Wuu dah bersawang dah belogku. Lama betol tak berbelog nih. Dari kes handphone rosak, banyak kerja nak kena settle, pindah rumah, kes kecurian, terus takde mood nak berbelog. Banyak sangat cerita2 yang Ainn nak share kat sini tertangguh. Tak pelah sementara ada waktu sikit nih, ini pon curi2 je. Sempat kot Ainn siapkan entry kali ni.
Sekadar nak meluahkan kegusaran di hati. Balik dari kampung 2minggu lepas Ainn selalu muntah. Takde la sekerap masa pregnantkan Aisy dulu, cuma sekali je. Setiap malam bila berbuka tu dengan air milo. Walaupon tak kerap air yang keluar tu tetap jugak bergelen2. Air je, ada sikit2 je makanan yang keluar. Tekak ni tak perit pon. Dan hubby tak payah nak tepuk2 belakang macam dulu2.
Dan sejak masa kat kampung lagi, masa tu dah seminggu puasa, Ainn asyik nak kencing aje. Dah la hujung2nya tu sakit yang amat. Perit sangat, sampai berair mata. Macam kencing tak lawas kan gitu? Mungkin jugak kencing kotor. Mungkin sebab Ainn tak minum air kosong kot. Ye lah dah berbuka dengan air manis je, minum air kosong segelas je. Tu pon kadang2 tak minum langsung. Bila dah balik Kulai Ainn banyakkan minum air kosong. Hasilnya tetap sama. Yang geramnya malam2 sampai 3 kali bangun sebab nak buang air kecik tu.
Semalam pagi2 lagi Ainn dah kena hadap masalah kencing2 tu. Kak Ain tegor, 'ko nagndung tak?' Boleh ngandung ke? Kan dah ambik perancang. Ainn yakin je tak mengandung, tak cukup air je yang Ainn duk pikir. Bila Kak Ain duk cakap masa dia ngandungkan Yaya dulu selalu kencing2 macam ni, ujung2 tu rasa sakit macam ada ciri2 jugak kat Ainn ni. Dengan muntah2 tu lagi. Ainn just abaikan apa yang Kak Ain cakap tadi.
Dah 10pagi Ainn masih lagi berulang ke tandas. Dah tak selesa je rasanya ni. Dila pulak tegor, "Ko ngandung ke?" Hahaha yakin je Ainn jawab 'Tak!' Lepas tu Dila tanya ada datang period tak? Huhuhu bulan puasa ni pon dah tinggal dah. Tapi, eh ada tapi lah. Hihihihi. Ainn ingat Ainn period 3hari sebelom puasa. Hari last sebelom puasa tu dah bersih dah, takde apa. Kiranya 2hari je la yang periodnya. Dan darah yang keluar tu warna coklat sikit2 je.
Dan hari puasa ke9 period lagi, malam tu. Pelik, kan baru je lepas period takkan period lagi. Ikutkan tak cukup lagi 15hari suci. Macam istihadhah la kan? Tapi kali ni tak sampai pon 24jam, petang esoknya darah coklat2 dah takde dah. Kalau tak sampai 24jam memang bukan darah haid la kan? Itu yang Ainn paham. Tapi dah tak puasa dah hari tu. Hihihi.
Bila ingat balik sebelom disahkan mengandungkan Aisy dulu pon Ainn punya period macam tu jugak. 2hari je, dan darahnya sikit je warna coklat tu. Dila ngandungkan Aaqil pon macam tu jugak. Ina nak ngandungkan anaknya yang gugur baru2 ni pon macam tu. Haisy banyak pulak pengalaman2 macam tu yang menunjukkan mengandung.
Dah la petangnya ada appointment nak kena inject. Ainn ambik perancang yang injection tiap2 12minggu tu. Senang berbanding makan ubat. Ainn memang takde disiplin bab ni, so nak senang inject je. Nak ambik IUD takot pulak rasanya. Hihihi. Kalau mengandung tapi inject jugak kandungan boleh gugur tau! Itu yang takotnya. Takot mengandung je, kalau tak mengandung takpe je.
Ainn whatsapp hubby cerita kat dia apa yang Kak Ain dan Dila duk cakap tu. Saje je la suruh dia belikan pregnancy test nak ambik Ainn tengahari nanti. Hihihi excited pulak rasanya. Tapi hubby awal2 lagi dah pesan jangan berharap sangat. Alah bukan nak berharap pon, kan dah plan nak rancang sampai hujung tahun ni. Senang bila dah confirm kan. Kalau tak mengandung boleh inject, kalau mengandung dah tak payah inject.
Kan dah ambik perancang, masih boleh mengandung ke? Boleh, sayang. Perancangan tu hanya 99% je jaminannya. Lagi 1% tu kuasa Allah Taala. Walaupon 1% je tapi 1% ni lagi kuat dari 99% tadi. Kun faya kun je. Kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia.
Tengaharinya Ainn rasa kepala pusing2 je. Rehat kejap kat katil, ingat nak baring2 gitu je. Sekali terlena terus. Hihihi. Baru terjaga kejap lepas tu hubby sampai. Tak sabar ni nak test, alahai hubby tak beli pulak. Saje je la. Dah la terus balik rumah. Suruh Ainn rehat je. Memang Ainn nak rehat je sebab kepala dah pusing2.
Malamnya Ainn goreng popia yang Ainn buat petangnya tadi. Biasalah Ainn ni hantu cheese, Ainn taruk cheese dalam popia tu. Yang geramnya tekak ni tiba2 je tak boleh nak telan cheese tu. Potong selera je nak makan.
Adakah ketidakpenerimaan tekak ini terhadap cheese sebab mengandung? Begitu jugak ketidakpenerimaan terhadap milo? Adakah? Tunggu dan lihat je lah nanti. Kalau Dia nak bagi awal mungkin kitorang dah ready. Kalau belom lagi maksudnya kitorang belom ready lagi la ye. Dia tahu mana yang terbaik untuk hambaNya.