Nuffnang Ads

Wednesday, July 29, 2020

My Laparotomy Journey: Pre-Warded

Sambung dengan part 3 pulak. Since esoknya hari Isnin, 06/07/2020 xdapat any calls pasal tarikh untuk operation, Ainn decided untuk call diorang. Maka 07/07/2020 Ainn call tapi masih tak dapat jawapan. Nurse yang jawab tu cakap nanti dia refer Dr Deepa, tanyakan pasal tarikh tu. Sebab diorang tak dapat apa2 makluman pasal ni.

08/07/2020
Pagi nak pergi sekolah tak jumpa cari handphone. Try call guna handphone hubby xdapat jugak sebab bateri empty. Kat sekolah ni berkira2 macam mana la kalau nurse call tapi xdapat. Lebih mendebarkan pulak hari ni Ainn ada meeting lepas sekolah. Duk doa je mudah2an hubby jumpa handphone tu. Selagi xbalik selagi tu la duk terpikir pasal ni je.

3.30pm balik rumah. Sampai je terus tanya hubby, sebab dah nampak dah handphone Ainn. Hubby kata operation next week 15hb. Ok dah dapat tarikh, nak kena pergi tu bila? Pagi ke petang? Ke kena pergi sehari sebelum? Aduhh semua tu takde jawapan. 'Dia kata tarikh operation 15hb, tu jah!'

Tengok jam belum pukul 4 lagi, sempat kot nak call. Silapnya called semalam xtanya pun nombor sambungan ke SCOG, terpaksa la call nombor main HSA. Dah sambungkan ke SCOG nurse yang jawab xtahu, tanya kawan2 yang lain semua tak tahu menahu pasal call tengahari td. So nurse tadi sambungkan ke wad, kot2 bahagian wad yang called tadi. Pun jawapannya sama jugak. Tak ada sesiapa yang call! Nurse cakap tunggu call dari diorang pulak.

Tunggu punya tunggu senyap je. Malamnya lebih kurang pukul 8 dapat call dari nurse. Oke dah confirm dah Ainn akan jalani operation on 15/07/2020, kena admit ward hari Isnin 13/07/2020. Sebelum tu kena jumpa pakar bius dulu. So esoknya kena jumpa pakar bius. Tak lama kot, jumpa pakar bius je kan. Bagitahu pengetua esok nak masuk lewat. Harap2 sempat la sebelum pukul 11.

09/07/2020
Hadirkan diri ke SCOG dengan megahnya. Excited pun ada. Tak sabar nak buat operation tu.

Special case kot, dapat "WARGA EMAS/OKU" :p

Lepas je register pergi ambik darah, lepas tu kena bawak darah tu ke makmal. Masa hantar tabung darah kat kaunter makmal tu siap tanya lama ke tak, sebab tak tahan nak kencing. Mana tidaknya, time tu hujan. Akak kaunter tu cakap lagi sejam, melenggang la ke tandas. Dah la tadi menjajak cari makmal, ni nak mencari tandas pulak.

Dah balik dari tandas tak perasan result darah Ainn tadi dah keluar. Sedap je duk layan whatsapp dengan kawan xsedar pun rupanya result darah tadi dah keluar awal2. Kiranya dalam 10minit je sebenarnya. Oke lepas ni dah tahu dah kan, jangan nak lalai sangat lepas ni. Duk melayan whatsapp dekat sejam baru pergi tanya kaunter. Langsung tak perasan nombor2 yang dipanggil tu dah banyak ke atas.

Ambik je result darah tadi tunggu turn untuk jumpa pakar bius pulak. Nurse panggil tengok form kosong je, mintak doktor kat O&G isi. Patah balik ke SCOG. Rupanya memang kena jumpa doktor dulu. Kali ni jumpa dengan Dr Hafiz. Scan kali ni siap kena mengiring weh, sebabnya tak nampak sangat cyst tu.

Dah dapat report dari Dr Hafiz pergi semula ke bahagian bius. Oke pakar bius ni Ainn lupa namanya. Perempuan, Melayu. Dia pelik kenapa rushing sangat nak buat operation tu. Ainn cakap la sebab dah besar. Dia baca dalam buku pink tu takde mention pon saiz cyst. Dia refer kepada sorang lagi doktor dalam bilik tu. Mencari2 la diorang. Siap call Dr Hafiz tanya. Ya, Dr Deepa dan Dr Hafiz xtulis pun tapi ada kat printed scan.

Doktor check pernafasan, check dalam mulut; lidah sampai ke dalam anak tekak kot kat dalam tu. Tanya Ainn ada masalah apa2 ke; kencing manis, darah tinggi, pernah ada pengalaman operation sebelum ni, ada gigi goyang ke. Then doktor explain risiko2 yang bakal dihadapi. Sama jugak dengan Dr Deepa dan Dr Hafiz cakap, risiko2 ni semua risiko kecil.

Operation nanti Ainn akan dibius sepenuhnya. Maksudnya langsung xsedar. Dalam mulut Ainn akan dimasukkan tiub untuk pernafasan, kiranya bernafas dengan bantuan mesin. Masa nak masukkan tiub tu la kemungkinan akan terjadinya gigi patah atau luka kat mana2.

Bila dah siap operation tu Ainn akan dikejutkan dulu. Bila dah sedar barulah mesin bantuan pernafasan tadi akan dimatikan. Selagi tak sedar sepenuhnya selagi tu mesin tadi tak boleh dimatikan. Part ni Ainn risau. Takut terus tak sedar je.

Tadi dengan Dr Hafiz dia ada cakap Ainn takkan diberikan suntikan epidural, takut effect kat baby. Selalunya suntikan tu diberikan kepada ibu2 yang bersalin je. Doktor bius ni pun terangkan jugak, nanti Ainn akan diberikan ubat tekan. Haha macam mana tu? Ubat tu akan disambungkan ke jarum yang akan dicucuk kat tangan nanti. Bila rasa sakit je tekan ubat tu. Sendiri rasa, sendiri bertindak. Harap2 la nanti sakitnya takde sampai tak teringat nak tekan ubat tu.

Cerita pasal risiko ni, Dr Deepa ada terangkan sebelum ni kemungkinan akan berlaku jugak kecederaan semasa proses operation tu. Mana la tahu kan terkena usus ke, kan banyak organ2 kat dalam tu. Kemungkinan nak terkena tu ada la. Sekiranya terkena usus atau usus jadi bocor doktor terpaksa tebuk lubang untuk buang air besar. Kiranya nanti nak buang air besar ikut tiub yang dibuat tu la. Yang ni agak takut jugak. Sekali lagi ditegaskan, semua risiko2 ni adalah kecil. Mintak2 la dijauhkan daripada dapat risiko ni semua.

Agak2 berapa lama ye proses operation ni nanti? Bergantung. Kalau prosesnya berjalan lancar dalam sejam je dah setel. Tapi tu proses operation sahaja. Campur semua2 proses sebelum dan selepas operation lebih kurang 4jam akan ditidurkan.

Hari tu Dr Deepa cakap lama kat wad nanti. Ni pun Ainn risau jugak. Tapi bagus jugak. Entahlah nak cakap macam mana. Fikirkan Aqif kesian dia nak kena tinggal lama2. Dahlah dia nak menyusu direct je sekarang ni. Fikirkan diri sendiri bagus jugak lama2 kat wad. Xboleh bayangkan macam mana nanti Ainn yang masih sakit, tiba2 je Aqif datang panjat atas perut ummi dia ni. Dr Hafis cakap lama tak lama, kalau takde apa2 masalah biasanya 2hari lepas operation dah boleh discaj. Alhamdulillah takde la lama sangat kan? Dan harap2nya Aqif tak buat la perangai buas dia tu.

Dah setel semua, dapat surat admit ward. Kena admit on 13/07/2020. Terus admit ward oke, tak payah buat saringan covid. Ya Allah syukur sangat2. Semoga dipermudahkan nanti. Amiin.

**masa Ainn jumpa pakar bius tu ada sorang ibu jumpa doktor sorang lagi untuk anak dia, baru 8bulan. Dan ada sorang ibu datang interrupt, pun sama untuk kes anak dia, sebaya Aqif. Ya Allah, kecik lagi dah kena hadap semua ni. Si anak mungkin tak rasa apa2, tak fikir apa2. Maknya? Wallahu a'lam.

Monday, July 27, 2020

My Laparotomy Journey: Cyst Confirmed

01/07/2020
Nurse Klinik Bukit Liki called, dia cakap dah dapat tarikh untuk jumpa pakar HSA. Next week, hari Ahad at 10. Esoknya Ainn kena minum air gula dulu. Sambil2 tu dia minta ambikkan surat refer ke pakar tu.

05/07/2020
Jumpa pakar, Dr Deepa namanya. Perempuan. Tengok kepada penampilannya macam keturunan Singh. Dia belek2 dulu buku pink, lepas tu tanya 'bila you bersalin anak nombor 2?' Mungkin dia nak sahkan kot, sebab baru setahun kot Ainn dah mengandung anak ke3.

Bila Ainn jawab bulan 5 tahun lepas, kena 'bebel' la sekejap. Kesian anak, kecik lagi dah ada yang baru. Xsempat nak rasa kasih sayang selayaknya dah kena share dengan yang baru. Nanti macam mana nak fokus dua2? Dua2 masih kecik lagi. Sekarang ada masalah macam ni *cyst* lagi la kesian kat dia. Dah kena bebel tu senyap aje la kan. Kalau tak pregnant xtau la pulak ada cyst tu. Ainn bukannya jenis buat full medical check up every 6months.

Bila Dr Deepa scan, ya betul itu cyst. Tapi nampak macam aktif, terlalu aktif. Last Weds baru 8cm, hari ni scan dah 10cm! Dalam kepala ni pikir, alamak nak kena gugurkan ke kandungan ni? Jangan la, xnak! Nak teruskan jugak walau macam mana pun.

Lepas scan Dr Deepa cakap dia nak jumpa suami. Dia nak bercakap dengan kedua2nya, suami dan isteri. Hubby ada je ikut sekali, tapi duk dalam kereta. Aisy ikut sekali sebab PASTI dia belum bukak walaupun ikut sebenarnya tadika dah bukak. Sebab kanak2 xboleh masuk so Dr Deepa explain kat Ainn sorang je, dan dia minta Ainn explain balik kat hubby nanti.

Dalam tempoh 5hari ni progress sangat cepat. Dari 8cm ke 10cm! Dia sendiri xsure lepas ni macam mana. Ada 3kemungkinan; saiznya kekal macam tu je, cyst tu akan terus membesar, cyst tu akan mengecut. Mana2 je boleh berlaku.Kalau cyst tu mengecut, baguslah! Kalau cyst tu membesar dikhuatiri menggangu perkembangan baby. Kalau tak membesar, means statik macam tu je saiznya ada kemungkinan jugak ada effect kat baby. Yang paling risau kalau makin membesar la.

Sekarang ni baby masih kecik, tapi cyst tu dah besar. Kalau cyst tu makin besar xcukup la ruang untuk baby membesar. Nak membesar pun xcukup ruang, apa lagi dia nak pusing2. Kemungkinan perkembangan baby akan terbantut. Paham sendiri la apa jadi bila perkembangannya terbantut.

Sekiranya cyst tu membesar, ada kemungkinan cyst tu akan pecah. Once cyst tu dah pecah terpaksa buat emergency operation. Nak bersalin nanti pun kemungkinan besar kena czer! Telan liur dengar yang last ni.

Dr Deepa bagi pilihan sama ada nak teruskan macam biasa atau nak terus buang cyst tu. Kalau nak teruskan Ainn kena buat check up kat HSA je sampai bersalin. Betul2 di bawah pematauan pakar la. Nak kena pantau la kot2 pembesaran dia melampau yang terpaksa jugak kena buang walau xnak.

Ain ni duk berkira2, dalam dilema. Xbuang awal2 takut effect perkembangan baby. Kalau buang, baby nanti macam mana? Sekali Dr Deepa cakap xkacau baby. Sebabnya cyst tu kat ovari, baby pulak kat dalam rahim. Kalau macam tu, buang aje lah. Tak gitu?

Hei, bukan senang2 macam tu tau. Kalau buang siap2 sekarang ni pun ada risikonya jugak. Dr Deepa bagitau antara risikonya, risiko bius yang semua orang yang buat operation kena hadap, dan jugak risiko kandungan akan gugur. Tapi risiko ni risiko kecil je la katanya.

Kalau buang cyst ni pun Ainn tetap jugak kena check up kat HSA ni. Pakar kena pantau jugak untuk make sure kesan operation nanti selamat untuk kandungan. Ainn duk bayangkan macam mana nanti perut makin besar, pastu luka operation tu terbukak ke. Aduhaii mintak jauh la yang ni. Dan yang sedap dengarnya kalau takde masalah boleh bersalin normal. Kebanyakan kes dapat bersalin normal la. Harapan Ainn pun macam tu jugak la.

Ditimbang2, kalau tak buang takut baby xboleh berkembang dengan baik. Kalau buang takut baby gugur. Ainn pilih untuk terus buang. Tapi Dr Deepa suruh discuss dengan suami dulu, xboleh buat keputusan sendiri. Maka melengganglah Ainn keluar ke kereta, explain kat hubby. Hubby kata terpulang kat Ainn. Lagipun naluri ibu pada Ainn.

Ainn masuk balik bilik Dr Deepa bagitahu keputusan Ainn. Dr Deepa kata dia akan cuba dapatkan tarikh as soon as possible. Dalam masa 2minggu ni jugak nak kena buat. Tunggu punya tunggu xdapat jugak tarikh operation tu. Sudahnya Dr Deepa cakap tunggu je dapat call. Kalau esok xde siapa2 call kita sendiri la kena call tanya.

Ni cyst yang discan di HSA. Macam baby pun ada jugak ye.


My Laparotomy Journey: Cyst Detected

30/06/2020
It was a nice day. Is it? I think so. Appoinment kat Klinik Kesihatan Bukit Liki hari ni pukul 3pm, sempat lagi pergi beli keropok goreng, ubi goreng dan ais cendol kat Bandar Putra. Tapi tapau je la, sebab pergi pun dah lewat.

Hari ni di usia kandungan 14weeks+ 1st time nak jumpa doktor, nak scan. Yang Ainn takut bila ingat beberapa minggu lepas ada sorang bakal ibu tu dia scan kantungnya kosong. Dah la sebelumnya dah 2kali gugur. Tak kuat Ainn rasa kalau kena hadap benda yang sama.

Masuk je bilik doktor disambut dengan mesra oleh doktor lelaki Cina. Jap nak tengok buku pink apa namanya. Oh Dr. Yow Sin Sam. Bukan main lagi kuat menyakat doktor sorang ni.

Masa scan doktor xjumpa cari baby. Xjumpa kat tempat biasa la. Lepas tu doktor scan ke atas sikit. Jumpa sesuatu. Besar, gelap, baby xde, jantung baby pun xde. Lama duk kat situ. Lepas tu doktor gerak2 ke tempat lain pulak, sampai jumpa baby. Nuh kat bawah duduknya.

Kemudian doktor Yow tadi panggil kawan dia, ada sorang lagi doktor perempuan Melayu yang sebilik dengan Dr. Yow. Doktor perempuan tu terus cakap 'CYST'!

Sejurus selepas itu bermula la bermacam2 soalan diajukan. Sejak bila ada cyst? Awak tahu tak selama ni awak ada cyst? Awak dah pregnant 2kali sebelum ni, macam mana xboleh detect cyst? Ada tak family yang ada @ ada sejarah cyst? Ini antara soalan yang Ainn ingat.

Ini hasil yang discan. Saiz cyst tu dah 10cm. Dr. Yow cakap saiz tu agak besar. Agak mustahil kalau scan masa kandungan sebelum ni tak boleh detect. Lagipun Ainn baru je lahirkan Aqif bulan May tahun lepas. Oke itu di luar pengetahuan Ainn sendiri.

Dr. Yow cakap dia akan refer kepada pakar di HSA. Masa tu duk pikir nak kena 'buang' ke baby ni? Ya Allah dah sayang sangat dah. Walaupon belum rasa baby gerak tapi perasaan sayang tu dah ada. Apa2 pun nak selamatkan baby ni. Nak buat apa2 buatlah lepas lahir baby ni nanti.

Jalan-Jalan Cari Makan Kulai: Jatujak Tomyam & Seafood

Dah lebih seminggu asyik duk makan bubur je kan. Semalam hubby bagi makan nasi *yang tanak biasa*. Tak tahulah angin apa rasa nak makan kat luar pulak. Padahal awal2 lagi wan dah pesan, pantang betul2. Operate ni pantangnya lebih dari pantang bersalin. Bila dah pantang sendiri2 ni main bedal je la. Ha korang yang memang ikut pantang mak2 kita tu jangan ikut ye part ni. 2kali bersalin elok je Ainn pantang. Kali ni operate *bukan bersalin ye* susah sangat nak berpantang.

Dari hari Jumaat Ainn duk survey tempat nak makan ni. Plan nak pergi semalam. Petang semalam dah pukul 6pm makan nasi, hubby pulak buat senyap je. Ingatkan dia pun dah kenyang jugak. Haha rupanya pendam dalam hati je. So kitorang pergi la malam ni.

Sebenarnya Ainn tak pernah tahu pun kewujudan kedai makan ni. Hasil carian "tempat makan kulai" kat google la jumpa. Dengan namanya tak pernah dengar, rupanya banyak cawangan kat negara kita ni. Bila goole namanya macam takde pulak mana2 belog yang 'bercerita' pasal kedai makan ni. Tapi dapat jugak la input sikit daripada overview google bagi tu. Betul ke overview? Lantak la apa pun namanya. Dari situ dapat tahu la peak hournya bila, dan jugak sikit komen dari review.

Memandangkan dah tahu peak hournya @9pm, kitorang decided nak pergi lepas Maghrib. Eh bukan ke kalau nak keluar memang kitorang akan keluar lepas Maghrib je? Hihi kira kena la ngan masa kitorang tu. Time tu orang xramai sangat lagi.

Awal2 lagi dah survey dah tempatnya kat mana. Aha survey kat google maps je. Oke dah tahu jalan mana nak kena lalu senang la nak gerak. Masa pergi tadi kitorang lalu ikut jalan dalam. Kalau dari rumah kami atau dari tol Kulai, terus je sampai traffic light ke2. Kat situ belok kanan. Lepas tu kat roundabout belok kiri @ 1st exit @ pukul9. Landmarknya kat roundabout tu ada tadika cina. Lepas tu terus je. Bila jumpa sekolah sebelah kiri dah tak jauh la tu. Kalau pergi malam akan nampak la lampu2 warna warni sikit2 belah kiri, kat situ la kedainya.

Tadi hubby parking ke depan sikit. Bila keluar dari kereta hubby tanya, 'mana 1 kedainya? Ada 2 ni!' Ainn pun perhatikan lah. Aah la kiri kanan ada kedai makan. Tapi lalu tadi Ainn dah perasan kedai yang kiri. Bila kitorang dah park kereta ke depan, kedainya tu dah jadi belah kanan la. Dan kedai yang belah kiri tu kedai makan cina.

Bila dengan yakinnya Ainn nak melangkah masuk ke dalam kedai yang belah kanan tu, hubby cakap 'depan la, sayang!' Oh patut la hubby kata ada 2 kedai. Rupanya ada kedai lain lagi duk sebelah2, bukannya yang kat seberang jalan maksud hubby tadi. Sebelahnya tu kedai makan nasi ayam penyet.

Inilah kedainya. Jatujak Tomyam & Seafood. Oke Ainn sambung sikit lagi pasal jalan nak ke sini. Bila dah park kereta tadi baru perasan, Allah lagi dekat kalau lalu jalan luar je! Meh sini Ainn bagi direction kalau ikut jalan luar. Oke dari tol Kulai tadi jalan terus je sampai simpang3. Belok kanan, lepas tu xjauh pun jumpa traffic light lagi. Kalau nak ke Sengkang belok kiri, nak ke Jatujak ni belok kanan. Rasanya dari traffic light ni dah nampak kot lampu2 kedai2 tu. Haa lagi senang kan?

Menunya tak banyak sangat. Ini menu set. Masakan panas yang bukan set pun ada je. Nak senang Ainn pilih set je. Pilihannya set A. Ikutkan awalnya Ainn macam nak order siakap stim, almaklum masih dalam pantang. Tapi on aje lah dengan menu2 ni. Disebabkan review ramai yang cakap supnya sedap, Ainn add on sup ekor. Hubby pulak mintak kerabu mangga, tapi takda.

Lupa nak ambik gambar sebelum makan. Almaklum dah lama tak buat kerja2 ni semua. Set simple je, nasi putih 3pinggan, ikan siakap 3rasa, tomyam campur, kailan ikan masin, sup ekor. Air pulak jus tembikai dan jus epal. Air 2 je order.

Nasinya banyak. Aisy makan tu yang dah digaul dah lebih separuh. Lebih sikit la dari separuh. Dalam gambar ni kalau campur dengan yang dah digaul tu boleh la kot dikatakan separuh. Selalunya akan dapat nasi 1mangkuk kecik je, kat sini nampak sukatan mangkuknya besar. Bukan main berselera anak jantan sorang ni makan. Kononnya tadi nak abi suap, hui makan sendiri je!

Bukan main banyak nasi tadi, ini je yang tinggal. Pikir sendiri la kalau budak yang susah makan nasi boleh makan tinggal sebanyak ni. Tak sedap ke makanan kat sini?

Ini kerugian2 kami tadi. Rugi la, dah bayar tapi ada lagi baki2nya :p. Ni belom betul2 dah habis makan tau. Lepas snap pic ni sempat lagi hirup kuah sup tu. Dan air tu semestinya habis. Sos ikan tu sebab Ainn dalam pantang je tak ambik kuah. Kalau tak memang dah licin agaknya kena gaul dengan nasi.

Oke, review dari kami pulak. Ikan siakap 3rasa tu bagi kami agak garing. Garing oke, bukan hangit. Sebab pernah pergi makan kat 1restoran yang agak terkenal jugak, ikannya hangit. Kuahnya Ainn tak makan, hubby kata kira boleh la. Tomyam tu bagi Ainn yang xmakan pedas ni kira pedas la jugak. Tapi still boleh dimakan. Pedas2 manja je. Sayur kailan ikan masin pun secukup rasa. Takde rasa ikan masin yang berlebih2.

Baca review masing2 duk cakap supnya sedap kan? Ainn siap order sup ekor, ikut yang macam orang ramai cakap tu. Sekali hirup, mak aiiii sedap giler wei! Sumpah, tak tipu, memang sedap! Tak caya, tanya Aisy. Eh tak payah tanya, tengok la balance nasi yang dia tinggal tu. Hah tu la penangan berkuahkan sup tu! Sup kat situ sangat2 recommended! Plus service yang sangat laju, tak payah nak menunggu lama2. Kiranya dalam rekod Ainn la ni kepantasan service yang diterima paling laju.

Tak lupa jugak air2 yang diminum tadi. Both tembikai dan epal, memang tak tipulah dua2 tu sedap. Rasa manis dan masam buahnya tu.

Total semua? Set A RM39, tambah sup ekor RM10, air jus RM3 segelas. Kira sendiri la totalnya. Berbaloi sangat2. Dengan harganya, dengan rasanya, memang tak menyesal makan kat sini. Lagi puas hati bila tengok Aisy yang susah makan tu makan dengan banyaknya! Sangat2 recommended!!!

Balik tadi, kitorang lalu jalan luar je la. Cakap kat hubby, nanti nak try nasi ayam penyet kedai sebelah la pulak. Harap2 dia simpan la, bukan dengar semata ;)

Sunday, July 19, 2020

My New Update

Cakkk!!!
Alahai dah 2tahun ye meninggalkan belog ni tanpa jejak. Haha memang tak sedar, dah 2tahun rupanya dah berlalu. Ingatkan baru setahun. Bila tengok last post 2018, hurmm dah lama bebenor!

Sempena kembalinya semula Ainn nak mencoret di diari yang kian menyepi ni, nak update diri sendiri je la.

Ok, tak banyak perubahan pun sebenarnya. Masih lagi isteri kepada encik suami yg xberapa hensem tu, masih lagi bekerja di tempat yang sama. Masih lagi menetap di rumah yang sama, masih lagi menggunakan kereta yang sama.

Apa beza yek? Oh, anak dah dua. Dan sekarang tengah pregnant anak ke3. Aisy pulak dah start sekolah. Eh, sekolah ke? Ha dia belajar kat PASTI Al-Hikmah 10, Taman Putri.

Sekarang tengah bosan yang amat. Ainn baru je lepas buat major operation untuk buang cyst. Dan sekarang ni sedang menjalani tempoh berpantang. Tak sama ye dengan berpantang lahirkan anak. Banyak benda tak boleh buat. Sebab tu la update belog ni.

Ok hubby baru lepas inject heparin kat paha. Perut pon dah lapar. Nak makan dulu la. Kalau rajin pasni Ainn nak share pengalaman buat major operation tu ye.
;)