Nuffnang Ads

Sunday, October 29, 2017

Jalan-Jalan Seremban Part II Yang Not Too Bad

Dah baca entry Jalan-Jalan Seremban Part 1 ke belom? Kalau belom baca yang Part 1 dulu ye.

Ni Ainn nak sambung cerita kekecewaan Ainn kat Seremban tu. Okelah dah puas lepak kat hotel aje semata2, malam tu kami keluar makan. Seperti yang dijanjikan kami ke Restoran Wadi Ar-Raudhah pekena shell out. Ada promosi tau untuk bulan Oktober ni.


Kemudian kami ke Dataran Centrio di Seremban 2. Lepak2 kejap je kat situ. Sempat la beli baju Aisy sepasang. Macam entah apa2 kan datang jauh2 beli baju kat tempat macam ni je? Hahaha sebab murah la, tu yang beli. Dan untuk ummi abi kitorang beli durian crepe je.


Sebelom balik pekena sate dulu. Ni bukan kat Seremban 2 ye, ni kat pusat bandar Seremban. Dekat ngan Pasar Seremban tu. Kononnya nak try sate minang tapi....


Dah makan kenyang, hubby pon dah ngantuk balik hotel je la. Ummi pon dah ngantuk jugak sebenarnya. Aisy je yang xngantuk2 lagi. Tahulah petang tadi kemain tidor lama, malam ni taknak tidor pulak. Kononnya nak buat2 tidor je, sekali betol2 ummi lena dulu sebelom Aisy. Hahaha.

Untuk sesi malam ni not too bad la, walaupon Dataran Centrio tu tak seperti yang dibayangkan, dan kononnya nak try sate minang tapi terpinang sate biasa je. Shell out tu sedap!

Thursday, October 26, 2017

Jalan-Jalan Seremban Part 1 Yang Mengecawakan

Eh, masih lagi on vacation, right? How can you update any story here? Wah sempat ye post new story. Excited sangat la tu nak share pengalaman kat Seremban ni.

Oh πŸ‘Ž πŸ‘Ž πŸ‘Ž  jangan cepat buat andaian ye sayang2ku semua. Nak tahu cerita sebenar baca sampai habis ye. Hihi.

Kononnya nak bertolak seawal 8pagi. Ingatkan sempat. Kalau ikutkan sebenarnya memang sempat, tapi duk pikir 'SEMPAT' aje sibuk buat kerja lain dulu. Sudahnya 9lebih jugak la baru gerak dari rumah.

Hubby tanya, nak breakfast kat mana? Huhu mati2 Ainn ingatkan dia buat roti titab tadi sementara Ainn 'buat kerja' kat bilik. May be telor dah habis kot. May be je la. Ainn tak tanya pon. Malas nak pikir benda2 kecik.

Dah tak dapat roti titab untuk breakfast Ainn pilih Nasi Lemak Ayam Goreng Wak Kentut. Betol ke namanya tu? Entahlah, kitorang kat sini panggil Nasi Lemak Wak Kentut je. Letaknya antara Pejabat Pos Kulai dan KTM Kulai. Kena masuk kat lorong depan Pejabat Pos tu ye, macam nak pergi KTM jugak. Letaknya betol2 kat sebelah pejabat pos.

Kalau makan kat sini semestinya nasi lemak ayam goreng tu yang jadi pilihan. Apa yang sedap? Ayam goreng tu la! Dan jugak sambal nasi lemak tu. Kalau makan untuk tengahari hubby selalu order 2pinggan untuk dia. Hah nampak tak betapa pelahapnya lakiku. Nampak je keding macam tu tapi makan banyak.

Selain nasi lemak ada jugak menu lain kat sini. Ad soto, lontong, nasi ayam penyet. Sebelom ni Kak Ina selalu order kuay tiaw goreng, tapi sekarang macam dah tak ada je. Nasi ayam penyet tu Ainn dah try. Beberapa tahun lepas la. For me, sejujurnya not recommended la. Sekarang tak tahulah kot2 dah upgrade, dah sedap. Tak pon may be tekak Ainn je yang rasa tak sedap.

Hihi panjang pulak cerita pasal Nasi Lemak Wak Kentut ni. Tengah menikmati nasi lemak tadi Ainn terpikir, kenapa makan kat sini? Kan rumah tu dah dekat dengan tol. Dah jadi 1kerja nak patah2 balik. Dah la dah lewat, duk pusing2 lagi kat Kulai ni. Sudahnya 10lebih jugak baru gerak dari Kulai. 2hours delayed 😞.

1st destination kami menghala ke Taman Alam Veterinar Seremban. Hah ini nama yang Ainn dapat hasil carian kat google ye. Nama betolnya tempat ni boleh tengok kat gambarπŸ‘†. Masa kitorang sampai kat situ dah tengahari. Nak masuk ke Jelita Ostrich Farm diorang tutup sementara waktu rehat. Nak tunggu bukak sejam lagi, jenuh jugak nak menunggu. So kitorang pusing2 la dulu kat dalam Taman Alam Veterinar ni. Sebab cuaca panas sangat risau takot Aisy demam lagi. Tambah pulak haiwan2 tu bukannya boleh tengok dari dekat pon. Nak berselfie nampak kecik je la haiwan2 tu. Melainkan kalau nak ambik gambar haiwan2 tu aje boleh la zoom. Setengah jam je dalam tu kitorang terus keluar. Nasib baik masuk tu tak kena bayar. Oh ye, for information Jelita Ostrich Farm ni letaknya kat dalam ni jugak ye. Nak masuk sini kena bayar la.

Nak keluar tu hubby perasan ada surau kat luar. Alang2 terus solat la dulu. Lepas tu baru cari makan. Ainn bagi pilihan kat hubby either nak makan nasi arab ke nak makan makanan exotic. Hubby suruh Ainn je yang buat pilihan. Memang dah agak dah akhirnya Ainn jugak yang kena buat keputusan. Ainn mesti la pilih makanan exotic, cuma harganya mungkin mahal la sikit. 'Kalau mahal betol2 mahal macam mana?' Aduh hubby ni boleh pulak pikir ke situ. Alah ni kan 1st day kita. Kalau mahal pon bayar je la. Untuk lepas2 ni kita makan maggi je la πŸ˜‚πŸ˜‚

2, 3kali pusing kat tempat yang sama je tak jumpa pon Nelayan Seafood Restaurant tu. Mungkin Dia nak kitorang berjimat kot, tak nak  makan mahal2. Hurm mahal sangat ke makan kat situ? Pandai2 je Ainn buat andaian sendiri.

2nd choice Ainn pilih makan nasi lemak kat depan Balai Polis Rahang pulak. Pon sama, tak jumpa jugak kedainya. Tengok situ semua kedai2 Cina je. Memang la dah lapar, tapi dah penat jugak. Hubby suggest check in hotel dulu.

Oke, pasal hotel ni pon satu hal. Dah ikut dah direction tu tapi tak nampak pon hotelnya tu. Katanya kat sebelah kiri. Saje la Ainn suruh hubby buat u turn. Bila dah u turn baru nampak  nama hotel tu. Kalau dari arah yang kitorang datang tadi memang tak nampak nama hotelnya. Hotel ni kat bangunan lot kedai, corner lot punya. So nama kedai ni dia letak kat sebelah tepi bukannya depan yang menghadap jalan, that's why la tak nampak. Kena u turn lagi πŸ‘Ή

Sambil2 rehat kat bilik Ainn try search tempat makan. Baru perasan Senyum Senyum Selalu Nasi Lemak tu gerai rupanya. Gerai tu duk depan rumah kedai yang betol2 depan Balai Polis Rahang tadi. Tapi hubby cakap gerai tu takde pon tadi. Tutup kot, tak pon dah habis masa kitorang lalu tadi.

Dah lapar sangat kitorang terus ke Haji Shariff Cendol je. Kedai confirm ada, kitorang lalu tadi masa nak cari hotel. Ikutkan plan asal nak pekena cendolnya aje. Sebab tak ambik lunch tadi kitorang order jugak la mee rojak. Wat alas perut je dulu, malam ni kita makan kenyang2 ye.

Sedang enak menikmati rojak nampak cuaca macam nak hujan je. Dan tak lama lepas tu, yes betol2 hujan. Macam mana nak ambik gambar kat Lorong Seni lepas ni?

Bila hujan merenyai je hubby kata nak tengok dulu tempat nak bergambar tu macam mana. Ye lah tempatnya kat tengah2 bandar, jalan pulak banyak yang 1 way je, bila terlepas je nak kena pusing balik. Banyak kali jugak la kitorang pusing2 tu. Bila dah jumpa mural2 tu semua teruk Ainn kena gelak ngan hubby. Kononnya dah ready nak tunggeng ponggong kat mulut harimau la, itu la, ini la. Syg, yg tu esok la!!! Susah betol la main ngan orang takde seni ni. Dapat tengok je la lukisan2 mural tu.

Dah tak tahu nak pergi mana so balik hotel je la. On the way nak balik hotel tu lalu kat Taman Tasik Seremban. Besar jugak tempatnya. Nak singgah tapi hujan masih renyai lagi. Sudahnya balik hotel je la. Harap2 malam ni dah tak hujan lagi.

Lena je ye ensem ummi ni tidor. Dari dalam kereta tadi tak bangun2 lagi. Dah 2jam ni sayang, xse bangun lagi ko? 6.20 doh ni. 10minit lagi xbangun lagi ummi gerok la...

Itinerary Lawatan Ke Sereban Dan Port Dickson

Alhamdulillah kenyang makan roti titab air tangan hubby. Rasanya tak sampai 5minit pon lagi, means tak sampai 5minit jugak la ye Ainn habiskan roti titab tu. Hahaha pelahap betol!

Sementara menunggu cerita kat tv habis rasanya sempat kot nak post 1 entry. Alamak, dah habis dah? Ingatkan habis pukul 12 cerita ni. Takpe lah dah bagitau hubby nak update blog ni dulu.

Sebenarnya ni dikira last minutes plan jugak la. Balik dari kampung Jumaat lepas Ainn sibuk duk study pasal tempat kat Penang. Tup2 ada 1tempat tu Ainn rasa macam rugi pulak kalau bawak Aisy yang baru setahun ni. Kalau dia besar sikit memang ngam la kalau pergi situ. Takkan hujung tahun ni nak pergi Penang, tahun depan nak pergi lagi? Pergi tempat lain la pulak. So tukar plan, Ainn susun siap2 nak pergi mana dulu. Pilihannya hubby yang buat, kira macam cabut undi gitu.

Esoknya, hari Isnin Ainn tengok πŸ“…. Kenapa entah tujuannya tu. Baru perasan Khamis ni cuti rupanya. Apa lagi, terus la wasap hubby.


Dapat je green light terus study pasal Negeri Sembilan. Dengan masa yang tak banyak, base on listed places Ainn ambik tempat yang dekat2 je. So Seremban dan Port Dickson jadi pilihan. Kitorang tak suka nak rushing2, santai2 je. That's why tak boleh pergi banyak tempat.

So here is the itinerary.

1st day:
Bertolak dari rumah *breakfast siap2 ye* - Taman Alam Veterinar + Jelita Ostrich Farm - luch kat Restoran Nelayan Rahang - check in hotel - bergambar kat Lorong Seni - pekena cendol Haji Shariff - Taman Tasik + Taman Orkid - balik hotel rehat kejap - lepas Maghrib dinner kat Restoran Wadi Ar-Raudhah *ada promosi shell out sepanjang Oktober ini* - lepak kat Dataran Centrio *nak belajar naik ekasikal* - rasa sikit sate minang kat Gerai Rajab - balik hotel tidor

2nd day:
Breakfast kat Mee Kari Railway Rasah - bagi makan ikan kat Seremban 2 City Park - explore Seremban 2 Hill Park - jenguk2 sikit dalam Muzium Lukut - bergambar lagi kat Alive 3D Art Gallery - lunch kat Restoran Deen's Kari Kepala Ikan - check in hotel - muzium lagi, kali ni Muzium Tentera Darat pulak - pekena char kuay tiaw peberetku ni kat King's Char Kuay Tiaw - balik rehat kat hotel - lepas Maghrib lepak2 je kat PD Waterfront - sebelom tidur kita try dulu murtabak kat Hassan Murtabak

3rd day:
Jalan2 tepi Pantai Cahaya Negeri - minum pagi kat PD Famous Cendol & Coconut Shake - tengok2 ikan kat pusat ternakan ikan hiasan - rumah terbalik - PD Ostrich Show Farm *kalau yang kat Jelita macam dah πŸ‘Œ kat sini rasanya dah tak payah pergi* - pekena nasi kukus ayam panggang kat Cowboy Place - hiking ke rumah api Tanjung Tuan - alas perut sikit kat Ghodang Kopitiam - boleh la slow2 balik, esoknya kan dah kerja

2nd day tu nampak macam pack sikit. Ikut je flow tempat nak melawat tu. Sampai time makan kita makan. Tak sempat nak lawat semua kita sambung esoknya pulak. 3rd day tu pon macam boleh kot nk sumbat sikit2 lagi.

Oh ya, hotel Ainn dah book awal2. Sebab hotel kat PD macam mahal sikit so Ainn kurangkan budget untuk hotel kat Seremban. Kita cut mana yang boleh cut.

Oke dah lebih 12malam, baju pon belom pack lagi. So dah nak kena tidur dulu. Jumpa lagi πŸ‘‹ 

Wednesday, October 25, 2017

Singgah Sekejap

Lama bebenor dah tak menyinggah kat sini. Makin banyak pulak cerita2 tertangguh yang nak disharekan kat sini. Nak buat macam mana, dah ada anak kecik mana la boleh nak main enpon je memanjang. Dah la sekarang ni Aisy dah kurang tidur siang lagi la banyak masa nak kena luangkan untuk Aisy.

Minggu lepas Kak Ida ada tegor Ainn pasal belog ni. Malu pulak bila ada yang kenal baca belog kita. Hihihi.

Dah nama pon nak singgah kejap je kan. Just nak bagitau esok nak bercuti ke Negeri Sembilan. Korang pulak ke mana? Takkan cuti 3hari terperap kat rumah je kot? Hahaha esok Johor cuti tau, sempena Hari Hol. Yang lain2 tu selamat bekerja.

Tak sabarnya nak jalan-jalan timba ilmu esok.