Mula ceritanya bila Kak Ain cerita pasal suaminya yang kemaruk nak pergi memancing. Terpaksa tangguhkan hobinya tu sebab Kak Ain mengandung. Lepas bersalin pon kena jaga jugak, takkan anak kecik lagi dah nak ditinggalkan? Sama macam hubby, dia pon sama gila memancing. Bezanya hubby dengan Ruzaini hubby tak memancing di semua tempat yang boleh memancing, dia lebih kepada sungai besar atau tasik. Rasanyalah kot. Yang pasti hubby tak memancing kat laut. Mabuk laut kot. Ruzaini pulak main redah aje, semua dia layan. Tak kira kat sungai, laut, tasik, mana2lah asalkan boleh memancing.
Sama jugak Ruzaini dengan hubby, terpaksa tangguhkan minatnya yang kaki pancing tu sebab isteri mengandung. Kalau ikutkan orang2 lama memang menjadi pantang semasa isteri sedang mengandung suami tak boleh memancing. Takut terkenan katanya. Kalau ikutkan Ainn macam pelik jugak, datang mana pulak kenannya tu. Bukannya kita nak seksa ikan2 tu. Macam mana kalau memang kerja si suami tu menangkap ikan? 9bulan la ye tak tangkap ikan?
Walaupon Ainn macam tak boleh terima sangat pantang larang yang ni takde pulak Ainn nak paksa hubby pergi memancing. Ikut suka hati dia la nak memancing ke tak. Dalam kes Ainn ni tak nak memancing pon takpe, nak memancing pon bagi Ainn takpe. Takde halangan dan takde paksaan untuk berbuat demikian di pihak Ainn.
Masa Kak Ain duk tekankan isu kenan ni Dila pulak mencelah, 'bergantung pada niat sebenarnya'. Yelah kita bukannya nak seksa haiwan tu. Dan kena beringat la isteri tengah mengandung. Bukan setakat memancing, nak lastik cicak dalam rumah ke, nak bunuh lipas ke. Semuanya bergantung pada niat. Kalau ikut tak boleh bunuh haiwan, takkan nak kena biarkan aje nyamuk hisap darah kita, ye dok? Lipas yang merayap, berterbangan dalam rumah kita tu pon nak kena biarkan je jugak? Hihihi ke situ pulaknya perginya.
Dila cerita Khairul *suami Dila* pernah pukul ular. Masa tu memang tengah kecoh pasal ular. Banyak ular ditemui kat sekolah, termasuk jugak sekolah Ainn. Rasanya sampai sekarang pon isu ular ni tak setel lagi. Kalau tak jumpa ularnya, ada yang terjumpa telurnya. Tak pon kulitnya. Nampak sangat bukan sekor je, dan ular tu pon kian membesar! Kisah Khairul pukul ular tu kat rumah la, bukan kat sekolah. Takde kena mengena antara Khairul dengan sekolah ya. Masa Khairul duk pukul ular tu rasanya Dila tengah ngandungkan Aiman. Memang Dila pesan kat Khairul, ingat yang dia tengah mengandung. Berbalik kepada celahan Dila tadi, 'tak jadi kenan kalau bukan niat kita nak menyeksa haiwan tu'. Sebab ular ni antara haiwan berbahaya itu sebabnya Khairul pukul je ular tu.
Ainn teringat pernah suatu ketika dahulu jiran Ainn pernah terjumpa ular. Jiran Ainn tu sedang mengandung waktu tu. Dia terus capai kayu dan 'tangkap' ular tu. Macam mana tu? Macam dia tekan bahagian kepala ular tu dengan kayu yang dia capai tadi la. Tak percaya? Setakat ular dah biasa sangat dah dia pukul sampai mati. Kecik2 dulu memang banyak ular kat kawasan rumah Ainn. Almaklum kitorang ni duk kat kawasan pedalaman. Tapi kali ni jiran Ainn tu tak pukul pon ular tu walaupon dah jadi 'kepakaran' beliau membunuh ular. Mungkin dia beringat yang dia tengah mengandung kot. Dia panggil orang lain untuk setelkan ular tu. Bukannya untuk dipukul, tetapi sekadar menghalau ular tu.
Dah keluar cerita ular ni Kak Linda pulak cerita dia pernah jumpa ular masa mengandungkan kedua2 anaknya. Kisahnya masa tu dia duk kawasan estet kat Sarawak. Ular ni memang banyak. 1st masa mengandungkan Naura ada ular tedung betul2 duk kat kaki dia. Masa tu dia nak ambik pisang. Pisang kat pokok, bukannya pisang kat atas para2 ke, dalam bakul ke. Tiba2 ada sorang kakak tu jerit bagitahu Kak Linda ada ular kat kaki dia. Kepala ular tu dah tegak, tengok aje ke arah Kak Linda. Tapi ular tu sekadar tengok je la, takde pulak jelir2kan lidah ke apa. Dah namanya ular, tak jelir lidah pon takot weh. Dah la kepalanya dah tegak. Nasib baik tak patuk je.
Masa mengandungkan Naifa pon Kak Linda ada kisahnya jugak dengan ular. Masa tu Kak Linda tengah suap makan kat Naura. Sedap nih makan2 kat bawah pokok. Memang asyik je kan hidup jauh dari kota. Kali ni pon sama tak perasan jugak dengan kehadiran ular kat situ. Tiba2 ada kawan suaminya jerit, 'Eh, Najib ular tu! Cepat bawak lari isteri dan anak kau!' Masa tu la baru tengok ada ular duk kat dahan pokok yang diorang duk berteduh tu. Kawan Najib 'tunjukkan jalan' kat ular tu arah mana dia patut pergi. Takde pukul pon ular tu.
Dila cakap ular memang takot ibu mengandung. Sebab tu dia tak apa2kan Kak Linda. Sebab masa tu kan Kak Linda tengah mengandung. Mungkin ada betulnya jugak. Ma pon pernah cakap macam tu. Cuma ma takde la cakap ular takut ibu mengandung, cuma ma cakap ular takkan apa2kan ibu mengandung.
Macam mana pulak ma tiba2 boleh cerita pasal ni kat Ainn? Hihihi. Kisahnya mok nik pernah cerita kat Ainn dia pernah jumpa ular. Masa tu mok nik tengah ngandungkan Syawal. Hah, moknik bukan setakat jumpa ular je tau. Ular tu siap menjalar lagi kat leher mok nik!
Kisahnya masa tu mok nik duk rumah mertua dia kot. Biasalah ibu mengandung, sama macam Ainn jugak. Penat kan, tidur la petang tu. Sedap tengah tidur tu tiba2 mok nik rasa ada benda sejuk kat leher dia. Dalam mamai tu dia ambik benda sejuk kat leher tu terus buang. Dah buang baru celik matanya, rupanya benda sejuk tu ular! Huhuhu kalau tahu itu ular ada berani nak pegang macam tu aje?
Masa mok nik cerita tu la ma bagitahu ular takkan apa2kan ibu mengandung. Hah lepas ni kalau tengah mengandung tiba2 jumpa ular tak payah takut ye. Tapi jangan nak main acah2 dengan ular tu. Ni fakta bukan saintifik. Orang lama 'bercakap' berdasarkan pengalaman.