Alhamdulillah kenyang makan roti titab air tangan hubby. Rasanya tak sampai 5minit pon lagi, means tak sampai 5minit jugak la ye Ainn habiskan roti titab tu. Hahaha pelahap betol!
Sementara menunggu cerita kat tv habis rasanya sempat kot nak post 1 entry. Alamak, dah habis dah? Ingatkan habis pukul 12 cerita ni. Takpe lah dah bagitau hubby nak update blog ni dulu.
Sebenarnya ni dikira last minutes plan jugak la. Balik dari kampung Jumaat lepas Ainn sibuk duk study pasal tempat kat Penang. Tup2 ada 1tempat tu Ainn rasa macam rugi pulak kalau bawak Aisy yang baru setahun ni. Kalau dia besar sikit memang ngam la kalau pergi situ. Takkan hujung tahun ni nak pergi Penang, tahun depan nak pergi lagi? Pergi tempat lain la pulak. So tukar plan, Ainn susun siap2 nak pergi mana dulu. Pilihannya hubby yang buat, kira macam cabut undi gitu.
Esoknya, hari Isnin Ainn tengok 📅. Kenapa entah tujuannya tu. Baru perasan Khamis ni cuti rupanya. Apa lagi, terus la wasap hubby.
Dapat je green light terus study pasal Negeri Sembilan. Dengan masa yang tak banyak, base on listed places Ainn ambik tempat yang dekat2 je. So Seremban dan Port Dickson jadi pilihan. Kitorang tak suka nak rushing2, santai2 je. That's why tak boleh pergi banyak tempat.
So here is the itinerary.
1st day:
Bertolak dari rumah *breakfast siap2 ye* - Taman Alam Veterinar + Jelita Ostrich Farm - luch kat Restoran Nelayan Rahang - check in hotel - bergambar kat Lorong Seni - pekena cendol Haji Shariff - Taman Tasik + Taman Orkid - balik hotel rehat kejap - lepas Maghrib dinner kat Restoran Wadi Ar-Raudhah *ada promosi shell out sepanjang Oktober ini* - lepak kat Dataran Centrio *nak belajar naik ekasikal* - rasa sikit sate minang kat Gerai Rajab - balik hotel tidor
2nd day:
Breakfast kat Mee Kari Railway Rasah - bagi makan ikan kat Seremban 2 City Park - explore Seremban 2 Hill Park - jenguk2 sikit dalam Muzium Lukut - bergambar lagi kat Alive 3D Art Gallery - lunch kat Restoran Deen's Kari Kepala Ikan - check in hotel - muzium lagi, kali ni Muzium Tentera Darat pulak - pekena char kuay tiaw peberetku ni kat King's Char Kuay Tiaw - balik rehat kat hotel - lepas Maghrib lepak2 je kat PD Waterfront - sebelom tidur kita try dulu murtabak kat Hassan Murtabak
3rd day:
Jalan2 tepi Pantai Cahaya Negeri - minum pagi kat PD Famous Cendol & Coconut Shake - tengok2 ikan kat pusat ternakan ikan hiasan - rumah terbalik - PD Ostrich Show Farm *kalau yang kat Jelita macam dah 👌 kat sini rasanya dah tak payah pergi* - pekena nasi kukus ayam panggang kat Cowboy Place - hiking ke rumah api Tanjung Tuan - alas perut sikit kat Ghodang Kopitiam - boleh la slow2 balik, esoknya kan dah kerja
2nd day tu nampak macam pack sikit. Ikut je flow tempat nak melawat tu. Sampai time makan kita makan. Tak sempat nak lawat semua kita sambung esoknya pulak. 3rd day tu pon macam boleh kot nk sumbat sikit2 lagi.
Oh ya, hotel Ainn dah book awal2. Sebab hotel kat PD macam mahal sikit so Ainn kurangkan budget untuk hotel kat Seremban. Kita cut mana yang boleh cut.
Oke dah lebih 12malam, baju pon belom pack lagi. So dah nak kena tidur dulu. Jumpa lagi 👋
No comments:
Post a Comment