu Kak Linda perasan beg duitnya terkeluar sedikit dari handbagnya. Dan beg duit tu terbukak. Mulanya dia just think positive, lalai sikit kot sebab mengandung. Bila hari tu jugak Raudhah hilang duit rasanya ada kaitan tak beg duit Kak Linda terbukak dengan kehilangan duit Raudhah?

Kak Linda perasan beg duitnya tu terbukak balik daripada bawak murid2 check gigi. Pergi Bilik Kesihatan tu semua murid, cikgu dan PPM pegi, kecuali sorang je. Bila dah jadi macam ni agaknya siapa yang jadi suspect utamanya?

Walaupon hari tu Ainn tak pergi sekolah sebab Aisy demam, bila dah masuk bab hilang duit ni Ainn rasa dah boleh agak siapa. Semestinya orang tu ada masalah kewangan yang sangat kritikal. Tak sangka pulak andaian Ainn tu sebenarnya terkena betul2 kepada dia yang tak ikut pergi Bilik Kesihatan tu.

Esoknya Kak Ain bawak air. Tak tahulah air apa. Katanya air bacaan. Nak takot2kan aje. Tak nak terus tuju kepada dia yang disuspect tu semua kena minum air tu. Tak kira cikgu ke, PPM ke, murid ke, semua! Dan2 lepas tu suspect tu bisik kat Kak Ain, 'Ni air ustaz betol ke ustaz tipu?' Aii takut ke?

Kebetulan Raudhah ada rapat dengan sorang murid aliran perdana yang neneknya boleh tilik. Bukan tilik masa depab, jenis yang boleh nampak. Sayangnya nenek tu tak nampak sangat siapa yang ambik duit tu, tapi yang dia nampak orang tu di kalangan cikgu bukannya murid. Dan orang tu memang tengah ada masalah soal kewangan dan perlu dibantu. Jeng! Jeng! Jeng! Tembakan macam kena je. Dan nenek tu siap cakap, bukan duit yang nak beli wheelchair tu je yang dia ambik, ada lagi duit lain.

Duit apa lagi? Kak Ain teringat duit KEBIRU. Yelah Raudhah kan bendahari KEBIRU untuk sesi pagi. Kira punya kira, ya tak cukup jugak duit tu. Nak tak nak dah jadi tanggungjawab Raudhah la nak kena ganti balik duit tu. Bila dah jadi macam ni pengetua suruh tumpang duit tu kat peti besi sekolah.

Memang kami semua dah maklum yang suspect ni ada masalah kewangan. Yang kami tak boleh terima tu caranya tu yang tak betol. Apa salahnya kalau jumpa personal, cerita perkara sebenar. Cakap je nak pinjam duit. Kalau tak dapat banyak, sikit kitorang pakat2 tolong. Daripada duk buat kerja haram macam ni. Nak buat apa dengan duit tu? Nak beli makanan untuk anak2? Kesian anak2 makan dari sumber yang tak betul. Jadi darah daging pulak tu.

Nangis2 Raudhah duit nak beli wheelchair ayah dia hilang. Bila duit KEBIRU hilang dia redha je, dah tertulis nasib dia macam tu. Salute dengan Raudhah. Macam mana dia redha dengan pemergian Fahmi tahun lepas, setakat ujian kecik ni je apalah sangat bagi dia.

Yang tak boleh terima sangat2 bukannya kata nak jumpa Raudhah personal, nak mintak maaf ke apa. Lepas je kes hilang duit tu sampai sekarang langsung tak bertegur dengan Raudhah. Paling ketara waktu rehat. Kalau Raudhah tak makan dia duduk je kat tempat dia. Suspect tu makan kat kantin. Kalau Raudhah makan kat dapur dia akan makan kat meja dia je. Tak pon tunggu Raudhah siap makan dulu. Apa2 arahan tugasan yang nak bagi kat Raudhah dia mintak orang lain tolong sampaikan. Nampak sangat nak mengelak jumpa Raudhah. Bukan Ainn sorang je yang perasan, yang lain2 pun perasan jugak.

Bila cerita kat hubby dia persoalkan, 'betul ke suspect tu yag ambik duit tu? Kalau bukan dia macam mana? Jangan nak tuduh orang sebarangan.' Bukannya nak tuduh yang, suspect je. At least sy berjaga2 lepas ni. Bukan dengan dia je, dengan semua orang kat kelas ni. Yelah kelas ni bukannya selamat macam dulu sekarang ni.

Monday, March 27, 2017

Puri Si Manja

21hb lepas genap Aisy 6bulan. Tapi ummi abi Aisy sibuk dengan pindah rumah, tertangguh sehari bagi makan kat Aisy. Busy + penat. Yang utamanya umminya ni sebenarnya takut. Tak tahulah kenapa takut nak bagi anak makan. Tengok mommies lain bukan main excited nak suap anak makan, sampai ada yang belom masuk 6bulan dah bagi makan. Ainn ni pulak terbalik. Macam2 yang Ainn pikir. Takot Aisy tak boleh terima makanan tu. Cukup ke terlebih ke makanannya yang disuapkan tu nanti. Kalau tak cukup boleh tambah lagi, kalau terlebih macam mana? Risau keadaan usus dia tu. Benda kat dalam kita tak nampak.

Terlewat sehari bagi Aisy makan. Teringat Dila pesan, sebaiknya ajar makan kurma dulu. Blend cair je. Pikir jugak takkan nak blend dengan air biasa je. Ainn belom bersedia lagi nak bagi Aisy minum air mineral. Pelan2 nak ajar Aisy terima makanan/ minuman lain selain breast milk. Nak buat dengan kuantiti yang sedikit boleh ke nak blend?

Pikir punya pikir Ainn panaskan susu dengan kurma. Susu lebih kurang 3oz Ainn masukkan 3biji kurma dalam tu. Agak2 je sehingga kurma dah lembik. Kurma tu Ainn lenyek2 je guna sudu.

Macam nilah hasil yang dapat. Hihi dah nak habis dah baru ambik gambar. Comot aje mangkuknya. Nampak ada kurma yang masih berketul2 lagi tu? Yang tu Ainn tak suap la. Ambik yang cair aje.

Dugaan betul mula2 nak suap Aisy makan. Dah la tak reti duduk diam. Asyik nak capai je sudu yang disuakan ke mulut dia. Mulut Aisy pon sama comot. Ni pon dah banyak kali lap kat baju ummi ye sayang.

Kali kedua Ainn stimkan kurma dulu biar betul2 lembik. Lepas tu baru Ainn panaskan susu yang diletakkan kurma yang dah distim tadi. Hasilnya sedikit pekat. Aisy makan sikit je. Tak tahulah sama ada dia tak suka atau dah kenyang.

Hubby suruh try yang lain pulak. Masalahnya kan baru pindah, apa je yang ada dalam ice box tu. Geledah punya geledah jumpa brokoli. Apa lagi buat puri brokoli je la. Ainn blend brokoli yang dah distim dengan lebihan kurma dan susu tadi. Aisy nampaknya macam suka je makan. Tapi brokolinya dah takde. Apa pon dah takde.

Semalam lepas hantar ma, abah, mak chu, alang dan pok su kat KTM Ainn ajak hubby singgah Mydin. Macam kurang segar je buah dan sayur kat sini. Mungkin sebab dah malam kot. So Ainn beli epal je 2biji untuk puri Aisy. Cukup la kot untuk 4hari.

Hasil daripada sebiji epal yang distim kemudiannya diblend. Kali ni Ainn blend tak campur dah susu. Kali ni blend buah tu je semata. Semestinya dengan kurma sekali la. Sebolehnya Ainn nak cuba didik Aisy makan kurma sebagai menu harian.

Dengan sebiji epal dan sebiji kurma tu dapat 4bekas kecil ni. Sebekas ni Ainn isikan 40ml. Siap sukat dengan sudu penyukat! Nampak je macam tak sama banyak, sebenarnya sama je. Yang nampak sikit tu membukit kat tengah.

Mula2 buat ni Ainn pikir bolehlah untuk 2hari. Sehari 2bekas. Malam ni boleh rehat sekejap. Malam esok pulak sambung buat puri ni. Balik sekolah tadi hubby cakap dah habis 3bekas! Hubby campurkan puri ni dengan susu, masukkan dalam botol susu tu senang Aisy hisap je.

Alang2 ada sebekas je lagi Ainn rasa macam nak habiskan malam ni je la terus. Hihihi sebiji epal untuk sehari. Ainn suap puri ni semata je, tak campur susu. Habis separuh je Aisy dah tak nak. Siap keluarkan semula yang dah disuap tu. Mulanya Ainn ingat Aisy nak main2 je. Ainn suap lagi. 2kali suap je lepas tu Aisy siap sendawa lagi. Alhamdulillah. Kenyang betul. Hihihi first time Ainn dengar Aisy sendawa macam tu. Kelakar pon ada rasanya. Tak dapat jugak nak habiskan sebiji epal dalam masa sehari ye.

Malam ni terpaksa la sediakan lagi. Masih lagi puri epal+kurma. Dapat 4bekas kecik macam semalam jugak. Tak tahulah esok terua habis je boleh tahan sampai 2hari. Tunggu esok ajelah baru tahu.

Sunday, March 26, 2017

Mana Tangan Abi?

Misteri. Itu je yang boleh Ainn gambarkan. Takut sangat2 mulanya tu. Macam2 perkara negatif yang terbayang.

Ainn edit gambar guna aplikasi Photo Editor. Masa nak pilih gambar tu Ainn perasan gambar tu takde pulak tangan abi Aisy. Aik? Mana perginya tangan abi? 

Bila Ainn klik kat gambar tu ada je tangan abi tengah geletek Aisy. Berulang2 kali duk tengok 2gambar ni. Macam mana kat gambar kecik tu boleh takde tangan abi? Elok aje baju Aisy, gambar pada baju Aisy, pinggang seluar Aisy pakai tu macam betul2 takde tangan abinya. Bayang2 handphone pon elok aje kat baju dan seluar Aisy. Perasan tak jari telunjuk abi Aisy tu lindung sikit lengan Aisy, pon sama lengan Aisy elok aje macam takde kena halang pape. Sama jugak dengan corak toto bahagian kiri Aisy.

Misteri yang betul2 menakutkan. Ainn tunjuk kat Kak Ain, dia pon terkejut. Tak tahu macam mana boleh jadi macam tu. Yang peliknya sekeping gambar ni je yang jadi macam ni. Ke memang dah banyak gambar lain jadi macam ni jugak, cuma Ainn je yang tak perasan sebelom ni. Wallahua'lam.

Aisy Dah Sunat?

Eh, Aisy dah sunat ke? Kan kecik lagi, takkan dah sunat kot? Aisy ni lelaki ke perempuan? Kalau perempuan memang ye la nak kena sunat masa baby. Tak pernah dengar pulak ada baby boy dah sunat.

Iya, Aisy dah 'sunat' dah 1Mac ari tu. Hihihi. Macam ni lah jadinya bila abinya takde kerja. Patutlah tanya ada tali ke tak. Rupanya nak 'sunatkan' anak jantan dia ni ha. Boleh pulak buat kerja ni. Idea entah pape la abi Aisy ni. Aisy pon bukan main 'layankan' abi dia. Suka je dikerjakan macam tu. Umminya pon layan jugak. Abi suruh ambik gambar laju je snap. Hahaha.

Masa kena 'sunat' tadi sengeh2 je. Abi dia tak puas hati la tu. Geletek je terus gelak besar. Sensitif betul kalau main kat perut tu.

Susu Ibu vs Psikologi Ibu

Cuti seminggu kali ni tak terasa pon. Dah la tak balik kampong, takde pergi mana2 pon. Paling jauh pergi Tanjung Balau je semalam bawak keluarga mertua jalan2 kat sana. 3hari pertama cuti ada kem kat sekolah. Takde la the whole 3days Ainn terlibat dengan kem tu. Sambil2 tu tolong hubby packing barang nak pindah. Pasal bercuti dan pindah ni Ainn cerita lain kali ye. Kali ni nak cerita pasal lain dulu.

Seminggu ni macam hari2 cuti lain Aisy menyusu direct dengan ummi dia. Dan dah start makan sikit2. Pengalaman paling mendebarkan nak bagi anak anak makan. Hihihi. Ha yang ni pon Ainn cerita lain kali jugak ye.

Pagi ni dah start kerja balik. Baru pukul8 dah rasa rindu kat Aisy. Dah la pagi tadi Aisy tak hantar ummi pergi sekolah. Nak keluar rumah tadi Aisy tak bangun lagi, just angkat Aisy baringkan sebelah mak chu dia je. Awal2 lagi dah keluar rumah, maklumlah dah pindah. Rumah jauh sikit dari sekolah. Kena la gerak awal. Sebelom ni boleh je 6.30 baru bangun. Hari ni 6.30 dah dalam perut kereta bersedia nak tinggal rumah.

Bila dah banyak hari tak pam susu, ujian paling besar bagi mommies yang menyusu baby macam Ainn ni hasil pengepaman tak meriah macam biasa. Biasa pon susu Ainn takde la meriah sangat. Sehari Ainn pam tengahari dapat lebih kurang 13oz je. Cukup untuk bekal Aisy esoknya. Dah banyak hari tak pam ni susah sikit la nak dapat susu meriah macam tu.

Pernah Ainn pam dapat beberapa titik je. Bila dah isi dalam bekas susu tu tak tutup penuh pon permukaan bawah botol tu. Bahagian bawah botol kan melengkung, susu tu duk melingkari tapak botol tu je la. Duk bawah sikit tu je. Agak frust jugak la masa tu. Nasib baik masa tu kat kampung, hubby banyak support. Cuba lagi nanti, mana tahu lepas ni dapat banyak. Jangan give up.

Yes, dont give up! Itu yang nurses selalu pesan. Dont stress dont give up. Penghasilan susu ibu sangat2 berkait rapat dengan emosi dan psikologi ibu. Nak pam susu tu ibu kena dalam keadaan tenang.

Agaknya lepas marah anak2 lepas tu kononnya nak pam susu, agak2 susu tu keluar banyak tak? Ataupon tengah gaduh ngan suami, bila pam susu banyak tak susu keluar? Sah kan nak banyak, entah2 2,3 titik je yang dapat. Ainn no comment la pasal ni. Tak pernah pulak pam susu dalam keadaan tengah bad mood.

Kalau kat rumah bila pam susu depan Aisy dapat lebih sikit susunya. Tenang je kan mengepam depan anak. Susu pon merecik aje keluarnya. Tak pon sambil2 pam sambil2 tengok video Aisy gelak. Tapi sekarang video tu dah takde. Huhuhu sedih sangat2.

Nurse ajar Ainn masa tengah pam tu bayangkan yang indah2 je. Bayangkan susu kita banyak. Bayangkan anak tengah menyusu dengan kita. Bayangkan anak kekenyangan dengan susu kita. Semuanya yang positif je la.

Bukan semudah tu sebenarnya nak berimaginasi. Tidak semua orang mempunyai kekuatan minda yang bagus. Ainn sendiri pon asyik terselit dengan imaginasi lain je. Tu yang terganggu penghasilan susunya.

1 je Ainn nak pesan. Pesanan khas untuk mommies dan diri Ainn sendiri. Jangan sesekali declare 'susu kering' atau 'takde susu' atau apa2 je statement yang berkaitan dengan ketiadaan susu. Jangan sesekali ucapkan kata2 tu. Walaupon sekadar mengeluh, walaupon sekadar cakap dalam hati. Kalau dah terlintas kat fikiran macam tu cepat2 istighfar, cepat2 cakap kat diri sendiri 'susu aku ada banyak, susu aku cukup untuk anak aku'. Cakap banyak2 kali sampai betul2 yakin, sampai dah takde dah fikiran negatif tadi. Kalau perlu tekankan kata tu, kalau perlu cakap kuat2, just do that. Untuk anak kita. Inshaa Allah dengan cara ni susu kita kembali pulih macam biasa.

Ada mommies tak cukup dengan kata2. Nak ambil supplements katanya. Ambik lah dear, ambik. Kalau itu yang boleh buat mommies yakin susu mommies jadi banyak. 1 je Ainn nak pesan, kalau ada rasa was2 dengan supplements tu lebih baik tak payah cuba. Buang duit je!

Macam Ainn cakap tadi lah, semuanya dengan psikologi mommies. Kalau mommies ambik supplements tapi was2, rasa macam susu mommies dah betul2 kering, dah tak boleh nak pulih dah. Sebab psikologi mommies tu lebih penting susu mommies rasanya macam tu je jugak. Tapi kalau ambik supplements A contohnya. Mommies yakin supplements A boleh buat susu mommies meriah. Nampak tak kat situ mommies dah psiko diri mommies dengan mengatakan susu mommies meriah, inshaa Allah susu mommies betul2 meriah.

Psikologi tu sangat2 penting. Kalau mommies perlukan any aids untuk psiko diri mommies, just get them. Tak kira berapa harganya. Kalau setakat nak try, setakat orang lain dah try dan menjadi tapi mommies tetap dengan pendirian mommies mengatakan susu mommies takde, mommies makan la supplements banyak mana pon tetap macam tu jugak hasilnya.

Supplements ni hanya membantu, yang betul2 kena bekerja adalah fikiran kita. Psikologi diri sendiri. Daddies pon kena ambik part jugak pasal ni. Banyak bagi support kat mommies ye.