Nuffnang Ads

Wednesday, September 30, 2015

Isytihar Harta Secara Online

Dah buat pengisytiharan harta? Kalo belom sempat lagi nih, ari ni last nak buat pengisytiharan secara online tuh! Tadi pengetua sekolah Ainn dah bagitau cikgu2 yg blom buat pengisytiharan tuh suruh pegi sekolah ari ni, buat ari ni jugak! Sebabnya ari ni last day. Ainn memang plan nak gi skolah pon ari ni, memang nak wat benda alah ni la. Susah nak wat keje2 macam ni setakat guna enpon kecik ni je.

Wah tengahari tadi Pn. Bal macam dah marah2 pulak bila ramai lagi cikgu2 tak submit lagi. Termasuk la Ainn salah sorang daripadanya. Tapi masa tu Ainn tak baca pon lagi chat Pn. Bal kat group telegram, sebab dok isi borang2 tu la. Azri datang je bagitau Pn. Bal dah 'mengamuk'.

Kat sini bukannya Ainn nak cite pasal amukan Pn. Bal kat group telegram. Tapi Ainn nak cite 'kerenah' nak buat pengisytiharan harta tuh.

Oke, mula2 macam biasa la kena bukak laman web dia. Oke dah taip www.eghrmis.gov.my tunggu la dia loading 'kejap'. Then masukkan id & password, tunggu dia loading lagi. Disebabkan sbelom ni tak penah lagi buat online memang sah2 la takde apa2 lagi data kita dalam tu. So kena la kemaskini maklumat harta dulu. Bukan banyak harta Ainn yg nak kena isytihar, stakat mangosteen je. Tapi nak siapkan tuh sampai sejam jugak la.

Mana taknya, dah siap isi maklumat pasal mangosteen tu, nak antar tu dia cakap maklumat pendapatan bulanan tak lengkap. Bukan stakat xlengkap memang xpenah isi pon. Oke isi yang tu dulu. Then nak antar lagi kata sumber kewangan pulak xlengkap. Oke yg ni Ainn akui salah Ainn, 'rabun' mata ni xjumpa cari tang mana 'sumber kewangan' tuh. Dah puas belek sana belek sini, klik sana klik sini rupanya benda tu dok sbelah nilai tu je.

Oke nak cite part yang buat Ainn geram sangat. Mula2 tu buat la sumbernya pinjaman. Dah memang Ainn bayar muka 10% nak dapatkan mangosteen dulu, so pinjaman tu xpenuh la. Oo sudahnya sumber kewangan tak cukup pulak. So kena tambah la sumber kewangan tuh. Dah memang bayaran muka 10% tu Ainn guna duit sendiri so klik la kat duit sendiri. Mak aih xleh simpan pulak maklumat tu!! Ni la yg buat Ainn hangin. Apa stakat nak bayar muka mangosteen tu dia ingat Ainn tak mampu guna duit sendiri ke? Bukan bayar muka audi q5 ke, memang la tak mampu ngan pendapatan Ainn ni. Lagi pun dah stahun keje baru ambik mangosteen tu. Banyak kali jugak try baru le dapat. Dah la kalo lama sangat dia jadik log out dgn sedirinya.

Sume benda nak kena wat online tapi service online hampeh!!

No comments:

Post a Comment